Khamis, 30 September 2010

"Goodbye" Bererti "God Be With You"?

Kita sudah tahu bahawa perkataan Goodbye memberi makna Selamat tinggal. Tapi tahukah anda apa maksud asal perkataan Goodbye? Menurut sejarah perkataan Goodbye berasal dari rangkai kata God be with you. Cara penulisan asal perkataan Goodbye sejak zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti berikut:
God be wy you
god b'w'y
godbwye
god buy' ye
good-b'wy

Dari rangkai kata di atas, kesimpulan boleh dibuat bahawa perkataan God telah digantikan dengan perkataan good. Tambah lagi rangkai kata be wy you juga telah digantikan dengan perkataan b'wy, seterusnya sudah menjadi perkataan bye dimasa kini. Maka itulah secara ringkas sejarah perkataan Goodbye. Maklumat mengenai sejarah perkataan Goodbye ini boleh didapati di laman-laman web Yahoo! Answers, Answers.com dan Merriam-Webster.

Apa pun, kita beri salam je lah ye.

Rabu, 29 September 2010

Tanda Bacaan Lagi?

Question mark Tanda tanya (?)
Question mark Tanda tanya (?) terletak di akhir interrogative sentence ayat tanya, misalnya:
Where is teacher? Dimanakah guru?
Have we met before? Pernahkah kita bertemu?

Exclamation mark Tanda seru (!)

Exclamation mark Tanda seru (!) terletak di akhir imperative sentence ayat perintah, misalnya:
“We are the police, stop!” “Kami polis, berhenti!”
Tell him to leave! Suruh dia pergi!

Colon Tanda titik bertindih (:)

Colon Tanda titik bertindih (:) diguna sesudah sesuatu perkataan untuk memperkenalkan rangkaian perkataan, keterangan atau contoh, misalnya:
The following are those involved: Hassan, Yusop dan Khairin. Berikut adalah mereka yang terlibat: Hassan, Yusop dan Khairin.
Two methods: to peel or to scrape. Dua cara: mengupas atau mengikis.
For example: 3 + 6 = 9. Contohnya: 3 + 6 = 9.

Selasa, 28 September 2010

Bahasa Inggeris Pun Ada Tanda Bacaan

Dalam Bahasa Inggeris tanda bacaan dipanggil punctuation mark.

Berikut adalah perbincangan penggunaan tanda-tanda bacaan.


Full stop Titik (.)


Full stop Titik (.) diguna di akhir declarative sentence ayat penyata seperti berikut:
Her name is Rosnani. Nama dia Rosnani.
The plan worked well. Rancangan itu berhasil.


Full stop Titik (.) juga diguna di akhir abbreviation kependekan, contohnya:
Oct. Oktober
Tue. Selasa
etc. dan lain-lain
eg. contoh.


Comma Koma (,)


Comma Koma (,) sering diguna untuk memisahkan unsur-unsur struktur tatabahasa dalam ayat, contohnya:
As the police arrive, the thief ran away. Apabila polis tiba, pencuri itu lari.
No. 25, Lorong Pawang, 54000 Kuala Lumpur. No. 25, Lorong Pawang, 54000 Kuala Lumpur.
You are Husnawati, aren't you? Awak Husnawati, benarkah?

Comma Koma (,) juga boleh digunakan untuk menyambung ayat-ayat pendek untuk menjadikan ayat panjang.

Ini dilakukan bersamaan dengan penggunaan kata-kata penyambung seperti and dan, or atau, but tetapi, for untuk, so maka dan sebagainya.

Lihat contoh di bawah:
Ayat pendek: We have finished the work. Kami telah menghabiskan kerja.
Ayat pendek: We will be going home. Kami akan pulang ke rumah.
Ayat-ayat pendek disambung: We have finished the work, and we will be going home. Kami telah menghabiskan kerja, dan kami akan pulang ke rumah.

Perhatikan bahawa comma koma (,) diperlukan dalam ayat di atas kerana ayat ini boleh dipisahkan kepada dua ayat pendek yang lengkap.

Lihat ayat berikut pula:
We have finished the work and will be going home. Kami telah menghabiskan kerja dan akan pulang ke rumah.   

Berbanding dengan ayat-ayat yang sebelumnya, ayat di atas tidak memerlukan comma koma (,) kerana ayat ini tidak boleh dipisahkan kepada ayat-ayat pendek yang lengkap seperti berikut:
Ayat pendek yang lengkap: We have finished the work. Kami telah menghabiskan kerja.
Ayat pendek yang tidak lengkap: ..will be going home. ..akan pulang ke rumah.

Isnin, 27 September 2010

Mestilah Kenal Huruf Dulu, Kan?

Terdapat 26 alphabet abjad dalam Bahasa Inggeris seperti berikut:

A a   B b   C c   D d   E e   F f   G g   H h   I i   J j   K k   L l   M m
N n   O o   P p   Q q   R r   S s   T t   U u   V v   W w   X x   Y y   Z z

Diantara 26 abjad ini hanya 5 yang mengeluarkan bunyi manakala 21 lagi tidak mengeluarkan bunyi.

Abjad yang mengeluarkan bunyi digelar vowel huruf vokal manakala abjad yang tidak mengeluarkan bunyi digelar consonant huruf mati.

Vowel: A E I O U
Consonant: B C D F G H J K L M N P Q R S T V W X Y Z

Ahad, 26 September 2010

Nak Belajar Komunikasi Atau Tatabahasa?

Dalam Bahasa Inggeris perkataan tatabahasa dipanggil grammar manakala komunikasi dipanggil communications.

Hampir setiap hari kita ucapkan "Assalaamu'alaikum".

Kita juga tahu bahawa maknanya adalah "Salam sejahtera ke atas kamu".

Tapi berapa ramaikah diantara kita yang tahu tatabahasa Arab seperti berikut?

As - kata sandang
salaam - kata nama
'alai - kata sendi nama
kum - kata ganti

Ada pula diantara kita yang tak tahu tatabahasa Arab akan tetapi tahu berkomunikasi (atau mengubah kata-kata) seperti berikut:

Assalaamu'alaikum - Salam sejahtera ke atas kamu semua
Assalaamu'alaina - Salam sejahtera ke atas kami semua
Assalaamu'alaini - Salam sejahtera ke atas diri saya
Assalaamu'alaika - Salam sejahtera ke atas awak (lelaki)
Assalaamu'alaiki - Salam sejahtera ke atas awak (perempuan)

Tak kiralah kita tahu tatabahasa atau tahu berkomunikasi atau apa pun.

Yang penting kita harus tahu bahawa terdapat berbagai cara untuk mempelajari sesuatu bahasa.

Ada yang mengatakan kalau nak faham sesuatu bahasa hendaklah dengan mempelajari tatabahasanya.

Walau bagaimana pun cara begini tidak semestinya seseorang itu akan fasih bercakap dalam bahasa itu.

Ada pula yang mengatakan kalau nak cepat bercakap dalam sesuatu bahasa maka hendaklah belajar cara berkomunikasi.

Mungkin cara begini seseorang boleh cepat bercakap dalam bahasa itu akan tetapi dia akan menghadapi kesukaran dalam memahami tatabahasanya.

Saya rasa elok jika kita dapat belajar sesuatu bahasa dengan apa-apa cara pun termasuk tatabahasa, berkomunikasi, mahu pun memperbanyakkan membaca agar kita akan menjadi lebih mahir dan fasih dalam bahasa itu, insyaallah.

Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim

Ini post pertama saya maka hendaklah saya mengucapkan bismillah pada tajuknya, kan?

Dalam Bahasa Inggeris Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim memberi maksud In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Saya juga ingin mengucapkan assalaamu'alaikum kepada anda yang budiman, semoga dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

Untuk keterangan lanjut mengenai blog saya sila klik link Mengenai yang terdapat pada menu di atas.

Sekian, selamat membaca.