Di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris peringkat asas adverb sering dikaitkan dengan verb iaitu adverb memberi keterangan kepada verb.
Walau bagaimanapun, seperti yang akan dibentangkan di bawah ternyata bahawa adverb mempunyai penggunaan yang luas di dalam Bahasa Inggeris.
Adverb sebenarnya boleh memberi keterangan kepada berbagai unsur-unsur Bahasa Inggeris selain verb termasuklah noun, pronoun, adverb, frasa, ayat dan sebagainya.
Apakah Dia Adverb
Adverb di dalam Bahasa Melayu dipanggil kata keterangan.Di dalam Bahasa Inggeris adverb adalah kelas perkataan yang memberi keterangan kepada perkataan lain, frasa atau ayat.
Lihat contoh ayat-ayat berikut:
- I am walking slowly. Saya sedang berjalan perlahan.
Adverb slowly perlahan memberi keterangan kepada perkataan walking berjalan.
- Father is almost inside the car. Ayah hampir berada di dalam kereta.
Adverb almost hampir memberi keterangan kepada frasa inside the car berada di dalam kereta.
- Surely, you know better. Pasti, anda lebih mengetahui.
Adverb surely pasti memberi keterangan kepada ayat you know better anda lebih mengetahui.
Perhatian: Di dalam perbincangan seterusnya perkataan adverb ditunjukkan dengan huruf tebal manakala perkataan, frasa atau ayat yang diberi keterangan oleh adverb ditunjukkan dengan huruf condong.
Cara Adverb Memberi Keterangan
Cara adverb memberi keterangan adalah dengan menjawab soalan yang bermula dengan how bagaimana, where di mana atau when bila contohnya:- Soalan: How did Siti write? Bagaimanakah Siti menulis?
Jawapan: Siti writes quickly. Siti menulis dengan pantas.
- Soalan: Where does the fireman lives? Di manakah ahli bomba itu tinggal?
Jawapan: The fireman lives locally? Ahli bomba itu tinggal bertempatan.
- Soalan: When did mother came? Bila ibu telah datang?
Jawapan: Mother came yesterday. Ibu telah datang semalam.
Jenis-jenis Perkataan, Frasa Dan Ayat Yang Boleh Diberi Keterangan Oleh Adverb
Adverb Memberi Keterangan Kepada Noun
Adverb boleh memberi keterangan kepada noun kata nama.- The room upstairs is empty. Bilik di tingkat atas kosong.
- The concert yesterday was enjoyable. Pertunjukan semalam menyeronokkan.
- A school nearby can be expected. Sebuah sekolah berdekatan boleh dijangka.
Adverb Memberi Keterangan Kepada Pronoun
Adverb boleh juga memberi keterangan kepada pronoun kata ganti nama.- Nearly everyone came. Hampir semua orang telah datang.
- Don't talk bad about him! Jangan bercakap buruk mengenai dia!
- Hardly anybody knew her. Hampir tidak sesiapa mengenali dia.
Adverb Memberi Keterangan Kepada Verb
Berikut adalah contoh ayat-ayat dimana adverb memberi keterangan kepada verb kata kerja.- I will call afterwards. Saya akan menelefon kemudian.
- That man is driving recklessly! Orang itu memandu secara melulu!
- Did Rajoo sat closely to you? Adakah Rajoo duduk rapat kepada awak?
Adverb Memberi Keterangan Kepada Adjective
Berikut adalah contoh ayat-ayat dimana adverb memberi keterangan kepada adjective kata sifat.- Your daughter is very pretty. Anak perempuan awak sungguh cantik.
- Mr. Lingam is truly kind. Encik Lingam benar-benar baik.
- That monkey is amazingly intelligent! Monyet itu mempunyai kepintaran yang menakjubkan!
Adverb Memberi Keterangan Kepada Adverb
Adverb boleh juga memberi keterangan kepada adverb lain, contohnya:- Khairul speaks Arab very slowly. Khairul bercakap Arab dengan sungguh perlahan.
- The racer drives extremely fast! Pelumba itu memandu dengan sangat pantas!
- Were the questions too easy? Adakah soalan-soalan itu terlalu mudah?
Adverb Memberi Keterangan Kepada Noun Phrase
Adverb juga memberi keterangan kepada noun phrase frasa noun.- They had quite a good time. Mereka mempunyai cukup masa yang baik.
- Are you really good friends? Adakah kamu benar-benar sahabat karib?
- Ahmad and John are just room mates. Ahmad dan John hanyalah rakan sebilik.
Adverb Memberi Keterangan Kepada Verb Phrase
Adverb boleh juga memberi keterangan kepada verb phrase frasa kata kerja.- The little girl is happily jumping up and down. Kanak-kanak perempuan itu dengan gembiranya sedang melompat ke atas dan ke bawah.
- Dad is silently sleeping like a baby. Ayah dengan senyapnya sedang tidur bagaikan seorang bayi.
- The engineers are unbelievably working day and night. Jurutera-jurutera itu bukan main bekerja siang dan malam.
Adverb Memberi Keterangan Kepada Adjective Phrase
Berikut adalah contoh ayat-ayat dimana adverb memberi keterangan kepada adjective phrase frasa kata sifat.- Mr. Trump is indeed a man of great wealth. Encik Trump adalah orang yang benar-benar mempunyai kekayaan yang banyak.
- Satan is unquestionably an evil being. Syaitan tidak dapat dipersoalkan adalah makhluk yang jahat.
- Huh, that's definitely a bad shot! Hah, itu pasti satu tembakan yang teruk!
Adverb Memberi Keterangan Kepada Prepositional Phrase
Berikut adalah contoh ayat-ayat dimana adverb memberi keterangan kepada prepositional phrase frasa kata sendi nama.- Cindy is deeply in love with Robert. Cindy benar-benar mencintai Robert.
- The rat ran immediately inside the door. Tikus itu telah lari serta-merta ke dalam pintu itu.
- The aeroplane flew slowly under the clouds. Kapal terbang itu terbang secara perlahan di bawah awan.
Adverb Memberi Keterangan Kepada Sentence
Adverb boleh juga memberi keterangan kepada sentence ayat.- Of course, you must do your homework. Sudah tentu, awak mesti membuat kerja rumah awak.
- Naturally, she will feel hungry. Memanglah, dia akan terasa lapar.
- Undeniably, Ali is the smartest of them all. Tidak dapat dinafikan, Ali adalah yang paling bijak diantara mereka semua.
Saya percaya masih ada lagi penggunaan adverb yang saya tidak nyatakan di sini.
Oleh itu, sekiranya anda mengetahui penggunaan adverb yang saya tidak nyatakan di sini maka saya harap anda tidak keberatan berkongsi maklumat di sini.
- Wishing you Happy Independence Day! Dengan ucapan Selamat Hari Merdeka!