Jumaat, 12 Julai 2013

Anda sedang ditahan!

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: You are under arrest!


Perkataan Bahasa Inggeris under sebagai preposition
Sebagai prepostion, perkataan under memberi petunjuk kepada noun atau pronoun, contohnya under me, under a table, under this, under his house, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan under sebagai preposition adalah:
  1. di bawah:
    1. Why are you hiding under the table? - Kenapakah awak sedang menyuruk di bawah meja?
    2. The villain registered his name under a false name. - Penjahat itu telah mendaftarkan namanya di bawah nama palsu.
    3. The maximum capacity of this bottle is under 2 litres. - Muatan maxima botol ini adalah di bawah 2 liter.
    4. You are under voting age. - Awak di bawah umur pengundian.
    5. There are three salesman working under me. - Terdapat tiga jurujual yang bekerja di bawah saya.
    6. That child must always be under parental guide. - Kanak-kanak itu mesti sentiasa berada di bawah bimbingan ibubapa.
  2. dalam, di:
    1. That popular singer is under contract with Purnama Recording Company. - Penyanyi terkenal itu berada dalam perjanjian dengan Syarikat Rakaman Purnama.
    2. Encik Ramli, please be aware that you are under oath in this courtroom. - Encik Ramli, sila menyedari bahawa anda sedang berada dalam keadaan bersumpah di mahkamah ini.
    3. The matter is under discussion. - Hal itu sedang dalam perbincangan.
    4. Under these conditions, you cannot leave your house. - Dalam syarat-syarat ini, anda tidak dibenarkan keluar dari rumah.
    5. Your father is under intensive care. - Ayah awak berada dalam rawatan rapi.
    6. You are under arrest! - Anda sedang ditahan!
Perkataan Bahasa Inggeris under sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan under memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb lain, contohnya go under, slipped under, hide under, walk under, atau sebagainya. Sebagai adverb, perkataan under memberi maksud di bawah atau ke bawah, seperti berikut:
  1. Jump over the fence, not crawl under. - Lompat di atas pagar, bukan merangkak di bawah.
  2. I am selling this car for RM40,000 and under. - Saya menjual kereta ini sebanyak RM40,000 ke bawah.
  3. The swimmer struggled in the water but then slipped under. - Perenang itu betungkus lumus di dalam air tetapi kemudiannnya tenggelam ke bawah.
Perkataan Bahasa Inggeris under sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan under menyifatkan noun atau pronoun, contohnya under parts, under side, under dose, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan under sebagai adjective adalah:
  1. bawah:
    1. The under parts of the machine is too dirty. - Bahagian bawah mesin itu terlalu kotor.
    2. Don't forget to clean the under side of the carpet. - Jangan lupa membersihkan bahagian bawah permaidani itu.
  2. berkurangan, tidak mencukupi: He was given an under dose of the medication. - Dia telah diberi dos berkurangan ubat itu.

Khamis, 11 Julai 2013

Jualan Hari Raya sehingga 70% diskaun untuk barang kelengkapan rumah terpilih!

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Hari Raya Sale up to 70% discount on selected home furnishing products!


Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai noun

Maksud-maksud perkataan home sebagai noun adalah:
  1. rumah:
    1. Please come home. - Harap pulang ke rumah.
    2. Can I go home now? - Bolehkah saya pulang ke rumah sekarang?
    3. That old woman was brought to a nursing home. - Wanita tua itu telah dibawa ke rumah penjagaan.
  2. tempat tinggal:
    1. I no longer have a home. - Saya sudah tiada tempat tinggal lagi.
    2. Even animals need homes. - Sedangkan haiwan memerlukan tempat tinggal.

Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan home memberi keterangan kepada noun atau pronoun, contohnya home cooking, home furnishing, home products, home care, home office, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan home sebagai adjective adalah:
  1. Most people prefer home cooking. - Kebanyakan orang lebih suka masakan rumah.
  2. That shop sells expertly crafted home furnishings. - Kedai itu menjual kelengkapan rumah yang berkesenian tinggi.
  3. A home care for the elderly is available here. - Penjagaan rumah untuk orang-orang tua terdapat di sini.
Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan home memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb yang lain, contohnya go home, coming home, take home, drive home, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan home sebagai adverb adalah:
  1. When will you be coming home? - Bilakah awak akan pulang ke rumah?
  2. I will be going home for lunch? - Saya akan pulang ke rumah untuk makan tengahari.
  3. Are you taking the train or driving home? - Adakah awak akan mengambil tren atau memandu ke rumah?
  4. I'll be driving home and I'm also taking home some packets of nasi ayam. - Saya akan memandu ke rumah dan saya juga akan membawa pulang ke rumah beberapa bungkus nasi ayam.

Perkataan Bahasa Inggeris home sebagai verb

Sebagai verb, perkataan home adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to home - infinitive
  2. home - base
  3. homed - past simple / past participle
  4. homing - present participle
  5. homes - present simple
Maksud-maksud perkataan home sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. menujukan: Home the missile on the target, over. - Tujukan misil tepat kepada sasaran, over.
  2. menyasarkan: 
    1. Roger that, homing missile on target now. - Roger, menyasarkan misil tepat ke sasaran sekarang.
    2. The investigators are homing in on the truth. - Penyiasat-penyiasat sedang menyasar kepada kebenaran.
  3. menempatkan: 
    1. Mom homes the kittens in the garage. - Ibu menempatkan anak-anak kucing itu di dalam garaj.
    2. The old man was homed in this shack for three years. - Orang tua itu telah ditempatkan dalam teratak ini selama tiga tahun.

Perkataan Bahasa Inggeris home dalam idiom

  1. at home bermaksud:
    1. di rumah: Tell him I'm not at home. - Beritahu dia saya tidak berada di rumah.
    2. selesa: Puan Noraini knows how to make people feel at home. - Puan Noraini mengetahui cara membuat orang berasa selesa.
  2. home free bermaksud pencapaian, berjaya: If we can finish more than half the work today, we'll be home free. - Jika kita dapat menghabiskan lebih daripada separuh kerja itu hari ini, kita akan sudah berjaya.

Rabu, 10 Julai 2013

Kita mesti berpuasa dalam bulan Ramadhan, إن شاء الله

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: We must fast during the month of Ramadhan, if الله wills.


Perkataan Bahasa Inggeris must sebagai verb

Sebagai verb, perkataan must adalah jenis auxiliary verb yang digunakan bersama main verb atau auxiliary verb yang lain, contohnya must walk, must come, must think, must be here, must have known, must have been knowing, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan must adalah:
  1. mesti: 
    1. You must keep your word. - Awak mesti berpegang pada janji.
    2. All students must pass the Physics examination. - Semua murid-murid mesti lulus ujian Fizik.
    3. You must obey the law. - Anda mesti mentaati undang-undang.
    4. We must hurry! - Kita mesti cepat!
    5. I must say, your dress is very pretty. - Saya mesti katakan, baju awak sungguh cantik.
    6. Talk to your son, you must. - Bercakaplah dengan anak awak, awak mesti.
    7. Go now, you must. - Pergi sekarang, awak mesti.
    8. Must I? - Mestikah saya?
    9. Yes, you must. - Ya, awak mesti.
  2. tentu: 
    1. I must have been sleeping. - Saya tentu telah tertidur.
    2. The detective must have seen me. - Detektif itu tentu telah nampak saya.
    3. The pilot must have known about the hijacking. - Juruterbang itu tentu telah mengetahui mengenai rampasan itu.

Perkataan Bahasa Inggeris must sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan must menyifatkan noun atau pronoun, contohnya must clothing, must language, must event, atau sebagainya. Maksud perkataan must sebagai adjective adalah kemestian, seperti berikut:
  1. A raincoat is a must clothing in this area.- Baju hujan adalah pakaian kemestian dalam kawasan ini.
  2. Arabic is a must language if you are in the Middle East. - Arab adalah bahasa kemestian jika anda berada di Timur Tengah.
  3. Hari Kantin is a must event in every school. - Hari Kantin adalah acara kemestian dalam tiap-tiap sekolah.

Perkataan Bahasa Inggeris must sebagai noun

Sebagai noun, perkataan must memberi maksud kemestian, seperti berikut:
  1. This law is a must. - Undang-undang ini adalah suatu kemestian.
  2. Getting enough sleep is a must. - Mendapat tidur yang secukupnya adalah suatu kemestian.

Selasa, 9 Julai 2013

Adakah anda memerlukan dapur yang lebih besar?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Do you need a larger kitchen?


Perkataan Bahasa Inggeris large sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan large mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. large - besar
  2. larger - lebih besar
  3. largest - paling besar
Sebagai adjective, perkataan large memberi maksud:
  1. besar:
    1. Wow, that is a large house! - Wah, itu suatu rumah yang besar!
    2. A large number of people came to the show. - Sebilangan besar orang telah datang ke pertunjukan itu.
    3. May I have a larger knife? - Bolehkah saya diberi pisau yang lebih besar?
    4. That is the largest cat I have ever seen. - Itu adalah kucing yang paling besar saya lihat.
  2. luas:
    1. The Dream Times newspaper has a large circulation. - Surat khabar Dream Times mempunyai edaran yang luas.
    2. Teenagers nowadays are given a large degree of freedom. - Golongan remaja masa kini diberi kebebasan yang luas.

Perkataan Bahasa Inggeris large dalam idiom

  1. at large bermaksud:
    1. bebas daripada tahanan: The convict is still at large. - Penjenayah itu masih bebas.
    2. secara keseluruhan: You need to look at the country at large. - Awak perlu melihat negara itu secara keseluruhan.
    3. secara mendalam: Please research the subject at large. - Sila kaji subjek itu secara mendalam.

Bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris large

  1. largeness (noun) bermaksud: 
    1. besarnya: The largeness of the building is impressive. - Besarnya bangunan itu mengagumkan.
    2. luasnya, keluasan: We need to consider the largeness of the area. - Kita perlu mempertimbangkan keluasan kawasan itu.

Isnin, 8 Julai 2013

Abang, nak minum kopi sebelum masuk tidur?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Abang, would you like to have coffee before going to bed?


Perkataan Bahasa Inggeris before sebagai preposition

Sebagai preposition, perkataan before memberi petunjuk kepada noun atau pronoun, contohnya before noon, before me, before the window, before Islam, atau sebagainya. Sebagai preposition, maksud-maksud perkataan before adalah:
  1. sebelum: 
    1. Don't call me before noon. - Jangan menelefon saya sebelum tengahari.
    2. Love before marriage or marriage before love? - Cinta sebelum kahwin atau kahwin sebelum cinta?
  2. hadapan: 
    1. Why are you standing before me. - Kenapakah awak berdiri di hadapan saya?
    2. The famous poet stood before the window. - Penyair terkenal itu berdiri di hadapan tingkap.
    3. As a young man, Zubir's life lies before him. - Sebagai seorang lelaki muda, hidup Zubir terletak di hadapannya.
  3. menghadapi: The King demanded that the sorcerer be brought before him. - Raja itu telah memerintahkan supaya ahli sihir itu dibawa menghadapnya.
  4. daripada: The Zzakayn Army would rather die before surrendering. - Tentera Zzakayn lebih rela mati daripada menyerah diri.
  5. pertimbangan, bidang kuasa: The murder case is now before the court. - Kes pembunuhan itu kini di dalam bidang kuasa mahkamah.
  6. mendahului:
    1. The prince is before his brother in the line of succession. - Putera itu mendahului adiknya dalam pewarisan takhta.
    2. The Cuncunpang government put military capability before economic stability. - Kerajaan Cuncunpang meletakkan kekuatan ketenteraan mendahului kestabilan ekonomi.

Perkataan Bahasa Inggeris before sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan before memberi keterangan kepada adjective, verb, atau adverb lain, contohnya day before, walking before, known before, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan before sebagai adverb adalah:
  1. sebelum: 
    1. My cousin called the day before. - Sepupu saya telah menelefon sehari sebelum hari ini (atau sehari lepas).
    2. If I had known before, I would have told you. - Jika saya sudah mengetahui sebelum ini, saya akan sudah memberitahu awak.
    3. Begin at noon, not before. - Mulakan pada tengahari, bukan sebelumnya.
  2. hadapan: The king entered with macebearers walking before. - Raja telah masuk dengan pembawa-pembawa cokmar berjalan di hadapan.

Perkataan Bahasa Inggeris before sebagai conjunction

Perkataan before boleh digunakan sebagai subordinating conjunction. Maksud-maksud perkataan before sebagai subordinating conjunction adalah:
  1. sebelum: Send the fax before we go. - Hantar faks itu sebelum kita pergi.
  2. daripada: I will die before I surrender. - Saya rela mati daripada menyerah.

Ahad, 7 Julai 2013

Dunia tidak bermakna tanpa awak

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: The world means nothing without you.


Perkataan Bahasa Inggeris without sebagai preposition

Sebagai preposition, perkataan without memberi petunjuk kepada noun atau pronoun contohnya without you, without the house, without help, without her atau sebagainya. Sebagai preposition, perkataan without memberi maksud tanpa, seperti berikut:
  1. I can't go anywhere without my handphone. - Saya tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa telefon bimbit saya.
  2. Of course the TV won't work without the antenna. - Sudah tentu TV tidak akan berfungsi tanpa antena.
  3. Thank you, but I can do it without your help. - Terima kasih, tetapi saya boleh melakukannya tanpa pertolongan awak.
  4. How could the journalist have spoken without thinking first? - Bagaimanakah wartawan itu boleh bercakap tanpa berfikir dahulu?

Perkataan Bahasa Inggeris without sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan without memberi keterangan kepada adjective, verb, atau adverb lain contohnya live without, go without, do without, atau sebagainya. Sebagai adverb, perkataan without memberi maksud tanpanya, seperti berikut:
  1. My perfume is something that I can't live without. - Minyak wangi saya adalah sesuatu yang saya tidak dapat hidup tanpanya.
  2. We must bring this document or go without. - Kita mesti membawa dokumen ini atau pergi tanpanya.
  3. We have no butter left, so we have to do without. - Kita sudah tiada mentega yang tinggal, maka kita terpaksa membuat tanpanya.

Within dan without

Teacher Zack sering mendengar beberapa frasa yang mengandungi perkataan within dan without. Dalam frasa-frasa ini, perkataan within memberi maksud dalam dan perkataan without memberi maksud luar, contohnya:
  1. within and without: You can place the banquet tables within and without the house. - Awak boleh meletakkan meja-meja jamuan itu di dalam dan di luar rumah.
  2. within or without: I don't know if what you did is within or without the law. - Saya tidak pasti jika apa yang awak telah lakukan adalah dalam atau luar undang-undang.
  3. from within and from without: You can open the door from within and from without the room. - Anda boleh membuka pintu itu dari dalam dan dari luar bilik itu.
  4. from within or from without: You can either call me from within or from without the city. - Awak boleh menelefon saya sama ada dari dalam atau dari luar bandar.

Sabtu, 6 Julai 2013

Lain kali jangan panggil saya abang, panggil saja saya darling

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Next time don't call me abang, just call me darling.


Perkataan Bahasa Inggeris next sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan next menyifatkan noun atau pronoun contohnya next room, next item, next person, next week, next house, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan next sebagai adjective adalah:
  1. sebelah: 
    1. Who is in the next room? - Siapakah yang berada di dalam bilik sebelah?
    2. Is there anyone sitting at the next chair? - Adakah sesiapa duduk di kerusi sebelah?
  2. seterusnya, akan datang:
    1. The next teacher to receive this award is Cikgu Murni. - Guru seterusnya yang akan menerima anugerah ini adalah Cikgu Murni.
    2. We'll just have to wait for the next election. - Kita terpaksa tunggu untuk pilihanraya akan datang.
  3. hadapan:
    1. Can we meet next week? - Bolehkah kita berjumpa minggu hadapan?
    2. Our annivesary is next year. - Ulang tahun perkahwinan kami adalah pada tahun hadapan.

Perkataan Bahasa Inggeris next sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan next memberi keterangan kepada adjective, verb atau adverb yang lain contohnya next broken chair, visiting China next, atau sebagainya.
  1. seterusnya:
    1. Will you be going to Hong Kong next? - Adakah awak akan pergi ke Hong Kong seterusnya?
    2. The next tallest student is Zakaria. - Murid yang paling tinggi seterusnya adalah Zakaria.
    3. I'll be reading a book on electronics next. - Saya akan membaca sebuah buku mengenai elektronik seterusnya.
  2. selepas kali seterusnya:
    1. I'll give you the CD when next we meet. - Saya akan memberi awak CD itu selepas kali seterusnya kita berjumpa.
    2. The writer will include this script when next he writes. - Penulis itu akan memasukkan skrip ini selepas kali seterusnya dia menulis.

Perkataan Bahasa Inggeris next dalam idiom

  1. next to bermaksud:
    1. di sebelah: Teacher Zack is standing next to a lion. - Teacher Zack sedang berdiri di sebelah seekor singa.
    2. selain: Next to standing beside a lion, Teacher Zack also kissed a King Cobra. - Selain berdiri di sebelah seekor singa, Teacher Zack juga telah mencium seekor Ular Tedung Selar.
    3. hampir: Haha, that is next to impossible! - Haha, itu adalah hampir mustahil!
  2. next time: Teacher Zack tidak dapat memastikan jika next time adalah idiom atau tidak. Jika diterjemahkan secara langsung, maksud next time adalah waktu seterusnya. Walau bagaimanapun, terjemahan next time yang sebenar adalah lain kali. Oleh itu, Teacher Zack menganggapnya sebagai idiom. Contoh-contoh ayat:
    1. See you next time. - Jumpa awak lain kali.
    2. Next time don't call me abang, just call me darling. - Lain kali jangan panggil saya abang, panggil saja saya darling.

Jumaat, 5 Julai 2013

سبحان الله, apakah yang telah terjadi kepada awak!

Maksud tajuk dalam Bahasa Inggeris: Glory be to الله, what happened to you!


Perkataan Bahasa Inggeris happen sebagai verb

Sebagai verb, perkataan happen adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to happen - infinitive
  2. happen - base
  3. happened - past simple / past participle
  4. happening - present participle
  5. happens - present simple
Sebagai verb, maksud-maksud perkataan happen adalah:
  1. terjadi, berlaku: 
    1. Why did this happened to us? - Kenapakah ini telah terjadi kepada kita?
    2. What happened yesterday should not have happened. - Apa yang telah terjadi semalam sepatutnya tidak terjadi.
    3. I don't want this to happen to you. - Saya tidak mahu perkara ini berlaku pada awak.
    4. I don't understand why this thing is happening to me. - Saya tidak memahami kenapa perkara ini sedang berlaku kepada saya.
    5. If anything happens to me, it'll be your fault. - Sekiranya sesuatu berlaku kepada saya, ia akan menjadi kesalahan awak.
  2. ternampak: 
    1. I happen to see the Stage Manager leaving. - Saya ternampak Pengurus Pentas itu pergi.
    2. If you happen to see mom, tell her I am waiting. - Jika awak ternampak ibu, beritahu dia saya sedang menunggu.
  3. sudah pun: I arrived early and the driver happened to be there already. - Saya telah tiba awal dan pemandu itu sudah pun berada di sana.
  4. secara kebetulan: 
    1. Did you happen to go to the supermarket yesterday? - Adakah awak secara kebetulan telah pergi ke pusat membeli belah semalam?
    2. I happen to know that famous astronomer. (atau "It happens that I know the famous astronomer.") - Secara kebetulan saya mengenali pengkaji bintang yang terkenal itu.
    3. The wanted criminal happens to be my friend. - Penjenayah yang dikehendaki itu secara kebetulan adalah kawan saya.

Perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris happen

  1. Happening (noun) bermaksud:
    1. suatu kejadian: There are strange happenings in that old and empty house. - Terdapat perkara-perkara aneh berlaku di dalam rumah lama yang kosong itu.
    2. suatu acara yang hebat atau menarik: The concert was a real happening. - Konsert itu adalah suatu acara yang hebat.
  2. Happening (adjective): Sebagai adjective, perkataan happening hanya digunakan sebagai slang dan ia memberi maksud hebat atau menarik, contohnya:
    1. Wow, that's a happening party! - Wah, itu adalah suatu majlis yang hebat!
    2. Let's find a happening place to go. - Marilah kita mencari tempat yang menarik untuk pergi.

Khamis, 4 Julai 2013

Tolong bawa saya bersama

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Please bring me along.


Perkataan Bahasa Inggeris bring sebagai verb

Sebagai verb, perkataan bring adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to bring - infinitive
  2. bring - base
  3. brought - past simple / past participle
  4. bringing - present participle
  5. brings - present simple
Sebagai verb, perkataan bring membawa maksud bawa, membawa, dibawa, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to bring: We need to bring the people together. - Kita perlu membawa rakyat bersatu.
  2. bring: Did you bring enough money? - Adakah awak membawa wang yang secukupnya?
  3. brought (past simple): Smoke and flames brought the neighbours. - Asap dan api telah menyedarkan jiran-jiran.
  4. brought (past participle): The corrupted minister was brought to justice. - Menteri yang menerima rasuah itu telah dibawa ke pengadilan.
  5. bringing: Where are you bringing me? - Kemanakah awak sedang membawa saya?
  6. brings: The tyrannical king brings his people to destruction. - Raja yang zalim itu membawa rakyatnya kepada kebinasaan.

Perkataan Bahasa Inggeris bring dalam phrasal verb

  1. bring about bermaksud: 
    1. menyebabkan: The price reduction brought about an increase in sales. - Penurunan harga itu telah menyebabkan kenaikan dalam penjualan.
  2. bring around/round bermaksud:
    1. memujuk: The Sales Executive is trying to bring around the Head Of Department to agree with the new sales stratery. - Eksekutif Jualan sedang cuba memujuk Ketua Bahagian untuk menyetujui strategi jualan baru itu.
    2. menyedarkan: Immediately after Rozifah fainted, the pedestrians tried to bring her around. - Sejurus selepas Rozifah pengsan, pejalan-pejalan kaki telah cuba menyedarkannya.
    3. membawa bersama: The blue team brings around a new player. - Kumpulan biru membawa bersama pemain baru.
  3. bring down bermaksud:
    1. meruntuhkan: The City Hall is trying to bring down that old building. - Dewan Bandaraya sedang cuba meruntuhkan bangunan lama itu.
    2. membunuh, menangkap, menyederakan: Dad went hunting and brought down three ducks. - Ayah telah pergi memburu dan membunuh tiga ekor itik.
    3. menurunkan: Can you bring down your price? - Bolehkah awak menurunkan harga awak?
  4. bring forth bermaksud:
    1. melahirkan: My niece brings forth a son. - Anak saudara saya melahirkan seorang anak lelaki.
    2. memperkenalkan: The Financial Manageress brought forth a new financial proposal. - Pengurus Wanita Kewangan itu memperkenalkan cadangan kewangan baru.
  5. bring forward bermaksud:
    1. membawa kehadapan, menonjolkan: Please don't be shy to bring forward your opinion. - Harap tidak segan untuk membawa kehadapan pandangan anda.

Rabu, 3 Julai 2013

Sila pegang talian, terima kasih :)

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Please hold on to the call, thank you :)


Perkataan Bahasa Inggeris hold sebagai verb

Sebagai verb, perkataan hold adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to hold - infinitive
  2. hold - base
  3. held - past simple / past participle
  4. holding - present participle
  5. holds - present simple
Sebagai verb, maksud-maksud perkataan hold adalah:
  1. memegang, pegangkan, dipegang:
    1. The snatcher's victim held her purse in her right hand. - Mangsa peragut itu telah memegang dompetnya dalam tangan kanannya.
    2. The fireman is holding the fire-hose at the fire. - Ahli bomba sedang memegang hos bomba itu ke arah api.
    3. The minister held his position for 15 years. - Menteri itu memegang jawatannya selama 15 tahun.
    4. You are holding too much cash. - Awak memegang terlalu banyak duit.
    5. The rope was held by the parachutist. - Tali itu telah dipegang oleh ahli payung terjun itu.
  2. simpankan: Please hold two tickets for us. - Harap simpankan dua tiket untuk kami.
  3. menampung: 
    1. The old bridge can't hold that much weight. - Jambatan lama itu tidak dapat menampung berat  yang sebanyak itu.
    2. That pillar holds the weight of the structure. - Tiang itu menampung berat struktur itu.
  4. tahan, ditahan, menahan, bertahan:
    1. Please hold the bus! - Harap tahan bus itu!
    2. The suspect was held for questioning. - Orang yang disyaki itu telah ditahan untuk disoal siasat.
    3. You are required to hold your breath. - Awak dikehendaki menahan nafas anda.
    4. Siti held her temper. - Siti telah menahan marah.
    5. Wow, the big chain held! - Wah, rantai besar itu dapat bertahan!
  5. ditentukan, ditakdirkan: Let's see what the future holds. - Marilah kita lihat apa yang ditentukan oleh masa hadapan.
  6. diculik: The little girl was held for ransom. - Kanak-kanak perempuan itu telah diculik untuk tebusan.
  7. mengadakan: 
    1. The opposition party will be holding a demonstration tomorrow. - Parti pembangkang akan mengadakan demonstrasi esok.
    2. We need to hold a meeting tomorrow. - Kita perlu mengadakan suatu mesyuarat esok.
  8. menghakimi, menentukan: The court held that the defendant was guilty. - Mahkamah telah menghakimi bahawa defendan itu bersalah.
  9. mengekalkan, tidak berubah: 
    1. I hope the weather will hold. - Saya harap cuaca tidak akan berubah.
    2. The ship held its course. - Kapal itu mengekalkan haluannya.

Perkataan Bahasa Inggeris hold dalam phrasal verb

  1. hold back bermaksud: 
    1. menyembunyikan: Do not hold back important information. - Jangan menyembunyikan maklumat penting.
    2. mengawal: Police held back the crowd. - Polis telah mengawal orang ramai.
    3. menyimpan: Ahmad held back ten ringgit. - Ahmad telah menyimpan sepuluh ringgit.
  2. hold down bermaksud mengawal: Hold down the noise! - Kawal bunyi bising itu!
  3. hold on bermaksud:
    1. berpaut, berpegang kuat, jangan dilepaskan: Hold on to the branch! - Berpaut pada dahan itu!
    2. bertahan: After I got shot, Sergeant Hassan kept asking me to hold on. - Selepas saya ditembak, Sarjan Hassan berterusan meminta agar saya bertahan.
    3. pegang: Please hold on to the call, thank you. - Sila pegang talian, terima kasih.

Perkataan Bahasa Inggeris hold dalam idiom

  1. get a hold of bermaksud berpaut, pegang kuat, jangan dilepaskan: Get a hold of the railing! - Berpaut pada selusur itu!
  2. on hold bermaksud:
    1. menunggu: The receptionist put me on hold for 10 minutes. - Penyambut tetamu itu telah meletakkan saya menunggu selama 10 minit. (Betul ke Teacher Zack menterjemahkan perkataan put sebagai meletakkan? :)
    2. berhenti sementara: Due to heavy rain, the F1 race had to be put on hold. - Disebabkan hujan lebat, perlumbaan F1 terpaksa dihentikan buat sementara.

Selasa, 2 Julai 2013

Saya mempercayai bahawa tiada tuhan melainkan الله dan محمد adalah pesuruh الله

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: I believe that there is no god but الله and محمد is the messenger of الله.


Perkataan Bahasa Inggeris believe sebagai verb

Sebagai verb, perkataan believe adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to believe - infinitive
  2. believe - base
  3. believed - past simple / past participle
  4. believing - present participle
  5. believes - present simple
Sebagai verb, perkataan believe memberi maksud percaya, mempercayai, dipercayai, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to believe: I find it hard to believe what the salesman said. - Saya mendapati sukar untuk mempercayai apa yang penjual itu telah katakan.
  2. believe: I believe you. - Saya mempercayai awak.
  3. believed (past simple): The judge believed the statement made by the witness. - Hakim telah mempercayai kenyataan yang telah dibuat oleh saksi itu.
  4. believed (past participle): The fugitive was believed to be headed for the Thailand border. - Banduan pelarian itu dipercayai akan menuju ke sempadan Thailand.
  5. believing: Are you believing that story? - Adakah awak mempercayai cerita itu?
  6. believes: Encik Azman believes that his uncle is involved in an accident. - Encik Azman mempercayai bahawa pakciknya terlibat dalam kemalangan.

Perkataan Bahasa Inggeris believe dalam phrasal verb

  1. believe in bermaksud meyakini, mempercayai, beriman: You must believe that محمد is an apostle. - Anda mesti meyakini bahawa محمد adalah seorang nabi.

Bentuk-bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris believe

  1. believer (noun) bermaksud seorang yang mempercayai: Zaidi is a believer in Islam. - Zaidi adalah seorang yang mempercayai dalam Islam.
  2. believable (adjective) bermaksud seseorang atau sesuatu yang boleh dipercayai: Zaidi told a believable story. - Zaidi telah menceritakan sebuah cerita yang boleh dipercayai.
  3. believably (adverb) bermaksud secara yang boleh dipercayai: Zaidi believably told the story. - Zaidi secara yang boleh dipercayai telah menceritakan cerita itu. (atau 'Zaidi telah menceritakan cerita itu secara yang boleh dipercayai.')
  4. believingly (adverb) bermaksud dengan keyakinan: Zaidi believingly told the story. - Zaidi dengan yakinnya telah menceritakan cerita itu.

Isnin, 1 Julai 2013

Oh, apa gunanya!

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Oh, what's the point!


Perkataan Bahasa Inggeris point sebagai noun

Plural untuk perkataan point adalah points. Sebagai noun, perkataan point memberi maksud:
  1. hujung: She pricked Shahrin with the point of a needle. - Dia telah mencucuk Shahrin dengan hujung jarum.
  2. lokasi: We stopped at a point about 300 metres from school. - Kami telah berhenti pada suatu lokasi lebih kurang 300 meter dari sekolah.
  3. takat: Boil the solid substance until it reaches melting point. - Panaskan bahan pepejal itu sehingga ia sampai ke takat lebur.
  4. tahap: They ran until they reached the point of exhaustion. - Mereka berlari sehingga mereka sampai ke tahap kepenatan.
  5. ambang: He was already at the point of death. - Dia sudah berada diambang maut.
  6. detik: At that point, Suraini left the auditorium. - Pada detik itu, Suraini telah meninggalkan dewan itu.
  7. gunanya: What is the point of discussing about the matter? - Apakah gunanya membincang mengenainya hal itu?
  8. idea, konsep: I don't understand the whole point of the meeting. - Saya tidak memahami seluruh idea mesyuarat itu.
  9. cadangan, pendekatan, hujah: Your point was well taken. - Hujah awak telah diterima dengan baik.

Perkataan Bahasa Inggeris point sebagai verb

Sebagai verb, perkataan point adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to point - infinitive
  2. point - base
  3. pointed - past simple / past participle
  4. pointing - present participle
  5. points - present simple
Maksud-maksud perkataan point sebagai verb adalah menghalakan, dihalakan, menunjukkan, ditunjukkan, seperti berikut:
  1. to point: That man is trying to point out an object in the sky. - Lelaki itu sedang cuba menunjukkan suatu objek di langit.
  2. point: Don't point your fingers at me! - Jangan menunjukkan jari awak ke arah saya!
  3. pointed (past simple): Sir, the lieutenant pointed to the west. - Tuan, leftenan telah menunjukkan ke arah barat.
  4. pointed (past participle): You have been pointed to the wrong direction. - Awak telah ditunjukkan ke arah yang salah.
  5. pointing: Why are you pointing the weapon at me? - Kenapakah awak sedang menghalakan senjata itu ke arah saya?
  6. points: Each accusation points at him. - Setiap tuduhan dihalakan ke arah dia.

Perkataan Bahasa Inggeris point dalam idiom

  1. at the point of bermaksud diambang, pada detik: He is at the point of death. - Dia berada pada detik kematian.
  2. at this point in time bermaksud pada waktu yang tepat dalam sejarah: It was at this point in time the King ordered the attack. - Ia adalah tepat pada waktu itu Raja telah memerintahkan serangan.
  3. beside the point bermaksud tidak ada kene-mengena dengan sesuatu hal: But that is beside the point of my problems. - Akan tetapi itu tidak ada kena-mengena dengan masalah saya.
  4. to the point bermaksud berkaitan: Please speak only to the point. - Sila bercakap mengenai yang berkaitan sahaja.