Do adalah di antara perkataan Bahasa Inggeris yang susah dipelajari. Ini adalah kerana terdapat banyak cara penggunaannya. Maksud utama perkataan do ialah lakukan atau buat. Dalam rencana ini Teacher Zack menunjukkan cara menggunakan perkataan do dalam ayat suruhan. Pada dasarnya, apabila anda berkata, "Do." bermakna anda sedang berkata, "Lakukan." atau "Buat." iaitu suatu suruhan. Di bawah adalah contoh-contoh ayat suruhan menggunakan perkataan do yang sering didengari. Perhatikan betul-betul maksud-maksud perkataan do. Perhatikan juga bahawa do mesti berada di pangkal ayat suruhan.
Rabu, 18 Jun 2014
Ahad, 15 Jun 2014
Cara menggunakan kependekan frasa I'M, YOU WEREN'T, HE AIN'T, WASN'T IT, WEREN'T THEY atau sebagainya
Dalam rencana sebelum ini, Teacher Zack telah menerangkan Cara membina ayat menggunakan perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE. Ketahuilah bahawa frasa-frasa I am, you are, he is atau sebagainya seringkali tidak digunakan dalam konteksnya yang penuh tetapi digunakan dalam konteks kependekannya seperti yang dibentangkan di bawah.
Jumaat, 13 Jun 2014
Cara membina ayat menggunakan perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE
Teacher Zack telah menerangkan cara penggunaan perkataan am, are, is, was dan were dalam post sebelum ini yang bertajuk Apa yang anda perlu tahu mengenai perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE. Kini kita akan membina ayat menggunakan perkataan-perkataan ini.
Ayat Penyata
Dalam ayat penyata, frasa I am, you are, he is, they were atau sebagainya boleh berada di permulaan, pertengahan atau penghujung ayat, contohnya:- Mum knows that I am feeling cold. (Ibu tahu yang saya sedang berasa sejuk.)
- Call me when you are free. (Telefon saya apabila awak [sedang] bersenang.)
- He was here yesterday. (Dia telah berada di sini semalam.)
Rabu, 11 Jun 2014
Apa yang anda perlu tahu mengenai perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE
Teacher Zack telah menerangkan maksud-maksud perkataan am dalam post sebelum ini yang bertajuk Cara menggunakan frasa I AM. Sebenarnya, perkataan is dan are mempunyai maksud yang sama seperti perkataan am. Hanya bentuk dan penggunaannya adalah berlainan seperti berikut:
- Perkataan am digunakan bersama perkataan I untuk dijadikan frasa I am.
- Perkataan are digunakan bersama perkataan you, we atau they untuk dijadikan frasa you are, we are atau they are.
- Perkataan is digunakan bersama perkataan he, she atau it untuk dijadikan frasa he is, she is atau it is.
Selasa, 10 Jun 2014
Cara menggunakan frasa I AM
"Am" ialah perkataan yang digunakan dalam frasa "I am". Kependekkan untuk frasa "I am" ialah I'm. Kedua-dua ayat di bawah memberi maksud yang sama iaitu "Saya ialah menantunya":
- I am his son-in-law.
- I'm his son-in-law.
Isnin, 9 Jun 2014
Cara menggunakan frasa WANT TO
Untuk menyatakan keinginan dalam Bahasa Inggeris anda boleh menggunakan frasa "want to", contohnya "I want to eat. (Saya hendak makan.)". Frasa "want to" boleh juga digunakan untuk pihak kedua dan pihak ketiga seperti berikut:
- You want to drink. (Awak hendak minum.)
- He wants to bathe. (Dia hendak mandi.)
- She wants to pray. (Dia hendak sembahyang.)
- It wants to bite. (Ia hendak mengigit.)
- We want to come. (Kami hendak datang.)
- They want to sleep. (Mereka hendak tidur.)
Langgan:
Catatan (Atom)