Sabtu, 22 Oktober 2011

Be

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Be
Tahukah anda bahawa perkataan was adalah sebenarnya perkataan be? Tahukah anda bahawa perkataan am, is dan are adalah juga sebenarnya perkataan be? Tak tahu? Itulah, mesti ada yang ponteng kelas ni. Tak apa, hari ni Teacher Zack nak terangkan sedikit mengenai perkataan be.

(Sejak bila pula ada Teacher Zack di InfoInggeris ni. Tak apalah biarkan Teacher Zack syok sendiri.)

Lihat fakta-fakta berikut:
  • Be adalah antara perkataan yang paling sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris (bukan Bahasa Jepun ye).

  • Be adalah antara perkataan yang paling mengelirukan di dalam Bahasa Inggeris (ini pendapat Teacher Zack je).

  • Be boleh digunakan sebagai main verb dan juga auxiliary verb (sebab itulah Teacher Zack suruh dapatkan ebook InfoInggeris agar anda dapat memahami perbezaan antara main verb dan auxiliary verb).

  • Be adalah antara perkataan Bahasa Inggeris yang mempunyai paling banyak bentuk iaitu sebanyak 9 bentuk - to be, be, was, were, been, being, am, is, are.

Bentuk Perkataan Be
Sekali lagi Teacher Zack nak pesan di sini ye. Siapa belum ada ebook InfoInggeris harap dapatkannya secepat mungkin. Macam manalah nak faham pasal bentuk verb ni. Dah jauh ketinggalan tu.

Berikut adalah bentuk verb (verb form) untuk perkataan be.
  • infinitive - to be untuk berada

  • base - be berada

  • past simple - was, were telah berada

  • past participle - been telah pun berada

  • present participle - being sedang berada

  • present simple - am, is, are berada

Sekarang Teacher Zack nak tunjukkan contoh ayat-ayat menggunakan bentuk-bentuk be. Cara nak membina ayat menggunakan verb dan tense boleh didapati di dalam ebook InfoInggeris. Siapa tak ada ebook InfoInggeris, nasib le..

Be Sebagai Main Verb
Berikut adalah maksud-maksud perkataan be apabila digunakan sebagai main verb:

Menunjukan kewujudan:
  • To be, or not to be. Menjadi, atau tidak menjadi.

  • There once was a man. Pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki.

  • What I think is therefore what I am. Apa yang saya fikirkan maka itulah diri saya.

Mengisi sesuatu tempat:
  • The food is on the table. Makanan berada di atas meja.

  • Am I in the house? Adakah saya berada di dalam rumah?

  • They were in the shop. Mereka berada di dalam kedai.

Menunjukan sesuatu yang berlaku:
  • The test is tomorrow. Ujian akan diadakan esok.

  • This game is today! Pertandingan diadakan hari ini!

  • Was the meeting yesterday? Adakah mesyuarat itu telah diadakan semalam?

Menunjukkan mutu:
  • Ahmad is rich! Ahmad (adalah) kaya!

  • This is not a good book. Ini (adalah) bukan buku yang elok.

  • Being friendly is good. Bersikap peramah adalah baik.

Be Sebagai Auxiliary Verb
Berikut adalah maksud-maksud perkataan be apabila ia digunakan sebagai auxiliary verb:
  • She is sitting on the chair. Dia sedang duduk di atas kerusi.

  • He is hiding beside his car. Dia sedang menyuruk di sebelah keretanya.

  • I am walking home now. Saya sedang berjalan ke rumah sekarang.

  • Will he be playing football tomorrow? Adakah dia akan bermain bolasepak esok?

  • Is Nur staying here? Adakah Nur tinggal di sini?

  • They were given a choice. Mereka telah diberi pilihan.

  • We have been working all day! Kami telah pun bekerja seluruh hari!

  • Are you talking to me? Adakah awak sedang bercakap kepada saya?