Jumaat, 29 Oktober 2010

Apa Dia Noun? (sambungan)

Abstract Noun Kata Nama Abkstrak

Abstrak adalah nama-nama yang diperolehi dari sifat atau perbuatan.

Dalam Bahasa Inggeris perkataan-perkataan abstrak yang bercirikan nama dipanggil abstract noun kata nama abstrak.

Terdapat dua jenis abstract noun kata nama abstrak iaitu attribute noun kata nama sifatan dan verbal noun kata nama kerjaan.

Attribute Noun Kata Nama Sifatan
Attribute noun Kata nama sifatan adalah noun kata nama yang berasaskan sifat.

Ia diperolehi dari perkatan-perkataan yang tergolong dalam kelas perkataan adjective kata sifat seperti berikut:


Adjective Kata sifat Attribute noun Kata nama sifatan
high tinggi
angry marah
intelligent cerdas
late lambat
strong
kuat
height ketinggian
anger kemarahan
intelligence kecerdasan
lateness kelambatan
strength
kekuatan


Verbal Noun Kata Nama Kerjaan

Verbal noun Kata nama kerjaan adalah noun kata nama yang berasaskan perbuatan.

Ia diperolehi dari perkataan-perkatan yang tergolong dalam kelas perkataan action verb kata kerja tindak seperti berikut:

Action verb Kata kerja tindak Verbal noun Kata nama kerjaan
speak berbicara
kill
membunuh
act berlakon
collect mengumpul
move
bergerak
speech perbicaraan
killing pembunuhan
action lakonan
collection pengumpulan
motion pergerakan


Selain attribute noun kata nama sifatan dan verbal noun kata nama kerjaan, terdapat juga abstract noun kata nama abstrak yang berpunca dari ilham manusia dan kejadian semulajadi.

Ilham manusia

Yang dimaksudkan dengan ilham manusia adalah perkara-perkara seperti karya, perlembagaan dan pertubuhan serta tempat.

Berikut adalah abstract noun kata nama abstrak yang berpunca dari ilham manusia:

Karya Perlembagaan dan pertubuhan Tempat
music muzik
composition
gubahan
Parents And Teachers Organisation Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-Guru
United Nations
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
educational insitiution
pertubuhan pendidikan
garden taman
city
kota
village
kampung district wilayah


Kejadian semulajadi

Kejadian semulajadi adalah perkara-perkara seperti waktu, kesihatan dan keadaan.

Berikut adalah abstract noun kata nama abstrak yang berpunca dari kejadian semulajadi:

Waktu Kesihatan Keadaan
day hari
night
malam
illness penyakit
fever
demam
disaster bencana
hurricane
taufan
winter
musim sejuk
gravity
tarikan bumi

Perhatian

Terdapat perkataan-perkataan yang boleh tergolong dalam beberapa kelas perkataan menurut cara penggunaannya dalam ayat.

Lihat contoh-contoh berikut:
  • I love you. Saya mencintai awak. - Perkataan love mencintai dalam ayat ini bercirikan perbuatan maka ia tergolong dalam kelas perkataan verb kata kerja.
  • This is love. Ini adalah cinta. - Perkataan love cinta dalam ayat ini bercirikan nama maka ia tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.

Kesimpulan

Berikut adalah kesimpulan mengenai kelas perkataan noun kata nama:
  • Noun Kata nama adalah kelas perkataan yang bercirikan nama.
  • Kewujudan atau kebendaan di sekeliling kita mempunyai nama dan nama-nama ini tergolong dalam kelas perkataan noun kata nama.
  • Noun Kata nama juga diperolehi daripada sifat atau perbuatan. Noun Kata nama jenis ini dipanggil abstrak noun kata nama abstrak.
  • Terdapat dua jenis abstract noun kata nama abstrak iaitu attribute noun kata nama sifatan dan verbal noun kata nama kerjaan.
  • Noun Kata nama boleh juga berpunca dari ilham manusia atau kejadian semulajadi. Noun Kata nama jenis ini juga dipanggil abstrak noun kata nama abstrak.