Isnin, 25 Februari 2013

Tell a tale

Tell a tale. Menceritakan sebuah kisah. Berikut adalah penggunaan perkataan tell:

Perkataan tell sebagai verb
Tell adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to tell, tell, told, telling, tells. Berikut adalah maksud-maksud perkataan tell sebagai verb:
  1. menceritakan: Can you please tell me what really happened? Bolehkah awak menceritakan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku?
  2. memberitahu: Tell him the truth. Beritahu dia perkara yang sebenar.
  3. mengarah, menyuruh: The security guard told us to remove our shoes. Pengawal keselamatan itu telah mengarahkan kami untuk membuka kasut kami.
  4. berkata: It is disrespectful to tell him that. Ia adalah bersikap tidak hormat untuk berkata begitu kepadanya.
  5. mengatakan: Is he telling a lie? Adakah dia mengatakan suatu penipuan?
  6. menyatakan, meyakinkan: I tell you, our idea will work. Saya beritahu awak, idea kita akan berjaya.
  7. menentukan: Can you tell the difference? Bolehkah awak menentukan perbezaannya?
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook verb dan tense.

Ahad, 24 Februari 2013

Only for you

Only for you. Hanya untuk awak. Berikut adalah penggunaan perkataan only:

Perkataan only sebagai adverb
  1. hanya: This ring is only for you. Cincin ini hanya untuk awak.
  2. baru: 
    1. I saw the movie only last night. Saya menonton movie itu baru semalam.
    2. Only yesterday the buyers came. Baru semalam pembeli-pembeli itu datang.
Perkataan only sebagai adjective
  1. hanya: This is the only shop I can find. Hanya kedai inilah yang saya telah jumpai.
  2. satu: Teacher Zack is my only son. Teacher Zack adalah anak tunggal saya.
Perkataan only sebagai conjunction
  1. tetapi: I would have came, only father disallowed. Saya sudah hendak datang, tetapi ayah melarang.
Perkataan only di dalam idiom
  1. only too bermaksud hanya terlalu: My daughter is only too happy to go and meet her father. Anak perempuan saya hanya terlalu gembira untuk pergi berjumpa dengan ayahnya.

Sabtu, 23 Februari 2013

Get well soon

Get well soon. Semoga cepat sembuh. Berikut adalah penggunaan perkataan well:

Perkataan well sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan well mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. well baik
  2. better lebih baik
  3. best terbaik
Contoh-contoh ayat adalah:
  1. I play the piano well. Saya bermain piano dengan baik.
  2. He plays the piano better. Dia bermain piano dengan lebih baik.
  3. You play the piano best. Awak bermain piano terbaik.
Berikut adalah pengunaan perkataan well sebagai adverb:
  1. baik: 
    1. The party went very well. Majlis itu berlangsung dengan sungguh baik.
    2. Listen well to her singing. Dengarilah dengan baik nyanyiannya.
  2. selesa: The people of that town live well. Penduduk-penduduk bandar itu hidup dengan selesa.
  3. sepatutnya: She can't very well say that to us. Dia tidak sepatutnya berkata begitu kepada kita.
  4. berkenalan rapat: I know the mayor very well. Saya mengenali datuk bandar dengan baik.
Perkataan well sebagai noun
Sebagai noun perkataan well memberi maksud lubang yang dalam, perigi, lubang minyak (oil well), dan sebagainya:
  1. That well is three metres deep. Perigi itu tiga meter dalam.
  2. The water in that well dried up since last week. Air di dalam perigi itu telah kering sejak minggu lepas.

Jumaat, 22 Februari 2013

Give me all your money

Give me all your money. Beri saya semua duit awak. Berikut adalah penggunaan perkataan give:

Perkataan give sebagai verb
Give adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai enam bentuk iaitu to give, give, gave, given, giving, gives. Berikut adalah maksud-maksud perkataan give sebagai verb:
  1. memberi: 
    1. It feels good to give a birthday present to someone. Rasa beruntung untuk memberi hadiah kepada seseorang.
    2. I gave him a chance but he still didn't change. Saya telah memberinya peluang tetapi dia masih tidak berubah.
    3. Mom gives me advice very often about cooking delicious meals. Ibu kerap memberi saya nasihat mengenai memasak makanan yang sedap.
    4. I am giving him a month to pay me. Saya memberinya sebulan untuk membayar saya.
  2. berikan: Give me that book. Berikan kepada saya buku itu.
  3. diberikan: The offer letter was given to him last week. Surat tawaran telah diberikan kepadanya minggu lepas.
  4. mempersembahkan: Ladies and gentlemen, I give you, Elvis Presley! Tuan-tuan dan puan-puan, mempersembahkan, Elvis Presley!
  5. melahirkan: She gave him a beautiful baby girl. Dia telah melahirkan untuknya anak perempuan yang cantik.
Perkataan give di dalam phrasal verb
  1. give away memberi maksud memberi sebagai hadiah, bersedekah: 
    1. Mom will be giving her wedding ring to me. Ibu akan menghadiahkan cincin perkahwinannya kepada saya.
    2. He gave away all his money to charity. Dia telah memberi semua duitnya sebagai derma.
  2. give birth to bermaksud melahirkan: Jumbo, the elephant, gave birth to a male baby elephant. Jumbo, seekor gajah, telah melahirkan seekor anak gajah jantan.

Khamis, 21 Februari 2013

What is this thing?

What is this thing? Apakah benda ni? Berikut adalah maksud-maksud perkataan thing:

Perkataan thing sebagai noun
  1. benda: The rock had a metal thing attached to it. Batu itu mempunyai sesuatu benda logam terlekat padanya.
  2. perkara: 
    1. I have a lot of things to do today. Saya ada banyak perkara-perkara untuk dibuat hari ini.
    2. I have just one thing to say to you. Saya hanya ada suatu perkara untuk dikatakan kepada awak.
    3. He always do good things when he was alive. Dia sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik semasa dia hidup.
    4. Those performances are things of their believes. Persembahan itu adalah perkara-perkara kepercayaan mereka.
  3. keadaan: Things are getting better now. Keadaan bertambah baik sekarang.
  4. segi: The young girl's website is prefect in all things. Laman web kanak-kanak perempuan itu sempurna dari semua segi.
  5. matlamat: The thing is to reach this line with the ball. Matlamatnya adalah untuk sampai di garisan ini dengan bola itu.
  6. sesuatu: 
    1. I don't have a thing to wear today. Saya tidak ada sesuatu pun untuk dipakai hari ini.
    2. Her baby is a cute little thing. Anaknya adalah sesuatu yang comel.
    3. It is a strange thing. Ia adalah sesuatu yang aneh.
  7. barang peribadi: Pack your things and go now! Kemas barang-barang awak dan pergi sekarang!
  8. barang-barang: Carry those things and put them here. Angkat barang-barang itu dan letakkan di sini.

Rabu, 20 Februari 2013

Here we are

Here we are. Kami di sini. Berikut adalah penggunaan perkataan here:

Perkataan here sebagai adverb
  1. di sini, ke sini:
    1. The travellers stopped here to rest. Pengembara-pengembara itu telah berhenti di sini untuk berehat.
    2. He came here before he went to her mother's house. Dia telah datang ke sini sebelum dia pergi ke rumah ibunya.
  2. sekarang, waktu kini: We'll stop the game here and continue after lunch. Kita akan menghentikan permainan sekarang dan sambung semula selepas makan tengahari.
  3. yang ini, perkara ini, pada fakta ini: I disagree on the other factors but here I must agree. Saya tidak setuju pada fakta-fakta yang lain tetapi yang ini saya patut bersetuju.
Perkataan here sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan here memberi maksud di sini atau ini. Ia digunakan untuk memberi tekanan kepada maksud ayat dan digunakan selepas perkataan jenis demonstrative pronoun, contohnya this atau these, dan sering juga diikuti perkataan noun.
  1. This man here is not involved in the accident. Lelaki di sini tidak terlibat dalam kemalangan itu.
  2. This pipe here is leaked. Paip di sini bocor.
  3. These people here are my family. Orang-orang ini adalah ahli-ahli keluarga saya.
  4. This here, my friend, is my wife. Ini, wahai sahabat ku, adalah isteri saya.
Perkataan here sebagai noun
  1. sini: 
    1. My house is only a short distance from here. Rumah saya hanya jarak dekat dari sini.
    2. The hereafter is better than the here. Akhirat adalah lebih baik dari sini.
Perkataan here sebagai interjection (kata seru)
  1. mari: Here, let me try it. Mari, biar saya yang mencubanya.
  2. nah: Please don't cry. Here, use this tissue. Janganlah menangis. Nah, guna tisu ini.
Perkataan here di dalam idiom
  1. here and now bermaksud sekarang juga: We must solve this problem here and now. Kita mesti menyelesaikan masalah ini sekarang juga.
  2. here and there bermaksud di sana sini: We drove here and there trying to find that place. Kami telah memandu di sana sini mencari tempat itu.
  3. here goes bermaksud inilah dia: Because you've challenged me to sing in public, so here goes. Oleh kerana awak telah mencabar saya menyanyi di hadapan orangramai, maka inilah dia.
  4. here's to adalah sapaan, tegur sapa, menyapa dan bermaksud ini untuk
    1. Here's to happiness. Ini untuk (atau demi) kebahagiaan.
    2. Here's to you! Ini untuk awak!

Selasa, 19 Februari 2013

Find me in your heart

Find me in your heart. Carilah saya di dalam hati awak. Berikut adalah penggunaan perkataan find:

Perkataan find sebagai verb
Find adalah perkataan irrregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to find, find, found, finding, finds. Berikut adalah maksud-maksud perkataan find sebagai verb:
  1. menjumpai, dijumpai: 
    1. She will win this competition if she finds the last clue. Dia akan memenangi pertandingan ini jika dia menjumpai maklumat terakhir itu.
    2. I can't find my green Baju Melayu. Saya tidak dapat menjumpai Baju Melayu hijau saya.
    3. The missing child was found in the swamp. Kanak-kanak yang hilang itu dijumpai di dalam paya.
  2. mencari, dicari: 
    1. Can someone help me find my missing child? Bolehkah seseorang menolong saya mencari anak saya yang telah kehilangan?
    2. True happiness can only be found in religion. Kebahagiaan yang sebenar hanya boleh dicari di dalam agama.
    3. Everyone wants to find happiness. Semua orang ingin mencari kebahagiaan.
  3. mendapati, didapati:
    1. I find this ebook interesting. Saya mendapati ebook ini menarik.
    2. My brother was found guilty in court. Abang saya didapati bersalah di dalam mahkamah.
    3. To find someone like him in the library is a little odd. Untuk mendapati seseorang seperti dia berada di dalam perpustakaan adalah sesuatu yang pelik.
Perkataan find sebagai phrasal verb
  1. find out bermaksud mendapat tahu, menemui: 
    1. She found out about her illness last week. Dia telah mendapat tahu mengenai penyakitnya minggu lepas.
    2. The police finally found out the gangsters hide-out. Pihak polis akhirnya telah menemui tempat persembunyian gengster-gengster itu.

Isnin, 18 Februari 2013

Man hopes for peace but causes war

Man hopes for peace but causes war. Manusia meinginkan keamanan tetapi menyebabkan peperangan. Berikut adalah penggunaan perkataan man:

Perkataan man sebagai noun
Plural untuk perkataan man adalah men. Berikut adalah maksud-maksud perkataan man sebagai noun:
  1. lelaki: Teacher Zack is a man. Teacher Zack adalah seorang lelaki(Takde ler hensem sangat)
  2. manusia: Man hopes for peace but causes war. Manusia meinginkan keamanan tetapi menyebabkan peperangan.
  3. orang, seseorang: Don't judge a man too easily. Jangan terlalu mudah menghakimi seseorang.
  4. suami: The man at home is always complaining about my cooking. Suami saya di rumah selalu bersungut mengenai maksakan saya.
  5. kekasih (lelaki): She's happy because her man loves her. Dia gembira kerana kekasihnya mencintainya.
  6. pengikut, orang bawahan: They are the king's men. Mereka adalah pengikut-pengikut raja itu.
  7. wakil: Our man in Tokyo will call you tomorrow. Wakil kami di Tokyo akan menelefon awak esok.
  8. ciri atau sifat lelaki: The army will make a man out of you. Angkatan tentera akan menjadikan anda seorang lelaki.
  9. slang. orang kanan: You are my main man. Awak adalah orang kanan saya.
  10. jenis lelaki: I am a classical man, I don't like rock music. Saya seorang jenis klasikal, saya tidak suka muzik rock.
  11. slang. memanggil seseorang: Cool it, man. Bertenang, awak.
Perkataan man sebagai verb
Man adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to man, man, manned, manning, mans. Berikut adalah maksud-maksud perkataan man sebagai verb:
  1. mengendalikan, memandu : 
    1. I need you to man this gun. Saya memerlukan awak untuk mengendalikan senjata ini.
    2. Manning this machine is no easy task. Mengendalikan mesin ini bukan suatu tugas yang senang.
    3. That young boy mans the tractor on his own. Budak muda itu telah mengendalikan traktor itu bersendirian.
    4. Do you know how to man this forklift? Tahukah anda cara mengendalikan forklift ini?
  2. mengawal: The soldiers manned that tower before being attacked. Askar-askar itu telah berkawal di menara itu sebelum diserang.
Maklumat terperinci mengenai jenis dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Ahad, 17 Februari 2013

No, I don't love you

No, I don't love you. Tidak, saya tidak mencintai awak. Berikut adalah penggunaan perkataan no:

Perkataan no sebagai adverb
  1. tidak:
    1. Do you have a tissue? No, I don't have a tissue. Adakah awak kertas tisu? Tidak, saya tidak ada kertas tisu.
    2. Are you going to work today? No, I am not going to work today. Adakah awak akan pergi kerja hari ini? Tidak, saya tidak akan pergi kerja hari ini.
    3. Am I right? No, you are wrong. Adakah saya benar? Tidak, awak salah.
  2. no better than bermaksud tidak sebaik:
    1. That chair is no better than this chair. Kerusi itu tidak sebaik kerusi ini.
    2. My car is no better than your car. Kereta saya tidak sebaik kereta awak.
  3. no more... than bermaksud tidak selaju, tidak sebesar, tidak seindah, dan sebagainya; no more... than digunakan bersama perkataan jenis adjective:
    1. This printer is no more faster than that printer. Pencetak itu tidak selaju pencetak ini.
    2. His new house is no more bigger than your house. Rumah barunya tidak sebesar rumah awak.
  4. no menggantikan not a dan bermaksud bukan; no digunakan sebelum perkataan jenis adjective: 
    1. His recovery is no (not a) small miracle. Pemulihannya bukan suatu keajaiban kecil.
    2. Her mother is no (not a) poor lady. Ibunya bukan orang miskin.
Perkataan no sebagai adjective
  1. no menggantikan not a dan bermaksud bukan; no digunakan sebelum perkataan jenis noun:
    1. That lecturer is no (not a) Malaysian. Pensyarah itu bukan orang Malaysia.
    2. He is no (not an) expert on the race track. Dia bukan seorang yang berkemahiran dalam perlumbaan.
    3. I am no (not a) doctor to treat the patient. Saya bukan seorang doktor untuk merawat pesakit itu.

Sabtu, 16 Februari 2013

Can I use your 'telekung'?

Can I use your 'telekung'? Bolehkah saya mengguna telekung awak? Berikut adalah penggunaan perkataan use:

Perkataan use sebagai verb
Use adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to use, use, used, using, uses. Berikut adalah maksud-maksud perkataan use sebagai verb:
  1. sering: I used to climb this tree when I was young. Saya sering memanjat pokok ini semasa saya muda.
  2. biasanya: This restaurant service used to be better. Perkhidmatan restoran ini biasanya lebih baik.
  3. menggunakan: 
    1. Please use a bigger knife to cut the watermelon. Sila guna pisau yang lebih besar untuk memotong tembikai itu.
    2. Are you using my pencil? Adakah awak sedang menggunakan pensil saya?
    3. I tried to use the printer but it didn't work. Saya telah mencuba menggunakan pencetak itu tetapi ia tidak berfungsi.
  4. memperlakukan: The Finance Director did not use his employees properly. Pengarah Kewangan itu tidak memperlakukan pekerja-pekerjanya dengan betul.
  5. memperalatkan: That man used her for trafficking drugs. Lelaki itu memperalatkannya untuk mengedar dadah.
  6. mengambil: 
    1. Stop using drugs! Hentikan mengambil dadah!
    2. He uses drugs every day. Dia mengambil dadah setiap hari.
  7. menghabiskan: Who used all the milk in this jar? Siapa yang menghabiskan semua susu di dalam balang ini?
Perkataan use sebagai noun
  1. kegunaan: The use of this tool is to saw a wood. Kegunaan perkakas ini adalah untuk menggergaji papan.
  2. gunanya: What is the use of going home? Apa gunanya untuk kembali ke rumah?
Perkataan use sebagai phrasal verb
  1. use up bermaksud habis digunakan: All his money was used up in gambling. Kesemua duitnya habis digunakan dalam perjudian.

Jumaat, 15 Februari 2013

That new curtain is beautiful

That new curtain is beautiful. Langsir baru itu cantik. New adalah perkataan jenis adjective yang mempunyai bentuk dan maksud berikut:
  1. new baru
  2. newer lebih baru
  3. newest paling baru atau terbaru
Contoh penggunaan perkataan new adalah seperti berikut:
  1. Would you like to see my new Samsung S3 phone? Mahukah awak melihat telefon Samsung S3 baru saya?
  2. I just got some new information about the project. Saya baru mendapat maklumat baru mengenai projek itu.
  3. This idea is new to me. Idea ini baru bagi saya.
  4.  We need a newer technology. Kami memerlukan teknologi yang lebih baru.
  5. My newest invention is a battery-operated car. Ciptaan terbaru saya adalah kereta beroperasi bateri.
  6. A newer source of energy is nuclear energy. Sumber tenaga yang lebih baru adalah tenaga nuklear.
  7. That doctor is my newest neighbour. Doktor itu adalah jiran terbaru saya.
  8. The new strange type of dance is called Gangnam Style. Jenis tarian baru yang pelik itu itu dipanggil Gangnam Style.
  9. Please be patient with him because he is new at this job. Harap bersabar terhadap dia sebab dia masih baru dalam perkerjaan ini.

Khamis, 14 Februari 2013

Ku pandang kiri, ku pandang kanan, dikau tiada

I look to the left, I look to the right, you're not there. Ku pandang kiri, ku pandang kanan, dikau tiada. Berikut adalah penggunaan perkataan look:

Perkataan look sebagai verb
Look adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to look, look, looked, lookinglooks. Berikut adalah maksud-maksud perkataan look sebagai verb.
  1. melihat: I think of you each time I look at the moon. Saya memikirkan awak setiap kali saya melihat bulan.
  2. merenung: He looks at me as though I did something wrong. Dia merenungi saya seolah-olah saya telah membuat suatu kesalahan.
  3. memandang: She looked at me and I looked at her. Dia memandang saya dan saya memandang dia.
  4. mencari: I looked for my keys all day but couldn't find it. Saya telah mencari kunci saya seluruh hari tetapi tidak menemuinya.
  5. kelihatan: He doesn't look his age. Dia tidak kelihatan umurnya.
Perkataan look sebagai noun
  1. pandangan: I took just one look and I know he is the one. Saya mengambil hanya satu pandangan dan saya tahu dialah orangnya.
  2. wajah: That's a sad look. Itu suatu wajah yang sedih.
  3. penampilan: The prefered look is kebaya. Penampilan yang lebih disukai adalah kebaya.
  4. mirip: That young man has a Michael Jackson look. Orang muda itu mempunyai mirip Michael Jackson.
Perkataan look di dalam phrasal verb
  1. look after bermaksud menjaga: The baby-sitter came to look after my niece. Penjaga budak telah datang untuk menjaga anak saudara perempuan saya.
  2. look for bermaksud mencari: What are you looking for? Apakah yang awak sedang mencari?
  3. look into bermaksud menyiasat, meyelidik: The police is looking into the disturbance. Polis sedang menyiasat gangguan itu.
  4. look out bermaksud berhati-hati: If you don't look out, you might fall. Jika awak tidak berhati-hati, awak akan jatuh.
Perkataan look di dalam idiom
  1. look alive bermaksud berceria: Look alive! We leave in 10 minutes. Bercerialah! Kita pergi dalam 10 minit.
  2. look down on atau look down upon bermaksud menghina, memandang rendah: Don't look down upon poor people. Jangan memandang rendah terhadap orang-orang miskin.
  3. look forward to bermaksud tidak sabar-sabar, mengharap: I look forward to the weekend. Saya tak sabar-sabar menunggu cuti hujung minggu.
  4. look up to bermaksud mengagumi, memandang tinggi: She looks up to her mother. Dia mengagumi ibunya.