Khamis, 9 Mei 2013

Nak guna yang mana, can atau may?

Ayat manakah yang betul:
  1. Can I ask you a question? - Bolehkah saya bertanyakan awak suatu soalan?
  2. May I ask you a question? - Bolehkah saya bertanyakan awak suatu soalan?
Sebenarnya, kedua-dua ayat adalah betul cuma ayat 2 dikira lebih sopan daripada ayat 1.

Sebagai petua, gunakan may untuk meminta izin atau meminta sesuatu:
  1. May I call you? - Bolehkah saya menelefon awak?
  2. May I have this dance? - Bolehkah saya diberikan tarian ini?
  3. May I help you? - Bolehkah saya membantu awak?

Sebaliknya, gunakan can untuk bertanyakan kebolehan atau keupayaan, contohnya:
  1. Can you swim? - Bolehkah awak berenang?
  2. Can he speak English? - Bolehkah dia bercakap Inggeris?
  3. Can you understand this? - Bolehkah awak memahami ini?

Rabu, 8 Mei 2013

Apakah dia silent letter?



a - bread, thread
b - lamb, comb
c - science, scent
d - bridge, edge
e - force, place
h - hour, school
k - know, knowledge
l - would, walk
n - column, hymn
p - psycho, pneumatic
s - island, isle
t - listen, rustle
u - biscuit, guess
w - write, wrist

Worry can make you look old

Worry can make you look old. Kerisauan boleh menjadikan anda kelihatan tua.

Perkataan old sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan old mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. old - tua
  2. older - lebih tua
  3. oldest - paling tua
Sebagai adjective, perkataan old mengubah noun atau pronoun, contohnya: old book, old age, old friend, older age, older friend, older than me, older than him, oldest daughter, oldest tree, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan old sebagai adjective adalah:
  1. lama: 
    1. This is an old book. Ini adalah buku lama.
    2. Those are old fossils. Itu adalah fosil-fosil lama.
    3. Meet my old friend, Zack. Temuilah kawan lama saya, Zack.
  2. tua:
    1. Sukarni is my oldest daughter. Sukarni adalah anak perempuan sulong saya.
    2. I am in my old age. Saya berada dalam zaman tua saya.
    3. Her old face shows it all about her. Muka tuanya menunjukkan segalanya mengenainya.
    4. Is Encik Rahman older than me? Adakah Encik Rahman lebih tua daripada saya?
  3. umur: 
    1. The new candidate is a man 30 years old. Calon baru itu adalah seorang lelaki yang berumur 30 tahun.
    2. That is a century-old artifact. Itu adalah artifak yang sudah seabad.
Perkataan old sebagai noun
  1. umur: 
    1. My five-year-old son likes to climb trees. Anak lelaki saya yang berumur lima tahun suka memanjat pokok.
    2. That class is for six-year-olds only. Kelas itu hanya untuk yang berumur enam tahun sahaja.
  2. tua: 
    1. You should care for the old. Awak hendaklah menjaga yang tua.
    2. Those are my days of old. Itu adalah hari-hari tua saya.

Selasa, 7 Mei 2013

Just put it on the floor

Just put it on the floor. Letakkan sahaja di atas lantai.

Perkataan put sebagai verb
Sebagai verb, perkataan put adalah jenis irregular verb yang mempunyai empat bentuk iaitu to put, put, putting, puts. Berikut adalah maksud-maksud perkataan put:
  1. meletakkan: Sally wants to put her keys in the drawer. Sally hendak meletakkan kuncinya di dalam laci.
  2. menyebabkan: The soldiers put the prisoner to torture. Askar-askar itu menyebabkan tawanan itu tersiksa.
  3. membutirkan: The witnesses are putting a false statement. Saksi-saksi membutirkan kenyataan palsu.
  4. menganggar: Are you putting the price at RM450? Adakah awak menganggarkan harganya sebanyak RM450?
  5. mengenakan: The government has put a tax on cigarettes. Kerajaan telah mengenakan cukai ke atas rokok.
  6. menujukan: The prosecutor puts a question to the judge. Pihak pendakwa menujukan soalan kepada hakim.
  7. padankan: The lyrics has been put to music. Lirik telah dipadankan kepada musik.
  8. memaksa: It is the police that put the mob to flight. Ia adalah pihak polis yang telah memaksa kumpulan perusuh lari.
  9. menumpukan: You should put your mind to it. Awak hendaklah menumpukan minda awak kepadanya.

Cara menggunakan much, many, more, most sebagai adjective

Many, more, most digunakan untuk mengubah maksud plural countable nouns
  1. many - banyak
  2. more - lebih banyak
  3. most - paling banyak
Dalam ayat berikut perkataan books adalah plural countable noun:

There are many books in my room, more in the hall, but the most books are in the garage. - Terdapat banyak buku-buku di dalam bilik saya, lebih banyak lagi di dalam ruang tamu, tetapi paling banyak buku-buku terdapat di dalam garaj.

Much, more, most digunakan untuk mengubah maksud uncountable nouns
  1. much - banyak
  2. more - lebih banyak
  3. most - paling banyak

Dalam ayat berikut perkataan time adalah uncountable noun:

Much time is needed to sweep the floor, more to clean the windows, but the most is to paint the back room. - Banyak masa diperlukan untuk menyapu lantai, lebih banyak untuk membersihkan tingkap, tetapi yang paling banyak adalah untuk mengecat bilik belakang.

Isnin, 6 Mei 2013

Who owns this world?

Who owns this world? Siapakah yang memiliki dunia ini?

Perkataan own sebagai adjective
Cara penggunaan perkataan own sebagai adjective: own clothes, own money, own house, own phone, atau sebagainya.
  1. sendiri:
    1. My cousin makes her own clothes. Sepupu saya membuat pakaiannya sendiri.
    2. I used my own money to buy the handphone. Saya telah menggunakan duit sendiri untuk membeli telefon bimbit itu.
Perkataan own sebagai noun
Cara penggunaan perkataan own sebagai noun: of her own, of my own, of their own, of his own, atau sebagainya.
  1. sendiri:
    1. His daughter wants a room of her own. Anak perempuannya menginginkan biliknya sendiri.
    2. I need a computer of my own. Saya memerlukan komputer sendiri.
Perkataan own sebagai verb
Sebagai verb perkataan own adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to own, own, owned, owning, owns.
  1. memiliki:
    1. Haha, I want to own the world. Haha, saya ingin memiliki dunia ini. (dah buang tabiat nih..)
    2. Do you own this car? Adakah awak memiliki kereta ini?
    3. What would you do if you owned a million ringgit? Apakah yang awak akan lakukan sekiranya awak memiliki sejuta ringgit?
    4. I dream of owning a Ferrari. Saya impikan untuk memiliki Ferrari.
    5. You mean he owns that island? Maksud awak dia memiliki pulau itu?

Ahad, 5 Mei 2013

Cara menyebut vowel A



Vowel a
  1. Short vowel: cat, ant, map, apple, act, after, as, at.
  2. Long vowel: way, May, take, name, able, age, area.

Jumaat, 3 Mei 2013

I atau me?

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. I love Ali. Saya mencintai Ali.
  2. Ali loves me. Ali mencintai saya.
Dalam ayat 1, perkataan I digunakan untuk menggambarkan saya. Ini adalah kerana I adalah subject dan ia dikatakan berada dalam keadaan nominative. Dalam ayat 2, perkataan me pula digunakan untuk menggambarkan saya. Ini adalah kerana me adalah object dan ia dikatakan berada dalam keadaan accusative.

Latihan: Nyatakan jika saya dalam ayat-ayat di bawah adalah I (subject/nominative) atau me (object/accusative):
  1. Saya sedang makan nasi. [I/Me] am eating rice.
  2. Cerita ini adalah mengenai ibu dan saya. This story is about mom and [I/me].
  3. Siti dan saya adalah kawan. Siti and [I/me] are friends.
  4. Adakah awak mencintai saya? Do you love [I/me]?
  5. Ia adalah saya yang dia inginkan. It's [I/me] that she wants.
  6. Saya akan pergi jika awak menjemput saya. [I/Me] will go if you invite [I/me].
Jawapan:
  1. I
  2. me
  3. I
  4. me
  5. me
  6. I, me

Would you like another?

Would you like another? Mahukah awak satu lagi?

Perkataan another sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan another digunakan seperti another towel, another cup, another route, another day, atau sebagainya.
  1. satu lagi: 
    1. I need another towel. Saya memerlukan satu lagi tuala.
    2. Would you like to have another cup of coffee? Mahukah awak secawan kopi lagi?
  2. lain: 
    1. Dad took another route to office. Ayah menggunakan jalan lain untuk ke pejabat.
    2. The Sales Executive put the meeting to another day. Eksekutif Jualan telah memindahkan mesyuarat itu ke hari lain.
Perkataan another sebagai pronoun
Sebagai pronoun, perkataan another memberi maksud satu lagi dan ia menggantikan noun:
  1. These shoes are too big; I'll try another. Kasut ini terlalu besar; saya akan cuba satu lagi.
  2. That cake is delicious; can I have another? Kek itu lazat; boleh saya ambil satu lagi?
  3. Please stop jumping from one chair to another. Harap berhenti melompat dari satu kerusi ke satu lagi.

Masalah ayat yang dipanggil fused sentence

Apakah masalah ayat berikut?

Our team played the chess tournament they didn't win. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur mereka tidak menang.

Masalah ayat di atas dipanggil fused sentence kerana terdapat dua independent clause yang bercantum (fused) iaitu:
  1. Our team played the chess tournament. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur.
  2. they didn't win. mereka tidak menang.
Terdapat tiga cara untuk membetulkan ayat di atas:

1. Membubuh tanda
Asingkan setiap independent clause dengan semicolon:

Our team played the chess tournament; they didn't win. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur; mereka tidak menang.
2. Cerakin
Asingkan setiap independant clause sebagai ayat yang berasingan.

Our team played the chess tournament. They didn't win. Kumpulan kami bermain di kejohanan catur. Mereka tidak menang.
3. Kombinasi main clause, subordinate clause, dan conjunction
Jadikan satu independent clause sebagai main clause dan satu lagi independent clause sebagai subordinate clause dengan menambah conjunction (contohnya perkataan although), seperti berikut:

Although our team played the chess tournament, they didn't win. Walaupun kumpulan kami bermain di kejohanan catur, mereka tidak menang.

Subordinate clause: Although our team played the chess tournament,
Main clause: They didn't win.

Khamis, 2 Mei 2013

Something's happening

Something's happening. Ada sesuatu yang sedang berlaku.

Perkataan something sebagai pronoun
  1. sesuatu: 
    1. Are you lookng for something? Adakah awak sedang mencari sesuatu?
    2. Calling my ex-husband was something of a mistake. Menelefon bekas suami saya adalah suatu kesilapan.
  2. serba sedikit: We know something about the case. Kami mengetahui serba sedikit mengenai kes itu.
Perkataan something sebagai noun
  1. seorang yang penting: He thinks he is something in that uniform. Dia menyangka dia seorang yang penting dalam seragam itu.
  2. sesuatu: If you have something to say then say it. Jika awak ada sesuatu yang ingin dikatakan maka katakanlah.
Perkataan something sebagai adverb
  1. seakan-akan: You look something like your mother. Awak kelihatan seakan-akan seperti ibu awak.
  2. The drunk drank something fierce. Pemabuk itu telah meminum sesuatu yang hebat.
Perkataan something di dalam idiom
  1. something else bermaksud hebatberlainan: Her latest performance is something else. Pertunjukannya yang terbaru adalah hebat.

Rabu, 1 Mei 2013

Masalah ayat yang dipanggil comma splice

Lihat ayat berikut:

The curtain is beautiful, its material is made of cotton and nylon.
Cara penggunaan koma dalam ayat di atas dipanggil comma splice. Comma splice terjadi apabila koma diletakkan diantara dua independant clause (klausa yang dengan sendirinya adalah ayat yang lengkap). Comma splice adalah suatu kesalahan.

Terdapat tiga cara untuk membetulkan kesalahan comma splice:
  1. Gunakan sesuatu perkataan sebagai connector, contohnya perkataan and, or, but, atau sebagainya:
    The curtain is beautiful and its material is made of cotton and nylon. atau
    The curtain is beautiful, and its material is made of cotton and nylon.

  2. Gunakan semicolon, iaitu:
    The curtain is beautiful; its material is made of cotton and nylon.

  3. Pisahkan klausa-klausa dan jadikan ayat-ayat yang lengkap:
    The curtain is beautiful. Its material is made of cotton and nylon.