Do adalah di antara perkataan Bahasa Inggeris yang susah dipelajari. Ini adalah kerana terdapat banyak cara penggunaannya. Maksud utama perkataan
do ialah
lakukan atau
buat. Dalam rencana ini Teacher Zack menunjukkan cara menggunakan perkataan
do dalam ayat suruhan. Pada dasarnya, apabila anda berkata, "
Do." bermakna anda sedang berkata, "
Lakukan." atau "
Buat." iaitu suatu suruhan. Di bawah adalah contoh-contoh ayat suruhan menggunakan perkataan
do yang sering didengari. Perhatikan betul-betul maksud-maksud perkataan
do. Perhatikan juga bahawa
do mesti berada di pangkal ayat suruhan.