Khamis, 4 Ogos 2011

Siapa Benar, I atau Me?

-Ramadan is here, happy fasting! Ramadan sudah tiba, selamat berpuasa!

Ayat di bawah yang manakah betul?
1. Siti and I beat Nur. Siti dan saya pukul Nur.
2. Siti and me beat Nur. Siti dan saya pukul Nur.

Ingin tahu cara cepat untuk mengetahui ayat di atas yang manakah betul?

Senang je, keluarkan 'Siti and Siti dan' dari ayat itu, maka ia menjadi:
3. I beat Nur. Saya pukul Nur.
4. Me beat Nur. Saya pukul Nur.

Sudah tentulah ayat 3 yang betul iaitu "I beat Nur. Saya pukul Nur.".

Oleh itu, ayat 1 juga betul iaitu "Siti and I beat Nur. Siti dan saya pukul Nur.".

Tetapi kenapa ye?

Baiklah, lihat ayat-ayat berikut:
5. I beat Nur. Saya pukul Nur.
6. Nur beat me. Nur pukul saya.

Di dalam ayat 5, saya adalah orang yang memukul.

Di dalam ayat 6, saya adalah orang yang dipukul.

Dengan kata lain, saya di dalam ayat 5 adalah subject subjek iaitu orang yang melakukan perbuatan.

Di dalam ayat 6 pula, saya adalah object objek iaitu orang yang terlibat dengan perbuatan tetapi tidak melakukan perbuatan itu.

Di dalam Bahasa Inggeris, I digunakan apabila saya menjadi subjek manakala me digunakan apabila saya menjadi objek. Senang, kan?


Baiklah, cuba jawab soalan-soalan berikut:

7. Ayat manakah yang betul?
a) I love you. Saya mencintai awak.
b) Me love you. Saya mencintai awak.

8. Ayat manakah yang betul?
a) He loves I. Dia mencintai saya.
b) He loves me. Dia mencintai saya.

9. Ayat manakah yang betul?
a) She, you and I love him. Dia, awak dan saya mencintai dia.
b) She, you and me love him. Dia, awak dan saya mencintai dia.

10. Ayat manakah yang betul?
a) He loves you or me? Dia mencintai awak atau saya?
b) He loves you or I? Dia mencintai awak atau saya?

11. Rangkai kata manakah yang betul?
a) you and I. awak dan saya.
b) you and me. awak dan saya.

Jawapan: 7-a, 8-b, 9-a, 10-a, 11-a dan b



Perhatian untuk soalan nombor 11:
Bergantung kepada penggunaannya, kedua-dua rangkai kata a) dan b) di dalam soalan 11 adalah betul seperti berikut:

you and I sebagai subjek: You and I love him. Awak dan saya mencintai dia.
you and me sebagai objek: He loves you and me. Dia mencintai awak dan saya.

-Hungry, right? Lapar, kan?