Jumaat, 12 November 2010

Adjective+Noun=?

-May Allah s.w.t. bless you. Semoga Allah s.w.t. merahmati anda.

Kalau kita nak memuji mudah, kan?

"Awak ni orang baik.", "Kucing tu comel.", "Dia seorang doktor yang pandai.", "Hari ini hari yang indah.", "Dia tu seorang yang rajin.", "Seluar ni selesa.", "Awak ni lawa.", "Kedai tu hebat."...dan banyak lagi.

Boleh juga memuji dalam Bahasa Inggeris - "She has a handsome boyfriend.""It is a wonderful day", "Haha, you are a smart kid!", "You have beautiful eyes."...dan berbagai lagi.


Adjective Kata sifat

Jika difikirkan, setiap ayat di atas memberi keterangan mengenai seseorang atau sesuatu.

Bila kita kata cute cat kucing comel, ini bermakna kita memberi keterangan bahawa kucing itu comel.

Bila kita kata cold day hari sejuk, ini bermakna kita memberi keterangan bahawa hari itu sejuk.

Perkataan seperti cute comel dan cold sejuk tergolong dalam kelas perkataan adjective kata sifat kerana ia mempunyai ciri sifat.

Adjective digunakan untuk memberi keterangan mengenai noun kata nama seperti berikut:

Adjective Kata sifat Noun Kata nama Adjective + Noun
big besar
blue biru
wrong salah
old tua
square persegi
ear telinga
car kereta
answer jawapan
goat kambing
box kotak
big ear telinga besar
blue car kereta biru
wrong answer jawapan salah
old goat kambing tua
square box kotak persegi

Adjective boleh dibahagikan kepada beberapa golongan seperti yang ditunjukkan di bawah.

Ambil perhatian bahawa adjective memberi keterangan mengenai noun dalam semua contoh-contoh di bawah.

Warna - blue biru, yellow kuning, black hitam, dll.

  • Blue color is my favorite. Warna biru kegemaran saya.
  • The yellow car is my dad's car. Kereta kuning itu kereta ayah saya.
  • This black kitten is so cute. Anak kucing hitam ini sungguh comel.

Perasaan - sad sedih, loving pengasih, comfortable selesa, dll.

  • The death of our teacher is a sad day for everyone. Kematian guru kami adalah hari yang sedih untuk semua.
  • Johan is a loving husband. Johan seorang suami yang pengasih.
  • Wow, this is a comfortable chair! Amboi, ini kerusi yang selesa!

Ukuran waktu - early cepat, late lambat, daily harian, dll.

  • That was an early start. Itu satu permulaan yang cepat.
  • Her email to me was a late reply. Email dia kepada saya adalah suatu jawapan yang lambat.
  • We must perform our daily prayer. Kita wajib mendirikan solat harian.

Ukuran saiz - big besar, little kecil, tall tinggi, dll.
  • I don't like big houses. Saya tidak suka rumah-rumah besar.
  • When I was a little girl I like to bite my hair. Semasa saya gadis kecil saya suka menggigit rambut saya.
  • Burhan is a tall boy. Burhan seorang budak lelaki yang tinggi.

Ukuran jarak - long jauh, far jauh, high tinggi, dll.
  • Hmm, that is a long walk. Hmm, itu satu perjalanan yang jauh.
  • I live a far distance from your house. Saya tinggal jarak yang jauh dari rumah awak.
  • That is a high beam. Itu palang tinggi.

Ukuran umur - old tua, young muda, teenage remaja, dll.
  • I am an old man. Saya seorang lelaki tua.
  • That young pineapple is bitter! Nenas muda itu pahit!
  • She is just a teenage girl. Dia hanya seorang gadis remaja.

Ukuran suhu - hot panas, warm hangat, cool sejuk, dll.
  • Don't touch that hot pot! Jangan sentuh bekas panas tu!
  • Don't forget to bring warm clothing. Jangan lupa bawa pakaian hangat.
  • What a cool day. Hari yang sejuk.

Pendapat - good baik, funny lucu, arrogant sombong, dll.
  • Thanks for being a good friend. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik.
  • The President is a funny man. Presiden itu seorang yang lucu.
  • Stop being an arrogant man. Hentikanlah dari menjadi seorang lelaki yang sombong.

Bentuk - square persegi, round bulat, oval bujur, dll.
  • Who would like to have this square box? Siapa yang inginkan kotak persegi ini?
  • You have a round face. Awak mempunyai muka yang bulat.
  • That's a nice oval mirror. Itu cermin bujur yang cantik.

Bahan - cotton kapas, wooden kayu, plastic plastik, dll.
  • I like your cotton shirt. Saya suka baju "cotton" awak.
  • Is that a wooden chair? Apakah itu kerusi kayu?
  • Plastic table is more lasting. Meja plastik lebih tahan.

Kegunaan - sleeping tidur, jogging joging, wedding perkahwinan, dll. Lazimnya perkataan-perkataan ini diakhiri dengan -ing.

  • Why are you sleeping in a sleeping bag? Kenapa awak tidur dalam beg tidur?
  • Those are my jogging shoes. Itu kasut joging saya.
  • I love my wedding ring. Saya suka cincin perkahwinan saya.

Akhir sekali kita kembali kepada tajuk catatan ini; Adjective+Noun=Noun Phrase.

-Praise be to Allah s.w.t. Segala puji bagi Allah s.w.t.