Isnin, 15 November 2010

Memahami Pronoun

-Peace and blessings be upon you. Salam sejahtera ke atas kamu.

Pada asasnya, pronoun kata ganti nama adalah kelas perkataan yang menggantikan noun kata nama.

Pronoun merujuk kepada seseorang atau sesuatu perkara tanpa menyebut nama orang atau perkara itu.

Lihat contoh ayat berikut:
Ahmad is a doctor. Ahmad seorang doktor.
Dengan menggunakan pronoun 'He Dia', kita boleh rujuk kepada Ahmad tanpa menggunakan namanya, seperti berikut:
He is a doctor. Dia seorang doktor.

Jumaat, 12 November 2010

Adjective+Noun=?

-May Allah s.w.t. bless you. Semoga Allah s.w.t. merahmati anda.

Kalau kita nak memuji mudah, kan?

"Awak ni orang baik.", "Kucing tu comel.", "Dia seorang doktor yang pandai.", "Hari ini hari yang indah.", "Dia tu seorang yang rajin.", "Seluar ni selesa.", "Awak ni lawa.", "Kedai tu hebat."...dan banyak lagi.

Boleh juga memuji dalam Bahasa Inggeris - "She has a handsome boyfriend.""It is a wonderful day", "Haha, you are a smart kid!", "You have beautiful eyes."...dan berbagai lagi.

Khamis, 11 November 2010

Cara Menyebut dan Mengguna Perkataan 'The'

-Learning English is fun, right? Mempelajari Bahasa Inggeris seronok, kan?

Dalam catatan yang sebelum ini saya sudah bincang mengenai indefinite article kata sandang tak pasti.

Dalam catatan ini saya akan terangkan mengenai definite article kata sandang pasti. Perkataan the dipanggil definite article.

Dalam Bahasa Melayu perkataan the boleh disamakan dengan perkataan itu, contohnya the book buku itu.

Rabu, 10 November 2010

Apa Dia "Indefinite Article"?

-Have you had your meal? Anda sudah makan?

Hari ni kita cerita sikit pasal article kata sandang.

Dalam Bahasa Melayu terdapat banyak kata sandang contohnya sebuah, seutas, sehelai, segenggam dan sebungkus.

Dalam Bahasa Inggeris hanya ada tiga article iaitu a, an dan the.

Article a dan an dipanggil indefinite article kata sandang tidak pasti manakala article the dipanggil definite article kata sandang pasti.

Hari ini kita cerita pasal indefinite article kata sandang tak pasti.

Isnin, 8 November 2010

Karangan dan Frasa

-How are you today? Apa khabar anda hari ni?

Semalam saya baru berbincang dengan seorang murid tingkatan satu mengenai cara nak belajar Bahasa Inggeris.

Dia kata masalah utama murid-murid sekolah adalah menulis karangan.

Oleh itu hari ni kita cerita sedikit mengenai menulis karangan ye.

Khamis, 4 November 2010

Cara Mengubah Jantina Noun?

Noun kata nama mempunyai jantina.

Walau bagaimana pun bukan semua noun ada jantina.

Noun yang merujuk kepada kewujudan sahaja mempunyai jantina, contohnya wife isteri atau tiger harimau.

Itu pun bukan semua kewujudan ada jantina.

Terdapat juga kewujudan yang tidak mempunyai jantina contohnya angel malaikat.

Noun yang merujuk kepada kebendaan dan kesamaran tidak mempunyai jantina contohnya table meja, height ketinggian dan music muzik.

Rabu, 3 November 2010

Nama Pun Ada Yang Berkumpulan

Kita boleh rujuk kepada nama orang, haiwan atau benda secara tunggal atau pun secara berkumpulan seperti berikut:

Tunggal Berkumpulan
soldier askar
table meja
bird burung
army angkatan
furniture perabut
flock kelompok

Selasa, 2 November 2010

Common Noun dan Proper Noun

Noun kata nama boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu common noun kata nama am dan proper noun kata nama khas.

Common noun merujuk secara umum kepada nama-nama kewujudan, kebendaan atau kesamaran.

Proper noun pula merujuk secara khusus kepada nama-nama kewujudan, kebendaan atau kesamaran.

Lihat contoh-contoh berikut yang menunjukkan perbezaan antara common noun dan proper noun.