Khamis, 16 Mei 2013

Where should Linda go?

Where should Linda go? - Di manakah patut Linda pergi?

Perkataan where sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan where memberi maksud di manakah:
  1. Where is Saleha now? - Di manakah Saleha sekarang? (Dia ada kat rumah mak dia di Kuala Lumpur...)
  2. Where are you going to meet Saleha? - Di manakah awak akan berjumpa dengan Saleha? (Di bangunan KLCC...)
  3. When you meet Saleha, where should I keep my broken heart? - Apabila awak berjumpa dengan Saleha, di manakah sepatutnya saya menyimpan hati saya yang hancur ini? (Biarlah saya yang menjaga hati awak, Linda...)
  4. Huh, where did you put your logical thoughts to say that? - Hah, di manakah awak telah meletakkan fikiran logik awak untuk mengatakan sedemikian? (Saya masih sayangkan awak la, Linda...)
Perkataan where sebagai conjunction
Sebagai conjunction, perkataan where memberi maksud di mana:
  1. I am going back to kampung where there is peace. - Saya akan kembali ke kampung di mana terdapat ketenangan. (Habis, saya nak buat apa di sini sorang-sorang..)
  2. Why don't you just go where Saleha is? - Mengapakah tidak awak pergi saja di mana Saleha berada? (Awak dah tak nak kat saya lagi ke?)
  3. I want you? Where there's you, there's trouble! - Saya nakkan awak? Di mana awak berada, di situlah masalah! (Sampai hati awak cakap begitu...)
  4. Just let me go to a place where it is quieter. - Biarkan saja saya pergi ke tempat di mana ia lebih sunyi. (Janganlah begitu Linda..)
  5. You and Saleha can go where there is happiness. - Awak dan Saleha boleh pergi di mana terdapat kebahagiaan. (Sedih la saya mendengar awak bercakap begini... saya bukannya bencikan awak, Linda...)
Perkataan where sebagai noun
Sebagai noun, perkataan where memberi maksud tempat:
  1. Only today Teacher Zack know the where of Zubir's meeting place with Saleha. - Baru hari ini Teacher Zack mengetahui tempat pertemuan Zubir dan Saleha.
  2. Actually the where is not important but the hurt that Linda has to go through should be a lesson to all of us. - Sebenarnya tempatnya tidak penting tetapi kepahitan yang Linda terpaksa melalui sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua.
  3. Hence, let us all pray for Linda regardless of the where, the when, or the why. - Oleh itu, marilah kita semua mendoakan Linda tanpa menghiraukan tentang tempatnya, bilanya, atau mengapanya.

Rabu, 15 Mei 2013

How to hyphenate a word?

How to hyphenate a word? - Bagaimanakah caranya untuk menyengkang sesuatu perkataan?

Hyphenating memberi maksud menyengkang. Sebagai contoh, perkataan convenient dan expensive di bawah telah disengkang:
  1. Most teachers requested for a more conven-
    ient time for the event. 
  2. The shirt that you bought for me is very ex-
    pensive.
Untuk mengetahui posisi untuk menyengkang sesuatu perkataan anda perlu tahu mengenai syllable. Syllable memberi maksud suku kata dan ia adalah setiap sebutan yang terdapat dalam sesuatu perkataan, contohnya:
  1. green = 1 syllable = green
  2. cat = 1 syllable = cat
  3. quiet = 2 syllable = qui.et
  4. orange = 2 syllable = or.ange
  5. table = 2 syllable = ta.ble
  6. convenient = 3 syllable = con.ven.ient
  7. expensive = 3 syllable = ex.pen.sive
  8. interesting = 4 syllable = in.ter.est.ing
  9. reality = 4 syllable = re.al.i.ty
  10. unexceptional = 5 syllable = un.ex.cep.tion.al
  11. unconquerable = 5 syllable = un.con.quer.a.ble
Peraturan menyengkang:
  1. Sesuatu perkataan hanya boleh disengkang diantara syllable.
  2. Perkataan yang mempunyai hanya satu syllable tidak boleh disengkang.
  3. Rujuk kepada kamus untuk mengetahui setiap syllable yang terdapat dalam sesuatu perkataan.

Room to let for only RM250. Contact Zack at 012-2689245.

Room to let for only RM250. Contact Zack at 012-2689245. - Bilik untuk disewa untuk hanya RM250. Hubungi Zack di 012-2689245.

Perkataan let sebagai verb
Sebagai verb, perkataan let adalah jenis irregular verb yang mempunyai empat bentuk iaitu to let, let, letting, lets. Perhatikan maksud-maksud perkataan let dalam ayat-ayat berikut:
  1. Can't you let Saleha go? - Tidak bolehkah awak melepaskan Saleha? (Susah la, Linda...)
  2. OK then, let us go and talk to Saleha. - Baiklah, mari kita pergi bercakap dengan Saleha. (Tak boleh la Linda, nanti awak bergaduh dengan Saleha lagi...)
  3. Isn't Saleha going to London soon? Let her go then. - Bukankah Saleha akan pergi ke London tak lama lagi? Biarkan saja dia pergi. (Awak tak faham la, ini takde kena mengena dengan London...)
  4. Enough with this nonsense; I'm going out to look for a room to let. - Cukuplah dengan karut ini; saya nak keluar mencari bilik untuk disewa. (Jangan la Linda; awak tinggal je di sini...)
  5. Don't touch me; let me go! - Jangan sentuh saya; lepaskan saya! (Sori la Linda tak sengaja; saya nak ambil remote TV tadi...)
  6. I'm not letting you in! - Saya tidak akan membenarkan awak masuk. (Buka pintu la Linda, saya nak ambil kunci kereta ni...)
  7. I won't let you take the car keys because you will go and see Saleha. - Saya tidak akan membenarkan awak mengambil kunci kereta sebab awak akan pergi berjumpa dengan Saleha. (Takde la Linda, saya masih sayangkan awak...)
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat dalam ebook Verb dan Tense.

Selasa, 14 Mei 2013

WHY ME! :(

WHY ME! - MENGAPA SAYA! :(

Perkataan why sebagai adverb
  1. Can you tell me why you love me? - Bolehkah awak beritahu saya kenapa awak mencintai saya? (Sebab awak baik hati...)
  2. If that is so, then why are you leaving me? - Jika begitu, mengapakah awak nak meninggalkan saya? (Sebab saya masih rindukan Saleha...)
  3. May I know why you still miss Saleha? - Bolehkah saya tahu kenapa awak masih rindukan Saleha. (Entahlah, saya pun tak pasti...)
  4. I am so upset; why is this happening to me? - Saya begitu hampa; mengapakah ini berlaku kepada diri saya? (Maafkanlah saya, sebenarnya saya masih sayangkan awak, Linda...)
  5. Then why are you doing this to me? - Jadi mengapa awak melakukan ini kepada saya? (hmm.. say tak tahu la... saya harap awak dapat memahami diri saya..)
  6. Why don't you just go and die? Isn't that much better? - Mengapakah awak tak pergi mati je? Bukankah itu lebih baik? :( :( :(
Perkataan why sebagai conjunction
  1. Teacher Zack knows why Zubir left Linda for Saleha. - Teacher Zack tahu kenapa Zubir telah meninggalkan Linda untuk Saleha.
  2. Jealousy; that's why he left her. - Cemburu; itulah sebabnya dia telah meninggalkannya.
  3. Teacher Zack is also wondering why you believe in this story. - Teacher Zack juga sedang memikirkan mengapa anda percayakan cerita ini.
Perkataan why sebagai noun
  1. Which do you want to know, the why or the when of Zubir leaving Linda? - Yang manakah anda ingin mengetahui, mengapanya atau bilanya Zubir telah meninggalkan Linda?
  2. Sorry, Teacher Zack only know the why but not the when. - Maaf, Teacher Zack hanya tahu mengapa tapi bukan bila.
  3. Even so, Linda was angry at Teacher Zack for telling you the why. - Walaupun begitu, Linda telah marah kepada Teacher Zack kerana telah memberitahu anda mengapa.

Isnin, 13 Mei 2013

Can you keep a secret ✉?

Can you keep a secret? - Bolehkah awak menyimpan rahsia?

Perkataan keep sebagai verb
Sebagai verb, perkataan keep adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to keep, keep, kept, keeping, keeps. Maksud-maksud perkataan keep adalah:
  1. simpan: He wants you to keep the pendant. - Dia menghendaki awak menyimpan loket itu. ♥ ;)
  2. jaga: Please keep the shop while I am away. - Harap jaga kedai semasa saya tiada.
  3. menyenggara: Do you keep a yearly diary? - Adakah awak menyenggara diari tahunan?
  4. tahan: That mischievous student was kept after school. - Murid yang nakal itu telah ditahan selepas sekolah.
  5. menjauhkan: Are you keeping the children away from me? - Adakah awak menjauhkan anak-anak daripada saya? (Nak kena dia ni..)
  6. mengelakkan: Scientists are trying to keep the ice from melting. - Ahli-ahli sains sedang cuba mengelakkan ais itu daripada cair. (Turun api daripada langit baru depa tau..)
  7. memegang: Please keep to your word this time. - Harap memegang janji awak kali ini. (Memang aku tak pernah percaya kat mamat ni pun ;)
  8. diam: The neighbours told me to keep quiet. - Jiran telah menyuruh saya diam. (Macamlah dia baik sangat..)
  9. teruskan: Don't stop, keep talking! - Jangan berhenti, teruskan bercakap! (Brader ni ingat aku ni burung kakak tua ke :(
  10. menahan diri: I can't keep from loving him. - Saya tidak dapat menahan diri daripada mencintai dia. (Tu la, berkawan lagi dengan orang tua berjanggut..)
  11. mengulangi: She keeps calling me Sir Zack. - Dia mengulangi memanggil saya Sir Zack. (Takpelah, asalkan dia hepi..)

Ahad, 12 Mei 2013

Bahasa adalah suatu seni, bukan sains

Apakah dia adjective? Adjective adalah jenis perkataan yang memberi keterangan kepada perkataan jenis noun atau pronoun. Dalam ayat di bawah, perkataan cute adalah adjective yang memberi keterangan kepada kitten, iaitu perkataan jenis noun.
  1. That is a cute kitten. Itu adalah kucing comel.
Perhatikan dalam ayat di atas bahawa adjective cute diikuti noun kitten. Kebanyakan buku teks Bahasa Inggeris mengatakan bahawa noun kitten boleh juga diikuti adjective cute seperti berikut:
  1. That kitten is cute. Kucing itu comel.
Walau bagaimana pun, di InfoInggeris, kita kata bahawa adjective cute dan noun kitten boleh berada di mana-mana dalam ayat, seperti contoh-contoh berikut:
  1. That is a cute, little kitten. - Itu adalah kucing kecil yang comel.
  2. This kitten is pretty cute. - Kucing ini comel juga.
  3. Did the cute but hungry kitten ran away? - Adakah kucing comel yang lapar itu telah lari?
  4. That kitten is not as cute anymore. - Kucing itu tidaklah secomel lagi.
  5. This kitten is as cute as ever. - Kucing ini adalah secomel seperti sediakala. (Betul ke terjemahan Teacher Zack ni :)
  6. Have you seen a kitten that is cute around here? - Adakah awak nampak seekor kucing yang comel di sini.
  7. Do you have a cute kitten? - Adakah awak seekor kucing yang comel?
  8. Cute, but the kitten is not mine. - Comel, tetapi kucing itu bukan kepunyaan saya.
  9. Is your kitten as cute as his? - Adakah kucing awak secomel kucing dia?
  10. Yes cute, I meant the kitten. - Ya comel, maksud saya kucing itu.
Mungkin terdapat ayat-ayat Teacher Zack di atas yang tidak sebegitu tepat dari segi kenahuan tetapi ayat-ayat di atas menunjukkan keadaan yang sebenar dalam dunia bahasa. Bagi Teacher Zack - language is an art, not a science - bahasa adalah suatu seni, bukan sains. Oleh itu, pelajarilah Bahasa Inggeris dengan minda yang terbuka iaitu tidak terlalu terikat kepada hanya berapa cara atau kaedah (methodology) sahaja.

You mean, he ♥ me?

You mean, he ♥ me? Maksud awak, dia ♥ saya? (Adoi, tak sangka aku.. selama ni dia macam takde apa-apa je..)

Perkataan mean sebagai verb
Sebagai verb, perkataan mean adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to mean, mean, meant, meaning, means. Sebagai verb perkataan mean memberi maksud maksud atau makna:
  1. What did you meant when you said "love"? Apa maksud awak bila awak kata "cinta"?
  2. Does this mean that we are going to have a baby? Adakah ini bermakna bahawa kami akan mendapat anak?
  3. I'm sorry but I meant to do otherwise. Maafkan saya tetapi saya bermaksud untuk melakukan sebaliknya.
  4. Are you meaning to live alone? Adakah awak bermaksud untuk tinggal berseorangan?
  5. She means, yes! Dia bermaksud, ya! (Alhamdulillaah, akhirnya dia nak jugak kat aku :)
Perkataan mean sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan mean mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. mean - jahat
  2. meaner - lebih jahat
  3. meanest - paling jahat
Perkataan mean mengubah maksud perkataan jenis noun contohnya mean husband, meaner boss, meanest king, atau sebagainya.

Maksud-maksud perkataan mean sebagai adjective adalah:
  1. jahat: 
    1. He is a MEAN man! Dia adalah seorang lelaki JAHAT! (Ya, kak...)
    2. His brain is even MEANER! Otak dia LEBIH JAHAT lagi! (Bawa bersabar kak...)
    3. His HEART is the MEANEST OF ALL! HATI dialah yang PALING JAHAT SEKALI! (Astaghfirullaaah, mengucap kak, mengucap..)
  2. dasyat: This is the meanest storm we've had in a decade. Ini adalah ribut yang paling dasyat kita telah mengalami sejak satu dekad.
  3. hebat: Dad is playing a mean game of chess. Ayah sedang bermain permainan catur yang hebat.
  4. sukar: He throws a mean fast ball. Dia membaling bola yang sukar dan laju.
  5. malu, hina: You should feel mean for being stingy. Awak sepatutnya berasa malu kerana bersikap kedekut.

Sabtu, 11 Mei 2013

Cara menyebut perkataan equation



Perkataan: Equation
Sebutan: ih-kewy-shuhn

My boyfriend has a plain face

My boyfriend has a plain face. - Teman lelaki saya mempunyai muka yang biasa. (bak kata orang, hensem pun tidak, tak hensem pun tidak :)

Perkataan plain sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan plain mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. plain - jelas
  2. plainer - lebih jelas
  3. plainest - paling jelas
Sebagai adjective, perkataan plain mengubah maksud perkataan jenis noun contohnya plain truth, plain water, plainer view, plainer idea, plainest wall, plainest dress, atau sebagainya.

Maksud-maksud perkataan plain sebagai adjective adalah:
  1. jelas, terang, tidak terhalang: 
    1. I like the plain view of the river. - Saya suka pandangan sungai yang tidak terhalang itu.
    2. Please make your intention plain. - Sila buat niat awak terang.
    3. What he did is plain stupidity. - Apa yang dia telah lakukan adalah jelas suatu kebodohan.
  2. mudah, biasa, tidak bercorak: 
    1. That is a plainer curtain. - Itu adalah langisr yang lebih tidak bercorak.
    2. This is the plainest idea I have. - Inilah idea yang paling mudah saya ada.
    3. Uncle only drinks plain water. - Pakcik hanya minum air biasa.
    4. This is a plain fabric. - Ini adalah kain yang tidak bercorak.
  3. berterus-terang: That is a plain talk. - Itu adalah suatu percakapan yang berterus-terang.
Perkataan plain sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan plain mengubah perkataan jenis verb, atau lain-lain perkataan yang bukan noun, contohnya plain stubborn, plain stupid, atau sebagainya:
  1. She is just being plain stubborn. - Dia hanya menjadi jelas degil.
  2. Sorry, I was being plain stupid. - Maaf, saya telah menjadi jelas bodoh.
Perkataan plain sebagai noun
Sebagai noun, perkataan plain memberi maksud suatu kawasan dataran yang ketinggiannya hampir sama dengan ketinggian kawasan sekelilingnya iaitu perbezaan yang kurang daripada 150 meter tinggi.
  1. There is a plain behind those hills. - Terdapat dataran di belakang bukit-bukit itu.
  2. That plain is suitable for our housing project. - Kawasan dataran itu sesuai untuk projek perumahan kita.

Jumaat, 10 Mei 2013

He got married while you were on vacation in Uzbekistan

He got married while you were on vacation in Uzbekistan. - Dia telah berkahwin semasa awak sedang bercuti di Uzbekistan. (Biar aku mati je la camni :(

Perkataan while sebagai noun
  1. masa: 
    1. sekejap: The ambulance arrived a short while ago. - Ambulan tiba baru sekejap tadi.
    2. masa: You need to wait a long while for his return. - Awak perlu menunggu masa yang lama untuk kepulangannya.
Perkataan while sebagai conjunction
  1. sambil: I ate roti canai while waited. - Saya makan roti canai sambil menunggu.
  2. walaupun: While they are friends, they don't get along. - Walaupun mereka berkawan, mereka tidak sefahaman.
  3. sedangkan: I exercise while you grow fat. - Saya bersenam sedangkan awak menjadi gemuk.
  4. selagi: While the customer is here, I won't leave. - Selagi pelanggan itu berada di sini, saya tidak akan pergi.
  5. semasa: I prayed for you while you were away. - Saya mendoakan awak semasa awak tiada.
Perkataan while sebagai verb
Sebagai verb, perkataan while adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to while, while, whiled, whiling, whiles. Sebagai verb, perkataan while memberi maksud menghabiskan masa dengan cara yang baik:
  1. Let's while away the hours by walking along the beach. - Marilah menghabiskan masa dengan berjalan di tepi pantai.
  2. She whiles her time by trying new recipes. - Dia menghabiskan masanya dengan mencuba resepi baru.
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Perkataan while dalam idiom
  1. all the while bermaksud seluruh masa: Didn't you know that I was here all the while. - Tidakkah awak mengetahui bahawa saya berada di sini seluruh masa.
  2. worth one's while bermaksud berbaloi: The new movie shown yesterday was not worth my while. - Wayang baru yang ditunjukkan semalam tidak berbaloi bagi saya.

Yang manakah betul, -ful atau -fully?

Menambah suffix -ful di akhir sesetengah perkataan boleh menjadikan perkataan itu noun atau adjective. Walau bagaimanapun, kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan menggunakan dua huruf -l, iaitu -full. Ini salah sebab hanya satu huruf -l sahaja yang diperlukan iaitu -ful, contohnya:

- careful, sinful, fruitful, dreadful, powerful, faithful, fearful, thoughtful.

Sebaliknya, menambah suffix -fully di akhir sesetengah perkataan boleh menjadikan perkataan itu adverb. Ingat, suffix ini mesti dieja dengan dua -l, iaitu -fully, contohnya:

- carefully, sinfully, fruitfully, dreadfully, powerfully, faithfully, fearfully, thoughtfully.

Khamis, 9 Mei 2013

All together now!

All together now! - Bersama-sama sekarang!

All together memberi maksud bersama-sama, contohnya:
  1. We are singing Negaraku all together. - Kami sedang menyanyikan Negaraku bersama-sama.
  2. Put the letters all together on the table. - Letakkan surat-surat itu bersama-sama di atas meja.
  3. Last night they were all together at the party. - Semalam mereka bersama-sama berada di majlis itu.
  4. We are all together learning English Language at InfoInggeris. - Kami bersama-sama mempelajari Bahasa Inggeris di InfoInggeris.
All together boleh juga diasingkan, contohnya:
  1. We are all singing Negaraku together. - Kami semua sedang menyanyikan Negaraku bersama-sama.
  2. Put all the letters together on the table. - Letakkan semua surat-surat itu bersama-sama di atas meja.
  3. Last night all of them are together at the party. - Semalam mereka semua berada bersama-sama di majlis itu.
  4. We are all learning English Language together at InfoInggeris. - Kami semua mempelajari Bahasa Inggeris bersama-sama di InfoInggeris.