Perkataan Hassan digelar nama kerana ia mempunyai ciri nama.
Perkataan walk berjalan tidak digelar nama kerana ia tidak mempunyai ciri nama tetapi sebaliknya ia mempunyai ciri perbuatan.
Begitu juga dengan perkataan tall tinggi yang tidak digelar nama kerana ia tidak mempunyai ciri nama tetapi sebaliknya ia mempunyai ciri sifat.
Dalam tatabahasa, perkataan-perkataan yang bercirikan nama tergolong dalam kelas perkataan yang dipanggil noun kata nama.
Noun Kata nama adalah kelas perkataan yang merujuk kepada nama.
Perkara-perkara berikut mempunyai nama-nama yang tergolong dalam kelas noun kata nama.
- Kewujudan - yang hidup.
- Kebendaan - yang tidak hidup.
- Abstrak - yang diperolehi dari sifat, keadaan atau perbuatan.
Kewujudan
Yang dimaksudkan dengan kewujudan adalah perkara-perkara yang hidup yang dapat dilihat mahupun yang tidak dapat dilihat.
Kewujudan yang dapat dilihat termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Berikut adalah contoh nama-nama manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.
Manusia | Haiwan | Tumbuh-tumbuhan |
Nuraini Nuraini doctor doktor teacher guru minister menteri | Bigfoot Bigfoot horse kuda fish ikan bird burung | Cactus Kaktus Burhead Bunga Sayur Air Orchid Orkid banana tree pokok pisang |
Kewujudan yang tidak dapat dilihat pula termasuklah perkara-perkara seperti malaikat, jin dan kuman.
Berikut adalah contoh nama-nama malaikat, jin dan kuman yang tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.
Malaikat | Jin | Kuman |
Gabriel Jibril a.s. Michael Mikail a.s. | satan syaitan ghost hantu | bacteria bakteria virus virus |
Kebendaan
Kebendaan adalah perkara-perkara yang tidak hidup yang dapat dilihat mahupun yang tidak dapat dilihat.
Kebendaan yang dapat dilihat termasuklah benda-benda yang diperbuat dari batu, logam dan kimia.
Berikut adalah contoh nama-nama batu, logam dan kimia yang tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.
Batu | Logam | Kimia |
stone batu sand pasir diamond ring cincin berlian brick batu-bata cement semen building bangunan road jalanraya | metal logam coin duit syiling gold ring cincin emas car kereta aeroplane kapalterbang | chemical kimia soap sabun medicine ubat perfume minyak wangi |
Penghasilan dari tumbuh-tumbuhan juga adalah kebendaan yang dapat dilihat.
Berikut adalah contoh nama-nama penghasilan dari tumbuh-tumbuhan yang tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.
sugar gula rice beras clothing pakaian wood kayu rubber getah | tea tea wheat gandum curtain langsir wooden table meja kayu tyre tayar | coffee kopi thread benang pillow bantal wooden chair kerusi kayu rubber mat tilam getah |
Seterusnya, kejadian semulajadi juga adalah kebendaan yang dapat dilihat.
Berikut adalah contoh nama-nama kejadian semulajadi yang tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.
rain hujan fire api oceon lautan | mist embun planet planet mountain gunung | water air star bintang light cahaya |
Kebendaan yang tidak boleh dilihat termasuklah benda-benda seperti vitamin, zat dan gas.
Berikut adalah contoh nama-nama vitamin, zat dan gas yang tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.
vitamin vitamin Vitamin C Vitamin C Vitamin D Vitamin D | mineral zat Calcium Kalsium Iodine Iodin | gas gas Oxygen Oksigen Hydrogen Hidrogen |
bersambung...