Khamis, 21 Julai 2011

Cara Menggabung Adjective

-Are you ready for today's lesson? Sudah bersediakah anda untuk pelajaran hari ini?

Baiklah, rangkai kata manakah yang betul?
Contoh 1
A long, black hair. Rambut hitam yang panjang.
A black, long hair. Rambut panjang yang hitam.
Kita cuba sekali lagi:
Contoh 2
A square, plastic table. Meja plastik persegi.
A plastic, square table. Meja persegi plastik.
Nak lagi?
Contoh 3
A big, ugly, old tree. Pokok tua, buruk dan besar.
An old, big, ugly tree. Pokok buruk, besar dan tua.
An ugly, big, old tree. Pokok tua, besar dan buruk.
A big, old, ugly tree. Pokok buruk, tua dan besar.

Pening ke? Sabar, sabar. Sebenarnya kita sedang bincang mengenai cara menggabungkan adjective kata sifat.

Apabila adjective digabungkan, ia mesti mengikuti urutan yang telah ditentukan.

Terdapat beberapa kaedah urutan penggabungan adjective. Berikut adalah salah satu darinya:

Urutan -> 1 2 3 4 5 6
Jenis Adjective -> Opinion
Pendapat
Size
Saiz
Age
Umur
Shape
Bentuk
Color
Warna
Material
Bahan

Marilah kita kembali kepada contoh-contoh di atas.

Di dalam Contoh 1, adjective long panjang menggambarkan size saiz (atau ukuran) manakala adjective black hitam menggambarkan color warna.

Berdasarkan jadual urutan di atas, size mendahului color.

Oleh itu, dalam Contoh 1, jawapan yang betul adalah:
A long, black hair. Rambut hitam yang panjang.

Di dalam Contoh 2, square persegi menggambarkan shape bentuk manakala plastic plastik menggambarkan material bahan.

Jadual urutan di atas menunjukkan bahawa shape mendahului material.

Oleh itu, jawapan yang betul dalam Contoh 2 adalah:
A square, plastic table. Meja plastik persegi.

Di dalam Contoh 3, ugly buruk menggambarkan opinion pendapat, big besar menggambarkan size saiz dan old tua menggambarkan age umur.

Jadual di atas menunjukkan bahawa opinion mendahului size manakala size pula mendahului age.

Oleh itu, jawapan yang betul dalam Contoh 3 adalah:
An ugly, big, old tree. Pokok tua, besar dan buruk.

Tak pening lagi, kan? Alhamdulillah.

-Learning something requires patience, right? Mempelajari sesuatu memerlukan kesabaran, kan?