Dalam Bahasa Inggeris perkataan tatabahasa dipanggil grammar manakala komunikasi dipanggil communications.
Hampir setiap hari kita ucapkan "Assalaamu'alaikum".
Kita juga tahu bahawa maknanya adalah "Salam sejahtera ke atas kamu".
Tapi berapa ramaikah diantara kita yang tahu tatabahasa Arab seperti berikut?
Ada pula diantara kita yang tak tahu tatabahasa Arab akan tetapi tahu berkomunikasi (atau mengubah kata-kata) seperti berikut:
Tak kiralah kita tahu tatabahasa atau tahu berkomunikasi atau apa pun.
Yang penting kita harus tahu bahawa terdapat berbagai cara untuk mempelajari sesuatu bahasa.
Ada yang mengatakan kalau nak faham sesuatu bahasa hendaklah dengan mempelajari tatabahasanya.
Walau bagaimana pun cara begini tidak semestinya seseorang itu akan fasih bercakap dalam bahasa itu.
Ada pula yang mengatakan kalau nak cepat bercakap dalam sesuatu bahasa maka hendaklah belajar cara berkomunikasi.
Mungkin cara begini seseorang boleh cepat bercakap dalam bahasa itu akan tetapi dia akan menghadapi kesukaran dalam memahami tatabahasanya.
Saya rasa elok jika kita dapat belajar sesuatu bahasa dengan apa-apa cara pun termasuk tatabahasa, berkomunikasi, mahu pun memperbanyakkan membaca agar kita akan menjadi lebih mahir dan fasih dalam bahasa itu, insyaallah.

As - kata sandang
salaam - kata nama
'alai - kata sendi nama
kum - kata ganti
Ada pula diantara kita yang tak tahu tatabahasa Arab akan tetapi tahu berkomunikasi (atau mengubah kata-kata) seperti berikut:
Assalaamu'alaikum - Salam sejahtera ke atas kamu semua
Assalaamu'alaina - Salam sejahtera ke atas kami semua
Assalaamu'alaini - Salam sejahtera ke atas diri saya
Assalaamu'alaika - Salam sejahtera ke atas awak (lelaki)
Assalaamu'alaiki - Salam sejahtera ke atas awak (perempuan)