Jumaat, 31 Mei 2013

The new clerk seems like a shy girl

The new clerk seems like a shy girl. - Kerani baru itu kelihatan seolah-olah seperti seorang gadis yang pemalu.

Perkataan seem sebagai verb
Sebagai verb, perkataan seem adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to seem - infinitive
  2. seem - base
  3. seemed - past simple / past participle
  4. seeming - present participle
  5. seems - present simple
Perkataan seem boleh memberi maksud kelihatan, seolah-olahnya, nampaknya, atau sebagainya. Berikut dalah penggunaan perkataan seem:
  1. to seem
    1. He appears to seem friendly. - Dia kelihatan seolah-olah peramah.
    2. To seem intelligent is not a good idea right now. - Untuk kelihatan seolah-olahnya pandai bukan suatu idea yang baik sekarang.
    3. I kept quiet because I do not want to seem arrogant. - Saya berdiam diri sebab saya tidak mahu kelihatan sombong.
  2. seem
    1. Hey Rosnah, you seem tired. - Hai Rosnah, awak kelihatan seolah-olah kepenatan.
    2. I can't seem to sing this song properly. - Saya seolah-olah tidak dapat menyanyikan lagu ini dengan betul.
    3. They seem to be nervous. - Mereka kelihatan seolah-olah gemuruh.
  3. seemed
    1. (past simple)
      1. It seemed like a good idea a while ago. - Ia kelihatan seolah-olah suatu idea yang baik sekejap tadi.
      2. The smile on his face seemed to indicate that he knew the answer. - Senyuman di mukanya kelihatan seolah-olahnya menunjukkan bahawa dia mengetahui jawapannya.
      3. You seemed happy earlier today. - Awak kelihatan gembira dipermulaan hari ini.
    2. (past participle)
      1. It should have seemed easy but it's not. - Ia sepatutnya kelihatan seolah-olahnya mudah tetapi ia tidak.
      2. I could have seemed friendly but I didn't want to. - Saya boleh kelihatan seolah-olahnya peramah tetapi saya tidak mahu.
      3. The doctor appeared to have seemed not knowledgeable at all. - Doktor itu kelihatan seolah-olahnya tidak berpengetahuan langsung.
  4. seeming
    1. Oh my, those words had a seemingly magical effect! - Amboi, kata-kata itu seolah-olahnya mempunyai kesan yang ajaib!
    2. He looked surprised, seemingly failing to recognize his own sister. - Dia nampak terkejut, kelihatan seolah-olahnya tidak dapat mengenali adik perempuannya sendiri.
    3. She stood seemingly irresolute. - Dia berdiri kelihatan seolah-olahnya teragak-agak.
  5. seems
    1. It seems like 30 years back. - Ia kelihatan seolah-olahnya seperti 30 tahun lepas.
    2. I know the Director seems reluctant to sign it. - Saya tahu Pengarah kelihatan seolah-olahnya keberatan untuk menandatanganinya.
    3. Wow, he seems like a loving and caring man. - Aduh, dia kelihatan seolah-olahnya seperti seorang lelaki yang pengasih dan penyayang.

Khamis, 30 Mei 2013

Let's begin with your name

Let's begin with your name. - Marilah kita memulakan dengan nama anda.

Perkataan begin sebagai verb
Sebagai verb, perkataan begin adalah jenis irregular verb yang mempunyai enam bentuk iaitu to begin, begin, began, begun, beginning, begins. Perkataan begin memberi maksud mula, memulakan, dimulakan, bermula, atau sebagainya.
  1. to begin
    1. Would you like to begin the lesson now? - Mahukah anda memulakan pelajaran sekarang?
    2. To begin with, he is a liar. - Sebagai permulaan, dia seorang penipu.
    3. Teacher Zack prefer to begin a paragraph with the main point. - Teacher Zack lebih menyukai untuk memulakan suatu para dengan fakta utama.
  2. begin
    1. Begin the performance now! - Mulakan pertunjukan itu sekarang!
    2. Let's begin with chapter two of the Quran. - Marilah kita mulakan dengan bab dua dari Al-Quran.
    3. Please don't begin the presentation yet . - Harap tidak memulakan penyampaian itu lagi.
  3. began
    1. I began writing the article after his death. - Saya telah bermula menulis rencana itu selepas kematiannya.
    2. Only after the incident he began to remember his son. - Hanya selepas kejadian itu dia telah mula mengingati anak lelakinya.
    3. Where were you when the game began? - Di manakah awak apabila permainan itu bermula?
  4. begun
    1. We've only just begun the flight to Mecca. - Kami baru selesai memulakan penerbangan ke Makkah.
    2. That theory was begun by Teacher Zack. - Teori itu telah dimulakan oleh Teacher Zack.
    3. They have not yet begun to fight. - Mereka belum lagi hendak memulakan pertarungan.
  5. beginning
    1. Beginning today, you are not allowed to enter this office. - Mulai hari ini, awak tidak dibenarkan memasuki pejabat ini.
    2. That is the beginning of a new fashion. - Itu adalah permulaan suatu fesyen terkini.
    3. I am beginning to feel cold. - Saya sedang memulai rasa sejuk.
  6. begins
    1. My daughter begins trembling after she saw the ghost. - Anak perempuan saya mula menggigil selepas dia nampak hantu itu.
    2. It begins its attack only when its prey is motionless. - Ia memulakan serangannya hanya apabila mangsanya tidak bergerak.
    3. Follow him only when he begins to drive. - Ikuti dia hanya apabila dia mula memandu.
Perbezaan began dan begun
Began adalah simple past tense manakala begun adalah past participle.

Gunakan began tanpa diiringi auxiliary verb, contohnya:
  1. he began
  2. they began
  3. the story began
  4. it began
Gunakan begun dengan diiringi auxiliary verb seperti have, had, will be, was, atau sebagainya seperti berikut:
  1. he has begun
  2. have you begun
  3. we've not yet begun
  4. it was not begun
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis verb, bentuk-bentuk verb dan pembelajaran tense terdapat dalam ebook verb dan tense.

Rabu, 29 Mei 2013

Is your hair turning gray?

Is your hair turning gray? - Adakah rambut awak berubah menjadi kelabu?

Perkataan turn sebagai verb
Sebagai verb, perkataan turn adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to turn, turn, turned, turning, turns. Maksud-maksud perkataan turn adalah:
  1. pusing: 
    1. Did you turn the key? - Adakah awak memusing kunci itu?
    2. Turn to the left here. - Pusing ke kiri di sini.
    3. Are you turning the screw clockwise or anti-clockwise? - Adakah awak sedang memusing skrew itu ikut arah jam atau lawan arah jam?
  2. ubah: 
    1. His face turns blue as he gasp for air. - Mukanya berubah menjadi biru sewaktu dia tercungap-cungap mendapatkan udara.
    2. The milk turned sour. - Susu itu telah berubah menjadi masam.
    3. You need to turn the iron to a hotter setting. - Awak hendaklah mengubah seterika itu ke tahap yang lebih panas.
  3. membalikkan: Keep turning the satay while grilling it. - Teruskan membalik-balikkan satay itu semasa membakarnya.
  4. tukar: 
    1. The night turned into day. - Malam bertukar menjadi siang.
    2. Oh my, you are turning into a werewolf! - Mak ai, awak sedang bertukar menjadi serigala jadian!
    3. Teacher Zack is a technologist turned teacher. - Teacher Zack adalah seorang ahli teknologi bertukar menjadi guru.
  5. alih: 
    1. Let's turn to page 165. - Marilah beralih ke muka 165.
    2. Turn your face to the wall. - Alihkan muka awak ke dinding.
  6. mengelilingi: Is the earth turning around the sun or the other way around? - Adakah bumi mengelilingi matahari atau sebaliknya?
  7. pulas: My stomach is turning. - Perut saya sedang memulas.
  8. golek: I tossed and turned all night. - Saya terlambung dan tergolek seluruh malam.
  9. menentang: The people turned against the cruel king. - Rakyat menentang raja yang zalim itu.
  10. mengadu: 
    1. Suryani always turn to me for advise. - Suryani selalu mengadu kepada saya untuk nasihat.
    2. When in despair, people turn to الله. - Apabila berputus harapan, manusia mengadu kepada الله.

Isnin, 27 Mei 2013

Do you like to group your music collection according to genre?

Do you like to group your music collection according to genre? - Sukakah anda mengumpulkan koleksi muzik anda menurut gaya?

Perkataan group sebagai noun
Sebagai noun, perkataan group memberi maksud kumpulan atau sekumpulan:
  1. There is a group of demonstrators waiting for you outside. - Terdapat sekumpulan penunjuk perasaan yang sedang menunggu awak di luar.
  2. Please keep that group of paintings in the store. - Sila simpan kumpulan lukisan-lukisan itu di dalam stor.
  3. On, under, and beside are words in the preposition group. - Atas, bawah, dan sebelah adalah perkataan-perkataan dalam kumpulan kata depan. 
Perkataan group sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan group memberi maksud kumpulan dan cara menggunakannya adalah seperti: group discussion, group effort, group achievement, atau sebagainya:
  1. Did you attend the group discussion yesterday? - Adakah awak menyertai perbincangan kumpulan semalam?
  2. A group effort is required to finish this assignment effectively. - Usaha kumpulan diperlukan untuk menghabiskan penugasan ini dengan efektif.
  3. That is not an individual achievement but a group achievement. - Itu bukan pencapaian individu tetapi pencapaian kumpulan.
Perkataan group sebagai verb
Sebagai verb, perkataan group adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to group, group, grouped, grouping, groups. Maksud perkataan group sebagai verb adalah mengumpulmengumpulkan, atau berkumpul:
  1. Please tell Cikgu Fauziah to group the students according to height. - Sila beritahu Cikgu Fauziah untuk mengumpulkan murid-murid itu menurut ketinggian.
  2. You have to group it as fast as possible. - Anda hendaklah mengumpulkannya secepat mungkin.
  3. The teams grouped behind these hills. - Pasukan-pasukan telah berkumpul di belakang bukit-bukit ini?
  4. That boy is grouping the marbles in the wrong way. - Budak lelaki itu sedang mengumpul guli-guli itu dengan cara yang salah.
  5. The commander groups his fighters according to combat skills. - Komander itu mengumpulkan pejuang-pejuangnya menurut kemahiran bertempur.

Isnin, 20 Mei 2013

Conjunctive adverb diperkenalkan

Conjunctive adverb boleh digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih independant clause. Contoh-contoh conjunctive adverb adalah moreover, however, then, likewise, therefore, atau sebagainya. Conjunctive adverb dibahagikan kepada lima kategori iaitu waktu, tambahan, ilustrasi, bandingan, dan hasil.

Dalam contoh-contoh ayat di bawah, anda boleh menggantikan semicolon dengan titik dan huruf besar, contohnya:
  1. We were neighbours; moreover, we were friends.
  2. We were neighbours. Moreover, we were friends.
Waktu
next:
Turn left at the mosque; next, turn right at the traffic light. - Pusing kiri di masjid; selepas itu, pusing kanan di lampu isyarat.

then
Send me an SMS first; then, call me. - Hantar saya pesanan ringkas dahulu; kemudian, telefon saya. 

Tambahan
moreover:
My back hurts whenever I sit on this chair; moreover, this chair is too big for me. - Belakang saya sakit apabila saya duduk di atas kerusi ini; lagipun, kerusi ini terlalu besar untuk saya.

in addition:
Mom's arm was fractured; in addition, she suffered a stroke while she was taken to the hospital. - Tangan ibu patah; tambah lagi, dia mengalami strok semasa dia dibawa ke hospital.

even more important:
Send the proposal now; even more important, don't forget to lable the envelope first. - Hantar cadangan itu sekarang; lebih penting lagi, jangan lupa label sampul itu dahulu.

furthermore:
Reading increases your vocabulary; furthermore, it also improves your grammar. - Membaca menambah perbendaharaan perkataan anda; lebih lagi, ia juga memperbaiki tatabahasa anda.

likewise:
A husband should do good to his wife; likewise, a wife to her husband. - Seorang suami sepatutnya berbuat kepada isterinya; begitu juga, seorang isteri terhadap suaminya.

similarly:
Proton Sagas are good cars; similarly, MyVs are just as good. - Proton Saga adalah kereta yang bagus; begitu juga, MyV adalah sebaiknya.
Ilustrasi
for instance:
Please show the customer a sample; for instance, the B220 model. - Sila tunjukkan pelanggan itu suatu contoh; misalannya, model B220.

for example:
You can use any font; for example, Times New Roman or Arial. - Awak boleh menggunakan mana-mana font; contohnya, Times New Roman atau Arial.

indeed:
Please marry me; indeed, I love you with all my heart. - Kahwinilah saya; sesungguhnya, saya mencintai awak sepenuh hati.
Bandingan
on the one hand/on the other hand:
I don't understand him; on the one hand, he is always with her, and yet on the other hand, he likes to scold her. - Saya tidak memahami dia; dari suatu sudut, dia sentiasa bersamanya, akan tetapi dari sudut yang lain, dia suka memarahinya.

however:
I did go to the shop; however, it was closed. - Saya telah pergi ke kedai itu; walau bagaimanapun, ia telah tutup.

nevertherless:
Dad was already diagnosed with cancer; nevertherless, he continued smoking. - Ayah telah pun dikenalpasti menghadapi kanser; walau bagaimanapun, dia telah meneruskan merokok.

otherwise:
Come home right now; otherwise, I won't send you to your granny's place. - Balik sekarang juga; sekiranya tidak, saya tidak akan menghantar awak ke rumah nenek.
Hasil
therefore:
He already hurt me three times; therefore, I shall never trust him anymore. - Dia telah pun menyakiti saya tiga kali; dengan itu, saya tidak akan mempercayainya lagi.

thus:
The students understood the theory; thus, it's time to introduce some practicals. - Murid-murid telah memahami teori itu; maka, sudah sampai masa untuk memperkenalkan praktikal.

consequently:
He bled too quickly; consequently, he died before the paramedics arrived. - Dia telah mengeluarkan darah terlalu cepat; justeru itu, dia telah meninggal dunia sebelum paramedik tiba.

subsequently:
She lived abroad for many years; subsequently, she returned home. - Dia telah tinggal diluar negara sudah beberapa tahun; akhirnya, dia kembali ke rumah.

as a result:
He studied hard; as a result, he passed the exam. - Dia telah belajar dengan tekun; oleh yang demikian, dia telah lulus peperiksaan itu.

Ahad, 19 Mei 2013

Makan tengahari bersama Aishah dan Rohani.

Perkataan big sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan big mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. big - besar
  2. bigger - lebih besar
  3. biggest - paling besar
Big memberi maksud besar dan ia mengubah perkataan jenis noun (atau pronoun), contohnya: big day, big baby, bigger appetite, bigger fish, biggest official, biggest mall, atau sebagainya.

Aishah:
Good afternoon, Rohani. Wow, you're really big with child.
- Selamat tengahari, Rohani. Amboi, awak benar-benar besar dengan bayi.

Rohani:
A very good afternoon to you too, Aishah. Haha, you can say that again. Only about three weeks more to that big delivery day.
- Selamat tengahari yang sungguh indah kepada awak juga, Aishah. Haha, awak boleh berkata begitu lagi. Hanya dalam anggaran tiga minggu sahaja kepada hari kelahiran yang penting itu.

Aishah:
Look, I am having a big lunch, hehe. Would you like to join me for lunch, Rohani?
- Lihat, saya sedang makan tengahari besar ni, hehe. Awak nak makan tengahari bersama saya, Rohani?

Rohani:
Thank you for your invitation, and I'd love to. Oh my, you really have a big appetite today, Aishah. However, I think my appetite is even bigger since I have a baby inside my body, hehe.
- Terima kasih atas jemputan awak, dan saya sudi. Amboi, awak benar-benar berselera besar hari ni, Aishah. Walaupun begitu, saya fikir selera saya lebih besar lagi sebab saya ada bayi dalam badan saya, hehe.

Aishah:
How is Ramli? Is he still always busy with his big projects?
- Ramli apa khabar? Adakah dia masih sentiasa sibuk dengan projek-projek besarnya?

Rohani:
Hmm, I don't know, Aishah. As the biggest official in the company he is always busy and often comes home late.
- Hmm, entahlah, Aishah. Sebagai pegawai terbesar dalam syarikat dia sentiasa sibuk dan sering lambat pulang ke rumah.

Aishah:
This fish I am having is a little too big. Would you like to have some?
- Ikan yang saya sedang makan ni besar sikit la. Awak nak sikit?

Rohani:
No problem, I'm happy to help you with that big fish. I'm really hungry anyway, haha.
- Tak ada masalah, saya gembira untuk menolong awak dengan ikan besar tu. Saya benar-benar lapar pun, haha.

Aishah:
Be patient about Ramli, Rohani. Anyway, he has a big heart, right?
- Bersabarlah pasal Ramli tu, Rohani. Lagipun, dia seorang yang bermurah hati, kan?

Rohani:
Yes, I know, Aishah. He really knows how to make me feel big with love.
- Ya saya tahu, Aishah. Dia benar-benar tahu cara membuat saya rasa dipenuhi kasih sayang.

Aishah:
Hmm, nice lunch. I have to rush to a big and important convention now. Shall I see you later, Rohani?
Hmm, makan tengahari yang enak. Saya terpaksa berkejar ke konvensyen besar dan penting sekarang. Bolehkah saya berjumpa dengan awak kemudian, Rohani?

Rohani:
Sure, Aishah. I'll be looking forward to meet you later. I hope you'll have fun at the big event, bye :)
Sudah tentu, Aishah. Saya akan berharap untuk berjumpa dengan awak kemudian. Saya berharap awak akan berseronok di majlis besar itu, selamat tinggal :)

Sabtu, 18 Mei 2013

Nak guna yang mana, toward atau towards?

Pilih yang betul, toward atau towards:
  1. He moved [toward/towards] the door. - Dia bergerak ke arah pintu.
  2. The massive wave came [toward/towards] us. - Ombak besar itu datang ke arah kami.
  3. You are mean [toward/towards] me. - Awak kejam terhadap saya.
  4. Be kind [toward/towards] orphans. - Berbaik hatilah terhadap anak-anak yatim.
  5. Are we heading [toward/towards] Kedah or Kelantan? - Adakah kita menghala ke arah Kedah atau Kelantan?
Jawapan:
Anda boleh menggunakan toward atau towards dalam setiap ayat di atas. Tidak ada perbezaan diantara toward dan towards dari segi nahu atau maksud. Bezanya hanyalah bahawa toward sering digunakan di Amerika manakala towards sering digunakan di Britain.

Di Malaysia kita selalu menggunakan ejaan British. Walau bagaimanapun, sejak mulanya zaman komputer, kita dah banyak menggunakan ejaan Amerika pula. Sebagai contoh, colour adalah ejaan British tapi jika kita nak kata warna skrin komputer kita sering eja sebagai computer screen color, iaitu ejaan Amerika, kan? Bagi diri Teacher Zack, mana-mana ejaan pun boleh asalkan hepi... hepi ni ejaan apa ye?

Khamis, 16 Mei 2013

Linda and Saleha are that same, wonderful friends

Linda and Saleha are that same, wonderful friends. - Linda dan Saleha adalah kawan yang sama yang hebat tu.

Perkataan same sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan same memberi maksud sama dan ia mengubah maksud perkataan jenis noun (atau pronoun), contohnya: same person, same woman, same eyes, same feeling, same problem, same thought, same friend, atau sebagainya:

Linda:
Good morning, Saleha. Are you that same, wonderful person as always?
- Selamat pagi, Saleha. Adakah awak orang yang sama yang hebat seperti biasa tu?

Saleha:
Good morning, Linda. I guess I am that same person, thanks for asking. How about you, Linda? Are you that same, gorgeous woman as always?
- Selamat pagi, Linda. Saya rasa saya adalah orang yang sama, terima kasih kerana bertanya. Bagaimana pula dengan awak, Linda? Adakah awak orang yang sama yang cantik seperti biasa tu? 

Linda:
That depends if Zubir looks at me with the same pair of eyes, haha. Do you have the same feelings towards Zubir, Saleha?
- Itu terpulang jika Zubir melihat saya dengan menggunakan pasangan mata yang sama, haha. Adakah awak mempunyai perasaan yang sama terhadap Zubir, Saleha? 

Saleha:
Hmm, I wouldn't say the same feelings, if you know what I mean. Oh, are we going to talk about the same problem between you, me, and Zubir again?
- Hmm, tidaklah saya nak kata perasaan yang sama, jika awak mengetahui maksud saya. Oh, adakah kita akan bercakap mengenai masalah yang sama di antara awak, saya, dan Zubir lagi?

Linda:
Oops, I'm sorry Saleha, it is that same, old thought creeping in my mind. We will always be that same pals, right, Saleha?
- Op, maafkan saya Saleha, ia adalah fikiran lama yang sama tu yang menyusup ke dalam minda saya. Kita akan sentiasa menjadi kawan yang sama tu, kan, Saleha? 

Saleha:
Hehe, sure, Linda. We will always be that same, wonderful friends forever :)
- Hehe, sudah tentu, Linda. Kita akan sentiasa menjadi kawan yang sama yang hebat tu buat selamanya :)

Where should Linda go?

Where should Linda go? - Di manakah patut Linda pergi?

Perkataan where sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan where memberi maksud di manakah:
  1. Where is Saleha now? - Di manakah Saleha sekarang? (Dia ada kat rumah mak dia di Kuala Lumpur...)
  2. Where are you going to meet Saleha? - Di manakah awak akan berjumpa dengan Saleha? (Di bangunan KLCC...)
  3. When you meet Saleha, where should I keep my broken heart? - Apabila awak berjumpa dengan Saleha, di manakah sepatutnya saya menyimpan hati saya yang hancur ini? (Biarlah saya yang menjaga hati awak, Linda...)
  4. Huh, where did you put your logical thoughts to say that? - Hah, di manakah awak telah meletakkan fikiran logik awak untuk mengatakan sedemikian? (Saya masih sayangkan awak la, Linda...)
Perkataan where sebagai conjunction
Sebagai conjunction, perkataan where memberi maksud di mana:
  1. I am going back to kampung where there is peace. - Saya akan kembali ke kampung di mana terdapat ketenangan. (Habis, saya nak buat apa di sini sorang-sorang..)
  2. Why don't you just go where Saleha is? - Mengapakah tidak awak pergi saja di mana Saleha berada? (Awak dah tak nak kat saya lagi ke?)
  3. I want you? Where there's you, there's trouble! - Saya nakkan awak? Di mana awak berada, di situlah masalah! (Sampai hati awak cakap begitu...)
  4. Just let me go to a place where it is quieter. - Biarkan saja saya pergi ke tempat di mana ia lebih sunyi. (Janganlah begitu Linda..)
  5. You and Saleha can go where there is happiness. - Awak dan Saleha boleh pergi di mana terdapat kebahagiaan. (Sedih la saya mendengar awak bercakap begini... saya bukannya bencikan awak, Linda...)
Perkataan where sebagai noun
Sebagai noun, perkataan where memberi maksud tempat:
  1. Only today Teacher Zack know the where of Zubir's meeting place with Saleha. - Baru hari ini Teacher Zack mengetahui tempat pertemuan Zubir dan Saleha.
  2. Actually the where is not important but the hurt that Linda has to go through should be a lesson to all of us. - Sebenarnya tempatnya tidak penting tetapi kepahitan yang Linda terpaksa melalui sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua.
  3. Hence, let us all pray for Linda regardless of the where, the when, or the why. - Oleh itu, marilah kita semua mendoakan Linda tanpa menghiraukan tentang tempatnya, bilanya, atau mengapanya.

Rabu, 15 Mei 2013

How to hyphenate a word?

How to hyphenate a word? - Bagaimanakah caranya untuk menyengkang sesuatu perkataan?

Hyphenating memberi maksud menyengkang. Sebagai contoh, perkataan convenient dan expensive di bawah telah disengkang:
  1. Most teachers requested for a more conven-
    ient time for the event. 
  2. The shirt that you bought for me is very ex-
    pensive.
Untuk mengetahui posisi untuk menyengkang sesuatu perkataan anda perlu tahu mengenai syllable. Syllable memberi maksud suku kata dan ia adalah setiap sebutan yang terdapat dalam sesuatu perkataan, contohnya:
  1. green = 1 syllable = green
  2. cat = 1 syllable = cat
  3. quiet = 2 syllable = qui.et
  4. orange = 2 syllable = or.ange
  5. table = 2 syllable = ta.ble
  6. convenient = 3 syllable = con.ven.ient
  7. expensive = 3 syllable = ex.pen.sive
  8. interesting = 4 syllable = in.ter.est.ing
  9. reality = 4 syllable = re.al.i.ty
  10. unexceptional = 5 syllable = un.ex.cep.tion.al
  11. unconquerable = 5 syllable = un.con.quer.a.ble
Peraturan menyengkang:
  1. Sesuatu perkataan hanya boleh disengkang diantara syllable.
  2. Perkataan yang mempunyai hanya satu syllable tidak boleh disengkang.
  3. Rujuk kepada kamus untuk mengetahui setiap syllable yang terdapat dalam sesuatu perkataan.

Room to let for only RM250. Contact Zack at 012-2689245.

Room to let for only RM250. Contact Zack at 012-2689245. - Bilik untuk disewa untuk hanya RM250. Hubungi Zack di 012-2689245.

Perkataan let sebagai verb
Sebagai verb, perkataan let adalah jenis irregular verb yang mempunyai empat bentuk iaitu to let, let, letting, lets. Perhatikan maksud-maksud perkataan let dalam ayat-ayat berikut:
  1. Can't you let Saleha go? - Tidak bolehkah awak melepaskan Saleha? (Susah la, Linda...)
  2. OK then, let us go and talk to Saleha. - Baiklah, mari kita pergi bercakap dengan Saleha. (Tak boleh la Linda, nanti awak bergaduh dengan Saleha lagi...)
  3. Isn't Saleha going to London soon? Let her go then. - Bukankah Saleha akan pergi ke London tak lama lagi? Biarkan saja dia pergi. (Awak tak faham la, ini takde kena mengena dengan London...)
  4. Enough with this nonsense; I'm going out to look for a room to let. - Cukuplah dengan karut ini; saya nak keluar mencari bilik untuk disewa. (Jangan la Linda; awak tinggal je di sini...)
  5. Don't touch me; let me go! - Jangan sentuh saya; lepaskan saya! (Sori la Linda tak sengaja; saya nak ambil remote TV tadi...)
  6. I'm not letting you in! - Saya tidak akan membenarkan awak masuk. (Buka pintu la Linda, saya nak ambil kunci kereta ni...)
  7. I won't let you take the car keys because you will go and see Saleha. - Saya tidak akan membenarkan awak mengambil kunci kereta sebab awak akan pergi berjumpa dengan Saleha. (Takde la Linda, saya masih sayangkan awak...)
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat dalam ebook Verb dan Tense.

Selasa, 14 Mei 2013

WHY ME! :(

WHY ME! - MENGAPA SAYA! :(

Perkataan why sebagai adverb
  1. Can you tell me why you love me? - Bolehkah awak beritahu saya kenapa awak mencintai saya? (Sebab awak baik hati...)
  2. If that is so, then why are you leaving me? - Jika begitu, mengapakah awak nak meninggalkan saya? (Sebab saya masih rindukan Saleha...)
  3. May I know why you still miss Saleha? - Bolehkah saya tahu kenapa awak masih rindukan Saleha. (Entahlah, saya pun tak pasti...)
  4. I am so upset; why is this happening to me? - Saya begitu hampa; mengapakah ini berlaku kepada diri saya? (Maafkanlah saya, sebenarnya saya masih sayangkan awak, Linda...)
  5. Then why are you doing this to me? - Jadi mengapa awak melakukan ini kepada saya? (hmm.. say tak tahu la... saya harap awak dapat memahami diri saya..)
  6. Why don't you just go and die? Isn't that much better? - Mengapakah awak tak pergi mati je? Bukankah itu lebih baik? :( :( :(
Perkataan why sebagai conjunction
  1. Teacher Zack knows why Zubir left Linda for Saleha. - Teacher Zack tahu kenapa Zubir telah meninggalkan Linda untuk Saleha.
  2. Jealousy; that's why he left her. - Cemburu; itulah sebabnya dia telah meninggalkannya.
  3. Teacher Zack is also wondering why you believe in this story. - Teacher Zack juga sedang memikirkan mengapa anda percayakan cerita ini.
Perkataan why sebagai noun
  1. Which do you want to know, the why or the when of Zubir leaving Linda? - Yang manakah anda ingin mengetahui, mengapanya atau bilanya Zubir telah meninggalkan Linda?
  2. Sorry, Teacher Zack only know the why but not the when. - Maaf, Teacher Zack hanya tahu mengapa tapi bukan bila.
  3. Even so, Linda was angry at Teacher Zack for telling you the why. - Walaupun begitu, Linda telah marah kepada Teacher Zack kerana telah memberitahu anda mengapa.