Ya, burung pun pandai berkata-kata.
Tapi apa yang dikatakan oleh seekor burung?
Mungkin kita tak faham tapi burung lain yang sejenis dengannya tentu faham.
Kalau kita boleh kenal pasti kata-kata yang dituturkan oleh burung itu maka kita pun boleh berkomunikasi dengannya.
Berdasarkan prinsip ini maka sepatah kata, juga dipanggil perkataan, adalah satu unit dalam bahasa yang boleh difahami oleh penutur asli.
Dengan kata lain, asalkan kita boleh faham perkataan yang digunakan oleh orang lain maka perkataan itu boleh diterima sebagai satu unit dalam kaedah bahasa yang telah dipersetujui.
Baiklah kita dah bincang serba sedikit mengenai perkataan di atas.
Di dalam Bahasa Inggeris bagaimana pula?
Sama je, cuma ia tidak dipanggil perkataan tapi ia digelar word.
Sepertimana dalam Bahasa Malaysia, setiap perkataan dalam Bahasa Inggeris juga mempunyai makna seperti yang ditunjukkan di bawah:
Di samping mempunyai makna, tiap-tiap perkataan mempunyai cirinya tersendiri seperti berikut:
Dari jadual di atas kita boleh buat kesimpulan bahawa perkataan-perkataan boleh dikategorikan menurut ciri masing-masing seperti berikut:
Dalam istilah tatabahasa, kategori-kategori ini dikenali sebagai kelas perkataan (juga dipanggil golongan perkataan).
Di dalam Bahasa Inggeris kelas perkataan dikenali sebagai word class.
Insyaallah nanti kita bincang pasal word class pula ye.

Word Perkataan |
drink minum |
teacher guru |
carpenter tukang kayu |
blue biru |
look lihat |
cry menangis |
sad sedih |
police polis |
dance menari |
Di samping mempunyai makna, tiap-tiap perkataan mempunyai cirinya tersendiri seperti berikut:
Word Perkataan | Ciri |
drink minum | perbuatan |
teacher guru | nama |
carpenter tukang kayu | nama |
blue biru | sifat |
look lihat | perbuatan |
cry menangis | perbuatan |
sad sedih | sifat |
police polis | nama |
dance menari | perbuatan |
Dari jadual di atas kita boleh buat kesimpulan bahawa perkataan-perkataan boleh dikategorikan menurut ciri masing-masing seperti berikut:
Kategori perbuatan - drink minum, look lihat, cry menangis, dance menari.
Kategori nama - teacher guru, carpenter tukang kayu, police polis.
Kategori sifat - blue biru, sad sedih.