Selasa, 28 September 2010

Bahasa Inggeris Pun Ada Tanda Bacaan

Dalam Bahasa Inggeris tanda bacaan dipanggil punctuation mark.

Berikut adalah perbincangan penggunaan tanda-tanda bacaan.


Full stop Titik (.)


Full stop Titik (.) diguna di akhir declarative sentence ayat penyata seperti berikut:
Her name is Rosnani. Nama dia Rosnani.
The plan worked well. Rancangan itu berhasil.


Full stop Titik (.) juga diguna di akhir abbreviation kependekan, contohnya:
Oct. Oktober
Tue. Selasa
etc. dan lain-lain
eg. contoh.


Comma Koma (,)


Comma Koma (,) sering diguna untuk memisahkan unsur-unsur struktur tatabahasa dalam ayat, contohnya:
As the police arrive, the thief ran away. Apabila polis tiba, pencuri itu lari.
No. 25, Lorong Pawang, 54000 Kuala Lumpur. No. 25, Lorong Pawang, 54000 Kuala Lumpur.
You are Husnawati, aren't you? Awak Husnawati, benarkah?

Comma Koma (,) juga boleh digunakan untuk menyambung ayat-ayat pendek untuk menjadikan ayat panjang.

Ini dilakukan bersamaan dengan penggunaan kata-kata penyambung seperti and dan, or atau, but tetapi, for untuk, so maka dan sebagainya.

Lihat contoh di bawah:
Ayat pendek: We have finished the work. Kami telah menghabiskan kerja.
Ayat pendek: We will be going home. Kami akan pulang ke rumah.
Ayat-ayat pendek disambung: We have finished the work, and we will be going home. Kami telah menghabiskan kerja, dan kami akan pulang ke rumah.

Perhatikan bahawa comma koma (,) diperlukan dalam ayat di atas kerana ayat ini boleh dipisahkan kepada dua ayat pendek yang lengkap.

Lihat ayat berikut pula:
We have finished the work and will be going home. Kami telah menghabiskan kerja dan akan pulang ke rumah.   

Berbanding dengan ayat-ayat yang sebelumnya, ayat di atas tidak memerlukan comma koma (,) kerana ayat ini tidak boleh dipisahkan kepada ayat-ayat pendek yang lengkap seperti berikut:
Ayat pendek yang lengkap: We have finished the work. Kami telah menghabiskan kerja.
Ayat pendek yang tidak lengkap: ..will be going home. ..akan pulang ke rumah.