Selasa, 25 Oktober 2011

Eat

Selamat pagi pelajar-pelajar semua. Apa khabar hari ni? Sihat? Dibelakang tu kata apa tadi? Nak pergi tandas? Maaf lah ye. Dalam kelas Teacher Zack pelajar tidak dibenarkan pergi tandas. Kena tunggu hingga kelas habis baru boleh pergi tandas. Nasib lah ye.

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Bahasa Inggeris eat
Baiklah, hari ni Teacher Zack nak mengajar mengenai perkataan eat. Orang Melayu kata eat maknanya makan. Orang Cina kata sek fan. Di dalam Bahasa Arab eat maknanya akala. Sesiapa yang tahu maksud eat dalam bahasa lain maka ajarkanlah kepada orang lain ye. Kalau tak tahu tak mengapa, buka mulut besar-besar maka orang tahulah nak makan tu.

Jenis Dan Bentuk Perkataan Bahasa Inggeris eat
Perkataan eat adalah jenis irregular verb kata kerja tak nalar. Eat mempunyai 6 bentuk iaitu to eat, eat, ate, eaten, eating dan eats seperti berikut:
  • infinitive - to eat untuk makan

  • base - eat makan

  • past simple - ate telah makan

  • past participle - eaten telah pun makan

  • present participle - eating sedang makan

  • present simple - eats makan

Penggunaan Bentuk Perkataan Bahasa Inggeris eat dalam Tense
Berikut adalah contoh penggunaan perkataan eat di dalam tense. Perhatikan bentuk eat yang digunakan untuk setiap tense:
  • Simple past - I ate

  • Simple present - I eat

  • Simple future  - I will eat

  • Continuous past - I was eating

  • Continuous present - I am eating

  • Continuous future - I will be eating

  • Perfect simple past - I had eaten

  • Perfect simple present - I have eaten

  • Perfect simple future  - I will have eaten

  • Perfect continuous past - I had been eating

  • Perfect continuous present - I have been eating

  • Perfect continuous future - I will have been eating

Maksud Perkataan Bahasa Inggeris Eat
Sekarang kita belajar maksud-maksud perkataan eat ye. Sebenarnya perkataan eat mempunyai beberapa maksud selain makan. Kamu je yang asyik ingat nak makan.

Memasukkan makanan:
  • Cats eat fish. Kucing makan ikan.

  • That plant eats insect. Tumbuhan itu makan serangga.

  • I have eaten lunch. Saya telah makan tengahari.

Memakan diri atau menghakis:
  • The patient was eaten by disease. Pesakit itu dimakan oleh penyakit.

  • Waves ate away the beach. Ombak telah menghakis pantai.

  • Acid eats metal. Asid memakan logam.

Risau atau tidak menyenangi:
  • What's eating him? Apakah yang tidak disenanginya?

  • This problem is eating you up! Masalah ini memakan diri awak!

  • The test was eating her. Ujian itu telah memakan dirinya.

Perkataan Bahasa Inggeris Eat Sebagai Phrasal Verb
Eat terdapat juga di dalam beberapa phrasal verb, contohnya:

eat in
- Memberi maksud makan di rumah:
  • Let's eat in instead of going out. Jom makan di rumah daripada keluar.

  • It's better to eat in. Adalah lebih baik makan di rumah.

  • I prefer to eat in but she prefers to eat out. Saya lebih suka makan di rumah tapi dia lebih suka makan di luar.

Perkataan Bahasa Inggeris Eat Sebagai Idiom
Di dalam idiom pun perkataan eat ada digunakan, contohnya:

eat your words
- memberi maksud mengaku kesalahan kata-kata:
  • The president had to eat his words after he was proven to have lied. Presiden itu terpaksa mengaku kesalahan kata-katanya setelah dia telah dibuktikan menipu.

  • Mom said I will fail but after I passed she had to eat her words. Mak kata saya akan gagal tetapi setelah saya berjaya dia terpaksa mengaku kesalahan kata-katanya.

  • Now you have to eat your words for not telling the truth. Kini awak terpaksa mengaku kesalahan kata-kata awak kerana tidak bercakap benar.

Sampai di sini je lah hari ini ye. Mudah-mudahan jumpa lagi di kelas akan datang. Jangan nakal-nakal ye. Teacher Zack nakal tak apa sebab Teacher Zack cikgu..