Isnin, 30 September 2013

Cara membina ayat yang merujuk kepada sesuatu perkara secara khusus

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. Cats are cute. - Kucing adalah comel.
  2. That cat is cute. - Kucing itu comel.
Dalam ayat 1, cats (kucing) dirujuk secara umum. Dalam ayat 2, perkataan that telah menyebabkan cat (kucing) dirujuk secara khusus, iaitu that cat (kucing itu).

Sabtu, 28 September 2013

Sudahkah anda memahaminya kaedah nominative dan accusative dalam Bahasa Inggeris?

Memahami kaedah nominative dan accusative dalam Bahasa Inggeris adalah penting terutamanya bagi penutur asli Bahasa Melayu. Kenapa? Sebab Bahasa Melayu tidak menggunakan kaedah nominative dan accusative. Lihat ayat-ayat berikut:
  1. Saya pukul Ahmad. - I beat Ahmad.
  2. Ahmad pukul saya. - Ahmad beat me.
Perhatikan bahawa dalam kedua-dua ayat, perkataan saya digunakan dalam Bahasa Melayu tetapi perkataan I dan me digunakan dalam Bahasa Inggeris. Kaedahnya adalah seperti berikut:

Jumaat, 27 September 2013

Cara membina ayat yang menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan

Untuk membina ayat Bahasa Inggeris yang menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan, anda hendaklah menggunakan adverb (kata keterangan). Lihat ayat berikut:
  • Zack is walking slowly. - Zack sedang berjalan perlahan.
Dalam ayat di atas, slowly adalah perkataan jenis adverb yang memberi keterangan mengenai perkataan walking iaitu verb (kata kerja). Perhatikan bahawa adverb slowly menjawab soalan, "How is Zack walking? (Bagaimanakah Zack berjalan?)".

Khamis, 26 September 2013

3 cara cepat untuk mengenalpasti noun

Noun boleh berada di mana-mana saja dalam ayat Bahasa Inggeris. Berikut adalah tiga cara cepat untuk mengenalpasti noun:

1) Noun sering diakhiri dengan huruf-huruf berikut:
  • -ity: nationality (warganegara), probability (kemungkinan), ability (kemampuan).
  • -ness: sadness (kesedihan), happiness (kebahagiaan), peacefulness (keamanan).
  • -ment: appointment (temujanji), disappointment (kekecewaan), tournament (pertandingan).

Rabu, 25 September 2013

Cara menunjukkan hal milik dalam ayat Bahasa Inggeris

Untuk menunjukkan hal milik (possessive case), gunakan possessive adjective. Berikut adalah senarai possessive adjective:
  1. my book - buku saya
  2. your book - buku awak
  3. his book - buku dia (maskulin)
  4. her book - buku dia (feminin)
  5. its book - buku ia
  6. our book - buku kami
  7. your book - buku kamu (semua)
  8. their book - buku mereka

Selasa, 24 September 2013

Apabila membina ayat Bahasa Inggeris, fikirkan subject dan object

Pada suatu masa dahulu Teacher Zack pernah menonton movie Hollywood yang berjudul The King And I. Teacher Zack pernah juga menonton sitcom Singapura yang berjudul Maggie And Me. Bertahun-tahun telah berlalu dan Teacher Zack tak fikir pun mengenai tajuk-tajuk ini. Walau bagaimanapun, sejak Teacher Zack mendalami Bahasa Inggeris baru-baru ini, Teacher Zack mendapati seolah-olah ada sesuatu yang tak kena pada tajuk-tajuk ini.

Isnin, 23 September 2013

Apakah dia adjective?

Adjective adalah kata sifat. Ini bererti bahawa perkataan adjective menggambarkan sifat. Sebagai contoh, dalam frasa cute cat (kucing comel), perkataan cute (comel) adalah adjective sebab ia menggambarkan sifat cat (kucing) yang comel. Dengan kata lain, cute (comel) adalah perkataan jenis adjective yang memberi keterangan kepada perkataan cat (kucing) iaitu perkataan jenis noun. Ya, dalam Bahasa Inggeris, adjective memberi keterangan mengenai noun.

Sabtu, 21 September 2013

Teruskan perjuangan anda

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Continue your struggle.


Perkataan Bahasa Inggeris continue sebagai verb

Sebagai verb, perkataan continue adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to continue (infinitive) - untuk menyambung
  2. continue (base) - menyambung
  3. continued (past simple / past participle) - telah menyambung
  4. continuing (present participle) - sedang menyambung
  5. continues (present simple) - (dia/ia) menyambung

Rabu, 18 September 2013

Matanya bertemu dengan mata saya

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: His eyes met mine.

 

Perkataan Bahasa Inggeris meet sebagai verb

Sebagai verb, perkataan meet adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to meet (infinitive) - untuk bertemu
  2. meet (base) - bertemu
  3. met (past simple / past participle) - telah bertemu
  4. meeting (present participle) - sedang bertemu
  5. meets (present simple) - (dia/ia) bertemu

Selasa, 10 September 2013

Promosi! Ambil dulu, bayar kemudian.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Promotion! Take first, pay later.


Perkataan Bahasa Inggeris pay sebagai verb

Sebagai verb, perkataan pay dalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to pay (infinitive) - untuk membayar
  2. pay (base) - membayar
  3. payed (past simple / past participle) - telah membayar
  4. paying (present participle) - sedang membayar
  5. pays (present simple) - (dia/ia) membayar

Isnin, 9 September 2013

Walau bagaimana susah sekali pun, pelajarilah Bahasa Inggeris

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: However difficult it is, learn English language.


Perkataan Bahasa Inggeris however sebagai adverb

Berikut adalah maksud perkataan however sebagai adverb:
  1. walau bagaimanapun:
    1. Kami belum menang lagi; walau bagaimanapun, kami akan terus mencuba. - We haven't won yet; however, we shall keep trying.
    2. Bahagian pertama mudah; bahagian kedua, walau bagaimanapun, telah mengambil tiga jam untuk dihabiskan. - The first part was easy; the second, however, took three hours to finish.

Khamis, 5 September 2013

Anda kehilangan pekerjaan? Hubungi kami.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Lost your job? Contact us.


Perkataan Bahasa Inggeris lose sebagai verb

Sebagai verb, perkataan lose adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to lose (infinitive) - (untuk) hilang
  2. lose (base) - hilang
  3. lost (past simple / past participle) - telah hilang
  4. losing (present participle) - sedang hilang
  5. loses (present simple) - (dia/ia) hilang

Selasa, 3 September 2013

Berdiri tegak semasa Solat

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Stand straight during Solat.


Perkataan Bahasa Inggeris stand sebagai verb

Sebagai verb, perkataan stand adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to stand (infinitive) - untuk berdiri
  2. stand (base) - berdiri
  3. stood (past simple/past participle) - telah berdiri
  4. standing (present participle) - sedang berdiri
  5. stands (present simple) - (dia/ia) berdiri

Isnin, 2 September 2013

Kurang daya ingatan, apakah puncanya?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Bad memory, what is the cause?


Perkataan Bahasa Inggeris bad sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan bad mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. bad - buruk
  2. worse - lebih buruk
  3. worst - paling buruk
Terdapat juga bentuk slang iaitu:
  1. bad - buruk
  2. badder (slang) - lebih buruk
  3. baddest (slang) - paling buruk

Ahad, 1 September 2013

Sejak kita bertemu

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Ever since we met.


Perkataan Bahasa Inggeris ever sebagai adverb

Di bawah adalah cara penggunaan perkataan ever sebagai adverb.
  1. ever ready - sentiasa bersedia:
    1. Penyelia itu sentiasa bersedia untuk mencari pasal. - That supervisor is ever ready to find fault.
  2. ever-present - sentiasa ada:
    1. Terdapat bahaya yang sentiasa ada di dalam gua ini. - There is an ever-present danger in this cave.