Jumaat, 14 Jun 2013

Have a happy weekend :) إنشاء الله

Have a happy weekend. - Semoga hujung minggu yang gembira, إنشاء الله

Perkataan week sebagai noun
Sebagai noun, perkataan week memberi maksud minggu. Plural (majmuk) untuk perkataan week adalah weeks.
  1. Last month we had a week of rain. - Bulan lepas kami telah mengalami hujan selama seminggu.
  2. I'll be in Afghanistan for three weeks. - Saya akan berada di Afghanistan selama tiga minggu.
  3. May I see you next week? - Bolehkah saya berjumpa dengan awak minggu hadapan?
  4. I will start work on the week of June 6. - Saya akan mula bekerja pada minggu 6 Jun. (Ini bermaksud minggu yang bermula pada tarikh 6 Jun atau minggu yang terkandung tarikh 6 Jun)
  5. Azizah will come on Hari Raya week. - Azizah akan datang pada minggu Hari Raya. (Ini bermaksud pada minggu yang terkandung Hari Raya)
  6. The National Book Week begins today. - Minggu Buku Nasional bermula hari ini.
Perkataan week sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan week memberi keterangan kepada hari yang dimaksudkan, seperti berikut:
  1. I will come on Tuesday week. - Saya akan datang pada minggu Selasa. (Ini bermaksud tujuh hari sebelum atau selepas hari Selasa)
  2. Dad went to Pahang yesterday week. - Ayah telah pergi ke Pahang minggu semalam. (Ini bermaksud tujuh hari sebelum semalam)
Perkataan atau frasa yang berkaitan dengan perkataan week
  1. week after week bermaksud minggu demi minggu: Week after week we waited but the flood did not subside. - Minggu demi minggu kami telah menunggu tetapi banjir tidak surut.
  2. week by week (atau weekly) bermaksud tiap-tiap minggu: I visit my aunt week by week. - Saya melawat makcik saya tiap-tiap minggu.
  3. weekday bermaksud hari bekerja, iaitu Isnin-Jumaat (atau Sabtu-Rabu untuk negara Islam): I can't meet you on a weekday because I am busy. - Saya tidak dapat berjumpa dengan awak pada hari bekerja sebab saya sibuk.
  4. weekend bermaksud hujung minggu: Let's go for a picnic next weekend. - Marilah kita pergi berkelah pada hujung minggu akan datang.
  5. weeklong bermaksud sepanjang minggu: Our weeklong vacation was so tiring. - Percutian sepanjang minggu kami sungguh memenatkan.

Khamis, 13 Jun 2013

Can I have a few moments with you?

Can I have a few moments with you? - Bolehkah saya diberi sedikit masa bersama awak?

Perkataan few sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan few mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. few - sedikit
  2. fewer - lebih sedikit
  3. fewest - paling sedikit
Sebagai adjective, perkataan few memberi keterangan kepada noun atau pronoun, contohnya few Ringgit, few paper clips, few things, fewer options, fewer boxes, fewest moves, fewest possibilities, atau sebagainya.

Perhatikan dengan teliti penggunaan dan perbezaan maksud-maksud perkataan few, fewer dan fewest sebagai adjective di bawah:
  1. few:
    1. sedikit:
      1. Do you have a few moments? - Adakah awak sedikit masa?
      2. Grandpa has only a few moments to live. - Datuk hanya ada sedikit masa untuk hidup.
    2. beberapa:
      1. May I have a few Ringgit? - Bolehkah saya diberi beberapa Ringgit?
      2. A few pieces will do, thank you. - Beberapa keping sudah memadai, terima kasih.
  2. fewer:
    1. sedikit: 
      1. Fewer people came this year. - Lebih sedikit orang telah datang tahun ini.
      2. Fewer equipments are needed for this office. - Lebih sedikit kelengkapan diperlukan untuk pejabat ini.
    2. kurang: 
      1. There are no fewer than 30 tables in this room. - Terdapat tidak kurang daripada 30 meja di dalam bilik ini.
      2. His age is no fewer than 25. - Umurnya tidak kurang daripada 25.
  3. fewest:
    1. sedikit:
      1. Azlina got the fewest marks in Math. - Azlina telah mendapat markah paling sedikit dalam Matematik.
      2. The participant with fewest number of broken balloons shall win. - Peserta yang mendapat bilangan belon pecah yang paling sedikit akan menang.
Perkataan few sebagai noun
  1. sedikit:
    1. Send me a few. - Hantarkan kepada saya sedikit.
    2. That song only appeals to the few. - Lagu itu hanya menarik kepada yang sedikit itu.
Perkataan few sebagai pronoun
  1. sedikit:
    1. We invited a hundred people, but few attended. - Kami telah menjemput seratus orang, tetapi sedikit yang hadir.
    2. Many are Muslims, but few truly believes. - Ramai adalah Muslim, tetapi sedikit yang benar-benar beriman.
Perkataan few dalam idiom
  1. quite a few bermaksud banyak juga: 
    1. There are quite a few things to buy. - Terdapat banyak juga barang-barang untuk dibeli.
    2. You have quite a few old earrings in this drawer. - Awak mempunyai banyak juga subang-subang lama dalam laci ini.
Fewer atau less?
Fewer atau less mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, yang mana nak guna, fewer atau less?

Guna fewer untuk merujuk kepada orang atau benda yang boleh dikira atau yang ada perkataan dalam bentuk plural, contohnya:
  1. Fewer students are studying science. - Lebih sedikit murid-murid mempelajari science.
  2. There are fewer books in this closet. - Terdapat lebih sedikit buku-buku dalam almari ini.
Guna less untuk merujuk kepada perkara yang tidak boleh dikira atau yang tidak ada perkataan dalam bentuk plural, contohnya:
  1. It is a better job, but they pay you less money. - Ia adalah pekerjaan yang lebih baik, tetapi mereka membayar lebih sedikit duit.
  2. I'd rather spend less time in traffic jams. - Saya lebih rela menghabiskan lebih sedikit masa dalam kesesakan lalulintas.

Rabu, 12 Jun 2013

الحمد لله, it is such a beautiful day!

الحمد لله, it is such a beautiful day! - الحمد لله, ia adalah suatu hari yang sungguh indah!

Perkataan such sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan such memberi keterangan kepada noun atau pronoun, contohnya, such as you, such as this, such food, such noise, such a liar, such wealth, such people, such a man, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan such sebagai adjective adalah:
  1. sepertimana: 
    1. An artist such as you should be rich by now. - Seorang artis sepertimana kamu sepatutnya sudah kaya sekarang.
    2. Food, such as this, is mom's favorite. - Makanan, sepertimana ini, adalah kegemaran ibu. 
  2. sehinggakan: 
    1. The noise was such that I wasn't able to sleep. - Kebisingan itu adalah sehinggakan saya tidak dapat tidur.
    2. Her cry was such that we didn't dare to leave her alone. - Tangisannya adalah sehinggakan kami tidak berani meninggalkannya seorang diri.
  3. benar-benar, sungguh: 
    1. He is such a liar: - Dia adalah benar-benar seorang penipu.
    2. Teacher Zack is such a nice man. - Teacher Zack adalah seorang yang sungguh baik. (Tak tanya pun)
  4. sedemikian rupa: 
    1. I never dreamed of such wealth. - Saya tidak pernah mengimpikan kekayaan yang sedemikian rupa.
    2. Ahmad is a sports lover, one of many such people in this neighbourhood. - Ahmad adalah seorang peminat sukan, salah satu daripada orang-orang yang sedemikian rupa dalam kejiranan ini.
    3. Such a man is dangerous. - Orang yang sedemikian rupa adalah merbahaya.
Perkataan such sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan such memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb yang lain, contohnya such good people, such beautiful flowers, such poor health, in such a way, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan such sebagai adverb adalah:
  1. sehinggakan: His love for me is such that he calls me almost every hour. - Cintanya terhadap saya adalah sehinggakan dia menelefon saya hampir setiap jam.
  2. sedemikian rupa: Such good people can usually be found in this village. - Orang-orang baik sedemikian rupa biasanya boleh didapati dalam perkampungan ini.
  3. benar-benar, sungguh:
    1. Wow, those are such beautiful flowers! - Wah, bunga-bunga itu adalah benar-benar cantik!
    2. The last time I saw her, she was in such poor health. - Kali terakhir saya melihatnya, dia berada dalam kesihatan yang sungguh tidak baik.
Perkataan such sebagai pronoun
Sebagai pronoun, perkataan such menggantikan noun dan ia memberi maksud sedemikian, contohnya:
  1. That event is only for kings, princes, and such. - Acara itu adalah hanya untuk raja-raja, putera-putera, dan sedemikian.
  2. He claims to be a friend but he is not such. - Dia mengaku menjadi seorang kawan tetapi dia tidaklah sedemikian.
Perkataan such dalam idiom
  1. as such bermaksud oleh yang demikian: As such, I left her. - Oleh yang demikian, saya telah meninggalkannya.
  2. such as bermaksud sedemikian rupa, sepertimana: A plan such as this will never work. - Rancangan sepertimana yang ini tidak akan berjaya.

Selasa, 11 Jun 2013

Will you ♥ me again?

Will you marry me again? - Sudikah awak mengahwini saya semula?

Perkataan again sebagai adverb
Maksud-maksud perkataan again sebagai adverb adalah:
  1. lagi: 
    1. Please try again. - Sila cuba lagi.
    2. Will you come visit us again? - Adakah awak akan datang melawat kami lagi?
  2. semula:
    1. Let's do it all again. - Marilah melakukan semuanya semula.
    2. Can I borrow your car again? - Bolehkah saya meminjam kereta awak semula?
  3. sekali lagi:
    1. Again, I need to borrow your car. - Sekali lagi, saya perlu meminjam kereta awak.
    2. Again, we went back home. - Sekali lagi, kami pulang ke rumah.
  4. sebaliknya:
    1. I might lend you my car, and again I might not. - Saya mungkin akan meminjam kepada awak kereta saya, dan sebaliknya saya mungkin tidak.
    2. It might happen, and again it might not. - Ia mungkin akan berlaku, dan sebaliknya ia mungkin tidak.
Perkataan again dalam idiom
  1. again and again bermaksud berkali-kali, berulang-ulang:
    1. The Directors argued the same issue again and again. - Pengarah-pengarah berbantah isu yang sama berkali-kali.
    2. Again and again you hurt me. - Berulang kali awak telah menyakiti saya.
  2. as much again bermaksud dua kali ganda:
    1. She earns as much again as I do. - Dia berpendapatan dua kali ganda pendapatan saya.
    2. Why are you giving him as much again as I do? - Kenapakah awak memberi dia dua kali ganda pemberian saya?

Isnin, 10 Jun 2013

Would you like to come to my place?

Would you like to come to my place? - Mahukah awak datang ke kediaman saya?

Perkataan place sebagai noun
Plural (majmuk) untuk perkataan place adalah places. Sebagai noun, maksud-maksud perkataan place adalah:
  1. tempat:
    1. Make sure there is a place for everyone in this room. - Pastikan ada tempat untuk setiap orang dalam bilik ini.
    2. Did you prepare a place of worship for the Muslims? - Adakah awak menyediakan tempat sembahyang untuk orang-orang Islam.
    3. We visited many historical places in Egypt. - Kami telah melawat banyak tempat-tempat bersejarah di Mesir.
    4. Is your knee the place that hurts? - Adakah lutut awak tempat yang sakit? 
    5. This is not the place to argue. - Ini bukan tempat untuk bertengkar.
  2. batasan: He overstepped his place. - Dia telah melampaui batasannya.
  3. kediaman: The Zacks bought a place at the lake. - Keluarga Zack telah membeli sebuah kediaman di tasik.
  4. perkerjaan: I finally found a place in the company. - Saya akhirnya mendapat pekerjaan dalam syarikat itu.
  5. keadaan, situasi: You will know if you put yourself in my place. - Awak akan tahu jika awak letakkan diri awak dalam situasi saya.
Perkataan place sebagai verb
Sebagai verb, perkataan place adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to place - infinitive
  2. place - base
  3. placed - past simple / past participle
  4. placing - present participle
  5. places - present simple
Sebagai verb, maksud perkataan place adalah meletakkan, diletakkan, menempatkan, ditempatkan, atau sebagainya.
  1. to place: To place the blame on his father is not fair. - Meletakkan kesalahan atas ayahnya adalah tidak adil.
  2. place: Please place the brooms in the storeroom. - Sila letakkan penyapu-penyapu itu di dalam bilik stor.
  3. placed (past simple): I placed your car keys here. - Saya telah meletakkan kunci kereta awak di sini.
  4. placed (past participle): We have already placed the advertisement in the newspaper. - Kami telah pun meletakkan iklan itu dalam suratkhabar.
  5. placing: We are placing the flood victims in the school halls. - Kami akan menempatkan mangsa-mangsa banjir di dewan-dewan sekolah.
  6. places: She usually places her handbag in this cupboard. - Dia biasanya meletakkan beg tangannya di dalam almari ini.
Perkataan place dalam idiom
  1. go places bermaksud berjaya, memajukan diri: If you don't keep trying, you will never go places. Jika awak tidak meneruskan mencuba, awak tidak akan berjaya.
  2. in place bermaksud dalam keadaan yang baik: Dinner is ready and everything is in place. - Makan malam telah disediakan dan semuanya dalam keadaan yang baik.
  3. out of place bermaksud tidak dalam keadaan yang sepatutnya: Why are the library books out of place? - Kenapakah buku-buku perpustakaan itu tidak dalam keadaan yang sepatutnya?
  4. all over the place bermaksud bersepah, berada di mana-mana: His clothes are all over the place in his room. - Pakaiannya berada di mana-mana di dalam biliknya.

Sabtu, 8 Jun 2013

Can I help you? :)

Can I help you? - Bolehkah saya membantu awak?

Perkataan help sebagai verb
Sebagai verb, perkataan help adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to help - infinitive
  2. help - base
  3. helped - past simple / past participle
  4. helping - present participle
  5. helps - present simple
Perkataan help boleh memberi maksud tolong, menolong, ditolong, bantu, membantu, atau sebagainya. Berikut adalah penggunaan perkataan help:
  1. to help
    1. Please ask him to help me fix this computer. - Harap minta dia menolong saya memasang komputer ini.
    2. Did you come to help us paint? - Adakah awak datang untuk menolong kami mengecat?
  2. help
    1. Could you help me push this table? - Bolehkah awak menolong saya menolak meja ini?
    2. Please help me with the groceries. - Harap tolong saya dengan barang-barang runcit itu.
  3. helped
    1. (past simple)
      1. That man helped saved my life. - Orang itu telah menolong menyelamatkan nyawa saya.
      2. Those boys helped the drowning woman. - Budak-budak lelaki itu telah menolong wanita yang kelemasan itu.
    2. (past participle)
      1. You could have helped if you wanted to. - Awak sepatutnya boleh menolong jika awak menghendaki.
      2. Dad should have helped me first. - Ayah sepatutnya telah menolong saya dahulu.
  4. helping
    1. Are you helping him with the counting? - Adakah awak sedang menolong dia dengan pengiraan itu?
    2. Will Sarimah be helping you today or tomorrow? - Adakah Sarimah akan menolong awak hari ini atau esok?
  5. helps
    1. I hope this helps. - Saya harap ini dapat menolong.
    2. She helps me with my homework every week. - Dia menolong saya dengan kerja sekolah saya setiap minggu.

Jumaat, 7 Jun 2013

Why are you always against me? :(

Why are you always against me? - Kenapa awak selalu menentang saya?

Perkataan against sebagai preposition
Sebagai preposition, perkataan against mempunyai banyak maksud. Diantaranya adalah:
  1. menentang: 
    1. Kelantan is up against Selangor in the final. - Kelantan akan menentang Selangor dalam perlawanan akhir.
    2. We are trying to sail against the wind. - Kami sedang mencuba belayar menentang angin. 
  2. menjauhkan: I fixed this alarm for protection against buglars. - Saya telah memasang penggera ini untuk perlindungan menjauhkan pencuri.
  3. pada: 
    1. Please don't lean against the wall. - Harap jangan bersandar pada dinding.
    2. His elbow striked against the side of the table. - Sikunya terhantuk pada tepi meja itu.
    3. Shazwan angrily threw his bag against the cupboard. - Shazwan dengan marahnya telah membaling begnya pada almari itu.
  4. berhadapan dengan: 
    1. You have to strive against many obstacles. - Awak perlu bertahan berhadapan dengan berbagai rintangan.
    2. You are required to survive against many tests. - Kamu dikehendaki bertahan berhadapan dengan berbagai ujian.
  5. daripada: 
    1. He took insurance to protect his business against any loss. - Dia telah mengambil insuran untuk melindungi perniagaannya daripada sebarang kerugian.
    2. We took all precautions to prevent against failure. - Kami telah mengambil segala tindakan untuk mengelakkan daripada kegagalan.
  6. tidak akan: 
    1. Mom decided against buying a new car. - Ibu telah membuat keputusan tidak akan membeli kereta baru.
    2. Siti decided against marrying Ahmad. - Siti telah membuat keputusan tidak akan mengahwini Ahmad.
  7. melanggar: What you did is against the law. - Apa yang awak telah lakukan adalah melanggar undang-undang.
Perkataan against dalam idiom
  1. against all odds bermaksud menentang segala kemungkinan: 
    1. Against all odds, we won the trophy. - Menentang segala kemungkinan, kami telah memenangi piala itu.
    2. Against all odds, the beautiful actress married the poor, old man. - Menentang segala kemungkinan, pelakon yang cantik itu telah mengahwini orang tua yang miskin itu.

Khamis, 6 Jun 2013

You have become a part of my life ♥

You have become a part of my life. - Awak sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

Perkataan part sebagai noun
Sebagai noun, perkataan part memberi maksud bahagian atau sebahagian.
  1. bahagian:
    1. Do you know which part of Kuala Lumpur I can eat satay? - Tahukah anda bahagian mana di Kuala Lumpur saya boleh makan satay?
    2. That is my favorite part of the song. - Itu adalah bahagian kesukaan saya didalam lagu itu.
  2. sebahagian:
    1. A part of me loves him but the other part is afraid of him. - Sebahagian diri saya menyayanginya tetapi sebahagian lain menakutinya.
    2. The landslide damaged a part of our house. - Tanah runtuh itu telah merosakkan sebahagian daripada rumah kami.
Plural (majmuk) untuk perkataan part adalah parts:
  1. I need to buy some computer parts. - Saya perlu membeli beberapa bahagian komputer.
  2. Do you know how to fix these printer parts? - Tahukah awak cara membaiki bahagian-bahagian pencetak ini?
Perkataan part sebagai verb
Sebagai verb, perkataan part adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to part - infinitive
  2. part - base
  3. parted - past simple / past participle
  4. parting - present participle
  5. parts - present simple
Sebagai verb, perkataan part boleh memberi maksud berpisah, memisahkan, atau sebagainya:
  1. to part: Salina doesn't want to part with him again. - Salina tidak mahu berpisah dengannya lagi.
  2. part: I always part my hair in the middle. - Saya selalu memisahkan rambut saya di tengah.
  3. parted (past simple): We parted when we reached Port Dickson. - Kami telah berpisah apabila kami sampai di Port Dickson.
  4. parted (past participle): Mat and Din were parted since they were born. - Mat dan Din telah dipisahkan sejak mereka dilahirkan.
  5. parting: Parting with my husband really hurts. - Berpisah dengan suami saya benar-benar menyakitkan.
  6. parts: The scientist successfully parts the fat substance from the liquid. - Ahli sains itu berjaya memisahkan bahan lemak daripada cecair itu.

Rabu, 5 Jun 2013

Show me how to spell indescribability

Show me how to spell indescribability. - Tunjukkan kepada saya cara mengeja indescribability.

Perkataan show sebagai verb
Sebagai verb, perkataan show adalah jenis irregular verb yang mempunyai enam bentuk iaitu:
  1. to show - infinitive
  2. show - base
  3. showed - past simple
  4. shown - past participle
  5. showing - present participle
  6. shows - present simple
Perkataan show memberi maksud tunjuk, menunjukkan, ditunjukkan, kelihatan, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to show
    1. Would you like me to show you the invoice? - Mahukah awak jika saya menunjukkan awak invois itu?
    2. I followed to show him the direction to the house. - Saya telah mengikuti untuk menunjukkan dia arah ke rumah itu.
  2. show
    1. Can you show me the bathroom at the top floor? - Bolehkah awak menunjukkan saya bilik air di tingkat atas?
    2. Police! Freeze! Show me your hands! - Polis! Berhenti! Tunjukkan tangan awak!
  3. showed
    1. After I showed her my sister's photo in Facebook, she left me. - Selepas saya menunjukkan gambar kakak saya di Facebook, dia telah meninggalkan saya.
    2. I showed him the directions but he still got lost. - Saya telah menunjukkan kepada dia arahnya tetapi dia masih sesat.
  4. shown
    1. Have I shown you my eldest son's photo? - Sudahkah saya menunjukkan kepada awak gambar anak lelaki sulong saya?
    2. That documentary was shown on TV last week. - Rencana itu telah pun ditunjukkan di TV minggu lepas.
  5. showing
    1. Why are you showing me this? - Kenapakah awak menunjukkan saya ini?
    2. Are you showing me the right way? - Adakah awak sedang menunjukkan saya arah yang betul?
  6. shows
    1. It shows on you face that you are lying. - Ia kelihatan pada muka awak yang awak sedang menipu.
    2. It is strange but Zaini only shows her older photos. - Ia adalah pelik tetapi Zaini hanya menunjukkan gambar-gambarnya yang lama.
Perkataan show sebagai noun
Sebagai noun, perkataan show memberi maksud pertunjukan, seperti berikut:
  1. Did you see the show last night? - Adakah awak menonton pertunjukan itu semalam?
  2. Next month is the Langkawi Air Show. - Bulan hadapan adalah Pertunjukan Udara Langkawi.
  3. Wow, that is an amazing show of strength! - Wah, itu adalah suatu pertunjukan kekuatan yang hebat! 
Perkataan show didalam phrasal verb
  1. show off bermaksud bermegah, menunjuk-nunjuk: They like to show off their latest weapons of war. - Mereka suka menunjuk-nunjukkan senjata peperangan terbaru mereka.
  2. show up bermaksud muncul: We waited for one hour, but he didn't show up. - Kami telah menunggu selama sejam, tetapi dia tidak muncul.
Perkataan show didalam idiom
  1. run the show bermaksud diberi kuasa, berkuasa, mengurus, mengendalikan, mengawal: My father is the one who runs the show in the company. - Ayah sayalah orang yang mengurus syarikat itu.
  2. steal the show bermaksud mendapat pujian, mendapat nama, diagungkan: The woman can act, but the boy stole the show. - Wanita itu boleh berlakon, tetapi budak itu yang mendapat pujian.

Selasa, 4 Jun 2013

Do you speak English every day?

Do you speak English every day? - Adakah anda bercakap Inggeris tiap-tiap hari?

Perkataan every sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan every memberi keterangan kepada noun contohnya every day, every child, every chance, every two hours, every third day, atau sebagainya.
  1. My mother calls me every day. - Ibu menelefon saya tiap-tiap hari.
  2. Zarina has every reason to hate him. - Zarina mempunyai tiap-tiap sebab untuk membencinya.
  3. You need to take this medicine every four hours. - Awak perlu mengambil ubat ini tiap-tiap empat jam.
  4. My Tajwid class is every week. - Kelas Tajwid saya adalah tiap-tiap minggu.
Perkataan every didalam idiom
  1. every bit bermaksud sepenuhnya: I really like this cake every bit. - Saya benar-benar sukakan kek ini sepenuhnya.
  2. every now and then (atau every so often) bermaksud dari semasa ke semasa: My daughter visits me every now and then (atau every so often). - Anak perempuan saya melawati saya dari semasa ke semasa.
  3. every once in a while bermaksud sekali-sekala: I swim every once in a while. - Saya berenang sekali-sekala.
  4. every other bermaksud setiap selang: Encik Johari plays golf every other week. - Encik Johari bermain golf setiap selang minggu.
  5. every which way bermaksud setiap arah: Due to strong wind, the tree leaves dropped every which way. - Disebabkan oleh angin kuat, daun-daun pokok itu jatuh tiap-tiap arah.
Perbezaan every day dan everyday
Walaupun sebutan every day dan everyday adalah sama, akan tetapi maksud dan penggunaannya adalah tidak sama. Every day memberi maksud tiap-tiap hari manakala everyday memberi maksud harian. Pastikan anda menggunakan every day dan everyday dengan betul, seperti berikut:
  1. I wear this uniform every day. - Saya memakai seragam ini tiap-tiap hari.
  2. This is my everyday uniform. - Ini adalah seragam harian saya.
  3. I jog every day. - Saya berlari tiap-tiap hari.
  4. Jogging is my everyday exercise. - Berlari adalah senaman harian saya.
Seperti yang ditunjukkan didalam ayat-ayat di atas, everyday adalah suatu perkataan dan ia adalah adjective. Ia digunakan untuk memberi keterangan kepada noun contohnya everyday uniform, everyday exercise, everyday clothes, everyday hobby, atau sebagainya. Every day pula adalah adjective (every) + noun (day), dan pergabungannya memberi maksud tiap-tiap hari.

Isnin, 3 Jun 2013

Come, let's talk.

Come, let's talk. - Jom, marilah kita berbual.

Perkataan talk sebagai verb
Sebagai verb, perkataan talk adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to talk - infinitive
  2. talk - base
  3. talked - past simple / past participle
  4. talking - present participle
  5. talks - present simple
Perkataan talk boleh memberi maksud cakap, bincang, sembang, bual, atau sebagainya.
  1. to talk
    1. Would you like to talk to me? - Mahukah awak bercakap dengan saya?
    2. No, I don't want to talk to you. - Tidak, saya tidak mahu bercakap dengan awak.
  2. talk
    1. Can I talk to you? - Bolehkah saya bercakap dengan awak?
    2. Sure, let's talk. - Sudah tentu, marilah kita berbual.
  3. talked
    1. (past simple)
      1. We talked about it last night. - Kami telah bercakap mengenainya malam semalam.
      2. I talked to the principal just now. - Saya telah bercakap dengan pengetua baru tadi.
    2. (past participle)
      1. They haven't talked to me yet. - Mereka belum bercakap dengan saya lagi.
      2. Yes, this matter will be talked about in the next meeting. - Ya, perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.
  4. talking
    1. We are bored and we are just talking. - Kami bosan dan kami hanya sedang berbual.
    2. I'm sorry, but are you talking to me? - Maafkan saya, tetapi adakah awak sedang bercakap dengan saya?
  5. talks
    1. I don't believe it, but this cat talks! - Saya tidak mempercayainya, tetapi kucing ini bercakap!
    2. The problem is that he talks while he eats. - Masalahnya adalah bahawa dia bercakap sambil dia makan.
Perkataan talk sebagai noun
Sebagai noun, perkataan talk memberi maksud:
  1. percakapan: A talk is an exchange of opinions. - Suatu percakapan adalah pertukaran pendapat.
  2. kuliah: There will be a talk about security tomorrow. - Akan ada suatu kuliah mengenai keselamatan esok.
  3. khabar angin: There is a talk of bankruptcy. - Terdapat khabar angin mengenai kemuflisan.
  4. perundingan: Peace talks were held between the US and Taliban. - Perundingan keamanan telah diadakan antara Amerika dan Taliban.

Sabtu, 1 Jun 2013

Do you have a problem learning English Language?

Do you have a problem learning English Language? - Adakah awak menghadapi masalah dalam mempelajari Bahasa Inggeris?

Problem
Perkataan problem boleh menjadi noun, contohnya:
  1. That Math problem is very difficult. - Masalah Matematik itu amat susah.
  2. Do you have a problem? - Adakah awak suatu masalah?
Sebagai noun, bentuk plural untuk perkataan problem adalah problems, contohnya:
  1. Those are his problems, not mine. - Itu adalah masalah-masalah dia, bukan saya.
  2. There are a lot of problems to be solved. - Terdapat banyak masalah-masalah yang perlu diselesaikan.
Perkataan problem boleh juga menjadi adjective. Sebagai adjective, perkataan problem memberi keterangan kepada perkataan noun. Dalam ayat-ayat di bawah, perkataan-perkataan child dan student adalah noun.
  1. That boy is a problem child. - Budak lelaki itu adalah kanak-kanak masalah.
  2. She is a problem student. - Dia adalah seorang murid masalah.
Problematic (atau problematical)
Terdapat juga perkataan yang berkaitan dengan perkataan problem iaitu perkataan problematic (atau problematical). Problematic adalah perkataan jenis adjective dan ia juga digunakan untuk memberi keterangan kepada perkataan-perkataan noun, contohnya:
  1. That boy is a problematic child. - Budak lelaki itu adalah kanak-kanak yang bermasalah.
  2. She is a problematical student. - Dia adalah seorang murid yang bermasalah.
Sebenarnya, Teacher Zack tidak berapa pasti cara menterjemahkan perbezaan maksud antara perkataan problem dan problematic sebagai djective, mungkin begini:
  1. problem student - murid masalah
  2. problematic student - murid yang bermasalah
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam penggunaan problem dan problematic sebagai adjective, seperti berikut:
  1. Betul: He is a problematic student. - Dia adalah murid yang bermasalah.
  2. Betul: He is a problem student. - Dia adalah murid masalah.
  3. Betul: That student is problematic. - Murid itu bermasalah.
  4. Salah: That student is problem. - Murid itu masalah.
Sebenarnya, Teacher Zack tidak berapa pasti jika ayat 4 adalah salah seratus peratus. Apa pun, Teacher Zack tidak pernah dengar ayat yang menggunakan perkataan problem berbunyi begini. Jika seperti berikut ada:
  1. That student is a problem. - Murid itu adalah suatu masalah.
Walaupun begitu, dalam ayat ini, perkataan problem adalah noun, bukan adjective.

Problematically
Terdapat juga suatu lagi perkataan yang berkaitan dengan perkataan problem iaitu perkataan problematically. Problematically adalah perkataan jenis adverb, contohnya:
  1. Hassan solved all the Math problems, but problematically. - Hassan telah menyelesaikan semua masalah-masalah Matematik itu, tetapi secara bermasalah.
  2. Due to being afraid, the new lecturer spoke problematically on stage. - Disebabkan ketakutan, pensyarah baru itu telah bercakap secara bermasalah di atas pentas.
No problem
No problem adalah idiom yang mengandungi perkataan problem. No problem memberi maksud tiada masalah:
  1. No problem, I can do this. - Tiada masalah, saya boleh melakukan ini.
  2. Of course I'll help you, no problem. - Sudah tentu saya akan menolong awak, tiada masalah.