Walau bagaimana pun, dependent clause klausa pautan tidak mempunyai maksud ayat yang lengkap.
Dependent clause klausa pautan perlu bergantung kepada independent clause klausa bebas untuk melengkapkan maksud ayat.
Lihat contoh berikut:
The girl fell because he pushed her. Gadis itu terjatuh kerana dia telah menolaknya.Klausa-klausa yang terdapat dalam ayat di atas boleh dipisahkan seperti berikut:
Independent clause Klausa bebas: The girl fell Gadis itu terjatuh
Dependent clause Klausa pautan: because he pushed her. kerana dia telah menolaknya.Jika kita meneliti ayat di atas, kita akan dapati bahawa independent clause dan dependent clause disambung dengan perkataan because kerana.
Ya, independent clause dan dependent clause sering disambung dengan perkataan dari kelas subordinating conjunction kata hubung tak setara atau relative pronoun ganti nama relatif.
Lihat contoh perkataan-perkataan berikut:
Subordinating conjunction Kata hubung tak setara | Relative pronoun Ganti nama relatif |
because kerana after setelah before sebelum than jika dibandingkan since sejak if jika until hingga though walau pun whenever bila where di (tempat) whether sama ada | who yang that yang which yang mana whom siapa whose siapa whoever sesiapa saja whichever yang mana saja |
Oleh kerana dependent clause juga dikatakan bermula dengan perkataan-perkataan di atas, maka disebabkan perkataan-perkataan inilah dependent clause tidak mempunyai maksud ayat yang lengkap.
Complex Sentence Ayat Kompleks
Penyambungan independent clause klausa bebas dan dependent clause klausa pautan menjadikannya satu ayat yang lengkap dan ayat ini dipanggil complex sentence ayat kompleks.Berikut adalah contoh-contoh complex sentence ayat kompleks:
The boy vomited after he drank the milk. Budak lelaki itu telah muntah setelah dia minum air susu itu.
I came back since mother moved here. Saya kembali semula sejak ibu berpindah ke sini.
Junaidah cries whenever she thinks about it. Junaidah menangis apabila dia memikirkannya.
I wonder who brought this here. Saya hairan siapa yang membawanya ke sini.
I saw the man that killed her. Saya telah nampak lelaki yang membunuhnya.
Perlu dinyatakan di sini bahawa ada diantara ayat-ayat di atas boleh disusun semula seperti berikut:
After the boy drank the milk, he vomitted. Setelah budak lelaki itu minum susu itu, dia muntah.
Since mother moved here, I came back. Sejak ibu berpindah ke sini, saya kembali semula.
Whenever Junaidah thinks about it, she cries. Apabila Junaidah memikirkannya, dia menangis.