Selasa, 30 April 2013

Are you afraid of becoming old?

Are you afraid of becoming old? Adakah anda takut untuk menjadi tua?

Perkataan become sebagai verb
Sebagai verb perkataan become adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to become, become, became, becoming, becomes. Perkataan become memberi maksud menjadi:
  1. To become rich is what they want. Untuk menjadi kaya adalah apa yang mereka mengingini.
  2. I become nervous when I am on stage. Saya menjadi gemuruh apabila saya berada di atas pentas.
  3. My mom became tired after doing gardening. Ibu saya menjadi penat selepas berkebun.
  4. My son is becoming even more stubborn lately. Anak lelaki saya menjadi lebih degil lagi sejak kebelakangan ini.
  5. It becomes aggressive if you disturb it. Ia menjadi agresif jika awak mengganggunya.
Perkataan become di dalam phrasal verb
  1. become of bermaksud terjadi kepada:
    1. What has become of the old garden? Apakah yang telah terjadi kepada kebun lama itu?
    2. What will become of that drug addict? Apakah yang akan terjadi kepada penagih dadah itu?

Perbezaan who's dan whose

Who's
Who's adalah kependekan untuk who is dan memberi maksud siapakah:
  1. Who's this? Siapakah ini?
  2. May I know who's at home? Bolehkah saya tahu siapakah yang berada di rumah?
  3. Who's coming to dinner? Siapakah yang akan datang untuk makan malam?
Whose
Whose pula adalah possessive pronoun yang memberi maksud (milik) siapa atau siapa (punya). Whose lazimnya digunakan untuk mengubah maksud noun, contohnya whose book, whose car, whose keys, whose house, atau sebagainya:
  1. Whose book is this? Buku siapakah ini?
  2. Can you tell me whose car is in the garage? Bolehkah awak beritahu saya kereta siapa yang berada di dalam garaj itu?
  3. Whose keys are on the table? Kunci siapakah yang berada di atas meja itu?

Isnin, 29 April 2013

Cara menyebut perkataan 'formidable'



Perkataan: formidable
Maksud: menggerunkan, mengagumkan

Sebutan betul: fawr-mi-duh-ble
Sebutan salah: for-me-da-ble

English Language is difficult? Never mind, InfoInggeris is here.

English Language is difficult? Never mind, InfoInggeris is here. Bahasa Inggeris susah? Tidak mengapa, InfoInggeris ada di sini.

Perkataan never sebagai adverb
  1. tidak pernah:
    1. I had never been there before. Saya tidak pernah ke sana sebelum ini.
    2. Such an idea never occurred to me. Idea sebegini tidak pernah terlintas dalam diri saya.
  2. tidak: You can never be sure. Awak tidak boleh menjadi pasti.
  3. jangan: Never fear, I am here. Jangan takut, saya di sini.
Perkataan never di dalam idiom
  1. never mind bermaksud tidak mengapa: I was hoping for some help, but never mind, I'll do it myself. Saya mengharapkan bantuan, tetapi tidak mengapa, saya akan melakukannya sendiri.
Perbezaan never mind dan nevermind
  1. Seperti yang diterangkan di atas, never mind adalah idiom.
  2. Nevermind pula adalah noun yang memberi maksud:
    1. perhatian, tumpuan: Pay him no nevermind. Jangan beri dia perhatian.
    2. urusan: It is no nevermind of yours. Ia bukan urusan awak.

Ahad, 28 April 2013

Bahasa Inggeris bukan phonetic



Sebutan berlainan, ejaan sama:
  1. He likes to read. Dia suka membaca.
  2. He read the book. Dia telah membaca buku itu.
Sebutan sama, ejaan berlainan:
  1. He read the book. Dia telah membaca buku itu.
  2. His shirt color is red. Warna kemejanya merah.

Sabtu, 27 April 2013

Please state your name, phone number and address

Please state your name, phone number, and address. Sila nyatakan nama, nombor telefon, dan alamat anda.

Perkataan state sebagai noun
  1. keadaan: That child is in a state of confusion. Kanak-kanak itu berada dalam keadaan keliru.
  2. bentuk: Ice is the solid state of water. Ais adalah bentuk pepejal air.
  3. negeri: Malaysia has 13 states and four federal territories. Malaysia mempunyai 13 negeri dan empat wilayah.
Perkataan state sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan state digunakan seperti - state highway, state bank, state university, atau sebagainya.
  1. The state university is very near to the state highway. Universiti negeri berhampiran dengan lebuhraya negeri.
Perkataan state sebagai verb
Sebagai verb perkataan state adalah jenis regular verb dan mempunyai lima bentuk iaitu to state, state, stated, stating, states. Maksud perkataan state sebagai verb adalah menyatakan:
  1. Am I required to state my identity card number? Adakah saya dikehendaki menyatakan nombor kad pengenalan saya?
  2. Please state your name here. Sila nyatakan nama anda di sini.
  3. You have already stated that fact just now. Awak telah pun menyatakan fakta itu tadi.
Keterangan terperinci mengenai jenis dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Apakah maksud perkataan 'anyways'?

Anyway
Anyway adalah perkataan jenis adverb yang memberi maksud:
  1. juga: 
    1. Whether you like it or not, I am going anyway. Tanpa mengira awak suka atau tidak, saya akan pergi juga.
    2. It was raining but we played football anyway. Ia sedang hujan tetapi kami bermain bola juga.
  2. apa pun:
    1. Anyway, we called another electrician to help us. Apa pun, kami telah menelefon juruelekrtik yang lain untuk menolong kami.
    2. Anyway, it's gone! Apa pun, ia sudah tiada!
Any way
Any way pula adalah frasa yang mengandungi dua perkataan iaitu any (adjective) dan way (noun). Frasa any way memberi maksud:
  1. dengan apa cara, mana-mana cara, mana-mana arah: 
    1. You can sing the song any way you like. Awak boleh menyanyikan lagu itu dengan apa cara yang awak suka.
    2. Choose any way convenient to you. Pilihlah mana-mana cara yang mudah untuk awak.
Anyways
Sejak kebelakangan ini perkataan anyways sering digunakan temasuk dalam TV dan movie Amerika. Ada yang berpendapat bahawa -s yang ditambah dibelakang perkataan anyway adalah untuk memajmukkan perkataan-perkataan lain yang serupa iaitu:

anyways = anyway + anyhow + anytime + anywhere + anywho

Walau bagaimana pun, perkataan anyways tidak wujud dalam perbendaharaan perkataan Bahasa Inggeris mahupun di dalam idiom atau slang. Oleh itu, ramai ahli-ahli bahasa antarabangsa berpendapat bahawa perkataan anyways tidak sepatutnya digunakan.

Jumaat, 26 April 2013

Masalah singular dan plural noun

Pastikan plural noun tidak digunakan apabila singular noun diperlukan (atau sebaliknya). Lihat ayat di bawah:

Every green cards should be kept. Tiap-tiap kad-kad hijau sepatutnya disimpan.

Ayat di atas adalah salah sebab perkataan every (adjective) adalah singular manakala perkataan cards (noun) adalah plural. Untuk membetulkan ayat ini perkataan cards hendaklah dijadikan singular, iaitu card, seperti berikut:

Every green card should be kept. Tiap-tiap kad hijau sepatutnya disimpan.

Terdapat lain-lain perkataan seperti every yang sering digunakan untuk mempengaruhi noun, contohnya:

singular: every, each, single, a, one

plural: two, both, many, several, various

Contoh-contoh ayat:

I spoke to each people in the hall. Saya telah bercakap dengan setiap orang-orang di dalam dewan.
Ayat ini salah sebab each adalah singular manakala people adalah plural. Sepatutnya each person.

There are various choices for you to choose. Terdapat berbagai pilihan untuk anda memilih.
Ayat ini betul sebab kedua-dua perkataan various dan choices adalah plural.

I bought several new book for you to read. Saya telah membeli beberapa buku baru untuk awak membaca.
Ayat ini salah sebab several adalah plural manakala book adalah singular. Sepatutnya several new books.

We went to many different place during the holidays. Kami telah pergi ke banyak tempat semasa bercuti.
Ayat ini salah sebab many adalah plural sedangkan place adalah singular. Sepatutnya many different places.

There is not a single students in class. Tidak terdapat seorang murid-murid di dalam kelas.
Ayat ini salah sebab single adalah singular sedangkan students adalah plural. Sepatutnya single student.

Khamis, 25 April 2013

Me too :)

Me too. Saya juga.

Perkataan too sebagai adverb
  1. juga: 
    1. I can do it too. Saya boleh melakukannya juga.
    2. Siti Raihana is young, pretty, intelligent, and rich too. Siti Raihana adalah muda, cantik, pintar, dan kaya juga.
    3. My youngest son will coming along too. Anak lelaki bongsu saya akan ikut juga.
  2. terlalu: 
    1. You worry too much. Awak risau terlalu banyak.
    2. He is only too willing to be of help. Dia hanya terlalu bersedia untuk menolong.
    3. The minister is too sick to talk. Menteri itu terlalu sakit untuk bercakap.
    4. Don't sit too near the window. Jangan duduk terlalu dekat dengan tingkap.

He ♥ you too

Perkataan: too, to, two
Sebutan: too

Pastikan kombinasi subject-verb dari segi singular atau plural adalah betul

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. The students was early for class. Murid-murid adalah awal untuk kelas.
  2. The students were early for class. Murid-murid adalah awal untuk kelas.
Ayat 1 adalah salah sebab subject students adalah plural manakala verb was adalah singular.

Ayat 2 adalah betul sebab kombinasi subject-verb iaitu students dan were adalah kedua-duanya plural.

Rabu, 24 April 2013

I feel you in my he♥rt

I feel you in my he♥rt. Saya merasai awak di dalam h♥ti saya. Perkataan feel memberi maksud rasa.

Perkataan feel sebagai verb
Sebagai verb perkataan feel adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to feel, feel, felt, feeling, feels.
  1. Please feel his forehead to check for fever. Sila rasa dahinya untuk memastikan jika dia demam.
  2. Are you feeling hungry? Adakah awak merasai lapar?
  3. Ramli feels proud after winning the competition. Ramli berasa bangga setelah memenangi pertandingan itu.
  4. My aunty felt in her purse for some money. Makcik saya merasai di dalam dompetnya untuk duit.
  5. I feel happy when you are with me. Saya merasai gembira apabila awak berada bersama saya.
Perkataan feel sebagai noun
  1. My daughter likes the soft feel of cotton. Anak perempuan saya suka rasa kelembutan kapas.
  2. There is a feel of sadness in this house. Terdapat rasa kesedihan di dalam rumah ini.
Perkataan feel di dalam phrasal verb
  1. feel for bermaksud berasa simpati: I know you are disappointed and I feel for you. Saya tahu awak kecewa dan saya berasa simpati terhadap awak.
Perkataan feel di dalam idiom
  1. feel like bermaksud keinginan: I feel like going for a walk. Saya rasa hendak pergi berjalan.