Khamis, 21 Oktober 2010

Nak Tahu Cara Membina Ayat?

Dalam catatan-catatan yang lepas kita telah mempelajari tatabahasa secara asas.

Ini termasuk punctuation mark tanda bacaan, word class kelas perkataan, phrase frasa, sentence ayat dan sebagainya.

Walaupun kita belum mempelajarinya secara terperinci, saya rasa ada baiknya jika kita bincang cara membina ayat dahulu.

Saya percaya bahawa mempelajari cara membina ayat diperingkat awal boleh membantu dalam memahami pelajaran tatabahasa dengan lebih mudah.

Selain itu, saya percaya bahawa ia boleh juga membina keyakinan diri untuk mempraktikkan apa yang dipelajari, sekali gus membolehkan perbualan dilakukan secepat mungkin, insya-Allah.

Dalam Bahasa Inggeris, membina ayat dipanggil sentence construction.

Berikut adalah perkara-perkara mengenai sentence ayat yang telah kita bincang sebelum ini.

Sentence hendaklah:
  • Bermula dengan capital letter huruf besar.
  • Di akhiri dengan full stop tanda titik(.), question mark tanda tanya(?) atau exclamation mark tanda seru(!).
  • Menggambarkan subject subjek dan predicate predikat. Predicate mengandungi verb kata kerja dan boleh juga mengandungi object objek.
  • Mengandungi clause klausa. Simple sentence Ayat mudah mengandungi satu clause manakala compound sentence ayat majmuk dan complex sentence ayat kompleks mengandungi dua atau lebih clause.

Persoalannya sekarang adalah "bagaimana caranya nak bina ayat?".

Katakanlah kita ternampak seorang lelaki yang telah mencuri sebuah kereta dan kita ingin menceritakan hal ini kepada kawan kita.

Berikut adalah langkah-langkah membina ayat untuk cerita kita:

Langkah 1: Tentukan subject subjek

Lazimnya subject adalah orang atau sesuatu yang melakukan aksi.

Dalam cerita kita subject adalah:
A man Seorang lelaki

Langkah 2: Tentukan verb kata kerja


Verb adalah aksi yang dilakukan oleh subject (atau pun keadaan subject itu).

Dalam cerita kita verb adalah:
stole telah mencuri

Langkah 3: Tentukan object objek


Object adalah seseorang atau sesuatu yang terlibat dalam aksi tetapi tidak melakukan aksi itu.

Dalam cerita kita object adalah:
a car sebuah kereta.

Dengan tiga langkah di atas maka kita telah membina ayat yang mengandungi subject, verb dan object.

Oleh itu, ayat (atau cerita) kita akan berbunyi seperti berikut:
A man stole a car. Seorang lelaki telah mencuri sebuah kereta.

Kita boleh tambah maklumat mengenai subject (A man Seorang lelaki) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan young muda.

Ayat kita akan jadi seperti berikut:
A young man stole a car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta.

Kita boleh juga tambah maklumat pada object (a car sebuah kereta) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan big besar, menjadikan ayat kita:
A young man stole a big car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta besar.

Kalau kita ingin menggambarkan cara dia mencuri kereta itu maka kita boleh menggunakan adverb kata keterangan, contohnya perkataan easily dengan mudah, dan ayat kita akan berbunyi:
A young man easily stole a big car. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar.

Begitulah seterusnya kita boleh menjadikan cerita kita lebih menarik dengan menambah lagi perkataan-perkataan dari berbagai kelas perkataan seperti yang ditunjukkan di bawah:
  • Noun Kata nama - Merujuk kepada nama seseorang atau sesuatu.
  • Pronoun Kata ganti nama - Menggantikan noun untuk mengelakkan penggunaan noun berulang kali.
  • Article Kata sandang - Mengkhususkan atau mengumumkan seseorang atau sesuatu.
  • Adjective Kata sifat - Memberi keterangan mengenai orang atau benda.
  • Verb Kata kerja - Menggambarkan aksi, perbuatan atau keadaan.
  • Adverb Kata keterangan - Mengubah sedikit maksud verb.
  • Conjunction Kata hubung - menyambung perkataan atau ayat.
  • Preposition Kata sendi nama - Menghubungkan satu perkara kepada perkara yang lain.

Jika kita meneliti dengan betul maka kita akan sedar bahawa ayat yang telah kita bina di atas adalah jenis simple sentence ayat mudah iaitu ia mengandungi satu independent clause klausa bebas.

Dengan kata lain, ia mengandungi satu aksi (atau verb kata kerja).

Kita boleh juga menambah aksi dengan mengatakan bahawa orang yang mencuri kereta itu kemudiannya memandunya pergi, seperti berikut:
A young man easily stole a big car and he drove off. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi.
Kini ayat kita telah menjadi compound sentence ayat majmuk iaitu ia mengandungi dua independent clause klausa bebas yang telah disambung dengan coordinating conjunction kata hubung setara iaitu perkataan and dan.

Seterusnya kita boleh menambah aksi lagi dengan mengatakan pencuri itu ternampak polis seperti berikut:
A young man easily stole a big car and he drove off after he saw the police. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi setelah dia melihat pihak polis.
Ayat kita di atas sudah menjadi complex sentence ayat kompleks kerana ia mengandungi dependent clause klausa pautan iaitu after he saw the police setelah dia melihat polis.

Perkataan after setelah adalah dari kelas subordinating conjunction kata hubung tak setara yang menjadi penyambung dependent clause klausa pautan kepada independent clause klausa bebas.

Cara membina ayat yang telah dibincang di atas adalah dalam peringkat asas.

Semoga ia dapat memberi keyakinan kepada kita dalam memahami struktur ayat-ayat dan perbualan Bahasa Inggeris.