Apakah dia Bahasa Inggeris dan dari manakah asalnya bahasa ini?
Pada abad yang ke-5 terdapat tiga suku kaum Germanic yang telah menyerang Britain. Ketiga-tiga suku kaum ini iaitu Angles, Saxons dan Jutes datang dari suatu tempat yang kini dipanggil Denmark dan Germany Utara. Mereka telah berjaya melintasi Laut Utara untuk ke Britain.Pada masa itu penduduk asli Britain menggunakan bahasa Celtic. Oleh kerana mereka diserang maka mereka terpaksa berundur ke utara dan barat Britain yang kini dipanggil Wales, Scotland dan Ireland. Kaum Angles datang dari Englaland dan bahasa mereka adalah Englisc - inilah permulaan perkataan England dan English.
Bahasa Inggeris telah melalui empat perubahan utama seperti berikut:
Bahasa Inggeris Lama - Old English (450-1100 AD)
Ketiga-tiga suku kaum penyerang Germanic menggunakan bahasa yang serupa yang kini digelar Old English. Bahasa Old English ini amat berbeza dengan Bahasa Inggeris pada hari ini. Orang Inggeris di masa ini mendapati sukar untuk memahami bahasa Old English. Walau bagaimana pun masih terdapat perkataan Old English yang masih diguna pada masa kini seperti perkataan be, strong dan water. Old English diguna sehingga tahun 1100.
Bahasa Inggeris Pertengahan - Middle English (1100-1500)
Pada tahun 1066 William the Conqueror, Duke of Normandy (sebahagian dari negara yang kini dipanggil Perancis) telah menyerang England. Beliau telah membawa Bahasa Perancis ke England. Ini telah menyebabkan banyak perkataan-perkataan Bahasa Perancis menjadi sebahagian dari Bahasa Inggeris. Bahasa ini digelar Middle English.
Bahasa Inggeris Moden - Early Modern English (1500-1800)
Pada abad ke-16 British mula bertemu dengan berbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia. Ini telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku pada Bahasa Inggeris termasuk perubahan sebutan, ejaan, tatabahasa serta perkataan dan frasa baru. Dengan terciptanya teknologi pencetakan maka bertambahlah bahan bacaan dan lebih ramai orang belajar membaca. Ini juga telah menyebabkan penerbitan kamus pertama Bahasa Inggeris pada tahun 1604 dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi England.
Bahasa Inggeris Terkini - Late Modern English (1800-kini)
Perbezaan utama antara Early Modern English dan Late Modern English adalah perbendaharan kata (vocabulary). Late Modern English mempunyai lebih banyak perkataan yang timbul dari dua faktor. Pertama adalah Revolusi Industri yang memerlukan perkataan baru. Kedua adalah Empire British yang merangkumi sesuku bahagian bumi ini yang telah menyebabkan perkatan-perkataan bahasa asing dari berbagai negara lain diguna sebagai Bahasa Inggeris.
Cerita sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris boleh didapati di laman History of the English Language.